Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Friday, October 29, 2010

Puisi Sepi

Bisik ku pada bulan
Kembalikan
Temanku, kekasihku, syurgaku
Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan
Jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku


Ini adalah puisi yang saya ambil dari filem Sepi, arahan Kabir Bhatia. Sekali baca, hati saya sudah tersentuh dengan bait-bait perkataan yang di aturkan. Sehingga habis puisi di baca, airmata dengan mudah akan menitis. Ya, saya membaca puisi ini with my very deep heart. Hanya orang yang merasainya dan melaluinya sahaja yang faham berapa dalam setiap bait kata-kata yang di aturkan dalam puisi ini. Hanya orang yang merasa sepi sahaja akan touching dengan kata-kata yang simple ini.

Ayat pertama [Bisikku pada bulan]
Penulis ingin memberitahu sesuatu pada bulan dengan cara yang sopan. Berbisik, kerana hanya dia dan bulan sahaja yang perlu tahu. Yang lain tidak perlu tahu. Dan, harus di ingat, bulan hanya akan kelihatan terang benderang pada waktu malam.

Ayat kedua [Kembalikan]
Penulis berharap agar bulan dapat memulangkan kepadanya sesuatu, iaitu yang berkaitan dengan ayat yang ketiga dibawahnya.

Ayat ketiga [Temanku, Kekasihku, Syurgaku]
Ayat ini mendalam maksudnya. Ayat ini melengkapkan susunan ayat yang tergantung di baris pertama dan kedua. Ayat ini menyatakan bahawa penulis perlukan temannya, kekasihnya, dan syurganya. Ketiga-tiga ini adalah orang (mahupun haiwan atau benda) ya ng sama. Ayat ini juga bermakna, penulis mengharapkan bulan boleh mambantunya mengembalikan orang yang membuat dirinya gembira seperti berada di syurga.

Ayat keempat [Tanpa dia]
Ayat ini menyatakan keadaan diri penulis tanpa orang yang pulang tadi.

Ayat kelima [Malam mememaniku]
Umum mengetahui bahawa malam bermaksud kelam, gelam gelita, muram dan suram. Ini yang di maksudkan oleh penulis.

Ayat keenam [Sepi memelukku]
Kesinambungan dari ayat kelima, selain suram dan kelam, penulis berasa sunyi dengan keadaan tanpa orang yang pulang tadi.

Ayat ketujuh [Bulan]
Penulis memanggil bulan untuk memberitahunya sesuatu.

Ayat kelapan [Jangan biar siang]
Penulis mengharapkan agar siang tidak muncul dan dalam masa yang sama, penulis memujuk bulan supaya jangan pergi.

Ayat kesembilan [Biar alam ini kelam]
Penulis mengharapkan alam agar sentiasa suram dan sunyi, serta tidak ceria dan gembira.

Ayat kesepuluh [Biar ia sepi]
Penulis mengharapkan alam sekelilingnya sentiasa dalam keadaan yang kelam dan tidak ceria.

Ayat kesebelas [sepertiku]
Kesinambungan ayat di atasnya. Ini adalah alasan penulis supaya alam sentiasa kelam kerana ia merasa cemburu jika alam lebih gembira dari dirinya sendiri.


Ya, benar.
Hanya orang yang merasainya sahaja memahami.


Sekian

No comments: