Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Thursday, July 28, 2011

Pemilik Cinta

Aku pernah cinta pada ilmu
Aku pernah cinta pada manusia
Aku pernah cinta pada haiwan
Aku penah cinta pada dunia

Namun
Cintaku tidak pernah memberi kepuasan
Cintaku tidak pernah kesampaian
Cintaku kurang seronok di pertengahan

Lama-kelamaan
Cintaku menjadi hambar
Hatta diragut ketika sedang asyik bercinta
Lalu aku sukar percaya cinta lagi

Sehinggalah
Aku diperkenalkan dengan Pemilik Cinta
CintaNya terlalu Agung
Aku tahu mengenaiNya selama ini
Namun aku tidak pernah cuba untuk mengenalNya
Kini baru aku tahu
Dia mencintaiku selama ini
Mencintaiku sebelum hayatku

Maka kini
Aku mula kenal maksud cinta yang sebenar
Bukan cinta buta tafsiranku dahulu
Cinta ialah cinta pada Pemilik Cinta
Cinta ini bukan cinta yang biasa-biasa
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku tak mengenalNya
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku melupakanNya
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku curang padaNya
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku tidak berterima kasih padaNya
Cintanya sentiasa ada bersamaku, sentiasa ada denganku

Dialah Pemilik Cinta
Pemilik Cinta Agung
Ilmu, Manusia, Dunia, malah semuanya adalah milik Pemilik Cinta
Dialah Tuhanku
Allah subbahana wata’ala

Kini aku belajar mengenalNya
Kini aku belajar memahamiNya
Kini aku belajar mencintaiNya
Selagi terdaya selagi mampu,
Selagi ada kudratku
Sehingga ke hujung nyawa
Kerana dia tak pernah meninggalkanku
Walau satu persejuta saat sekalipun

Pemilik Cinta,
Terima kasih kerana mencintaiku
Maafkan aku
Andai lambat ku sambut cintaMu
Sudilah kiranya Kau membimbingku
Untuk mencintaiMu
Cintamu yang terlalu sempurna
Terlagu Agung

Ya Allah
Aku banyak belajar mengenai cinta dari Mu
“Cintailah apa-apa pun selagi cinta itu berlandaskan kerana Pemilik Cinta, pasti tidak akan merana”
Maka cinta tidak akan jadi buta
Kerana inilah cinta yang sebenar
Mencintai Pemilik Cinta