Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Friday, October 29, 2010

Puisi Sepi

Bisik ku pada bulan
Kembalikan
Temanku, kekasihku, syurgaku
Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan
Jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku


Ini adalah puisi yang saya ambil dari filem Sepi, arahan Kabir Bhatia. Sekali baca, hati saya sudah tersentuh dengan bait-bait perkataan yang di aturkan. Sehingga habis puisi di baca, airmata dengan mudah akan menitis. Ya, saya membaca puisi ini with my very deep heart. Hanya orang yang merasainya dan melaluinya sahaja yang faham berapa dalam setiap bait kata-kata yang di aturkan dalam puisi ini. Hanya orang yang merasa sepi sahaja akan touching dengan kata-kata yang simple ini.

Ayat pertama [Bisikku pada bulan]
Penulis ingin memberitahu sesuatu pada bulan dengan cara yang sopan. Berbisik, kerana hanya dia dan bulan sahaja yang perlu tahu. Yang lain tidak perlu tahu. Dan, harus di ingat, bulan hanya akan kelihatan terang benderang pada waktu malam.

Ayat kedua [Kembalikan]
Penulis berharap agar bulan dapat memulangkan kepadanya sesuatu, iaitu yang berkaitan dengan ayat yang ketiga dibawahnya.

Ayat ketiga [Temanku, Kekasihku, Syurgaku]
Ayat ini mendalam maksudnya. Ayat ini melengkapkan susunan ayat yang tergantung di baris pertama dan kedua. Ayat ini menyatakan bahawa penulis perlukan temannya, kekasihnya, dan syurganya. Ketiga-tiga ini adalah orang (mahupun haiwan atau benda) ya ng sama. Ayat ini juga bermakna, penulis mengharapkan bulan boleh mambantunya mengembalikan orang yang membuat dirinya gembira seperti berada di syurga.

Ayat keempat [Tanpa dia]
Ayat ini menyatakan keadaan diri penulis tanpa orang yang pulang tadi.

Ayat kelima [Malam mememaniku]
Umum mengetahui bahawa malam bermaksud kelam, gelam gelita, muram dan suram. Ini yang di maksudkan oleh penulis.

Ayat keenam [Sepi memelukku]
Kesinambungan dari ayat kelima, selain suram dan kelam, penulis berasa sunyi dengan keadaan tanpa orang yang pulang tadi.

Ayat ketujuh [Bulan]
Penulis memanggil bulan untuk memberitahunya sesuatu.

Ayat kelapan [Jangan biar siang]
Penulis mengharapkan agar siang tidak muncul dan dalam masa yang sama, penulis memujuk bulan supaya jangan pergi.

Ayat kesembilan [Biar alam ini kelam]
Penulis mengharapkan alam agar sentiasa suram dan sunyi, serta tidak ceria dan gembira.

Ayat kesepuluh [Biar ia sepi]
Penulis mengharapkan alam sekelilingnya sentiasa dalam keadaan yang kelam dan tidak ceria.

Ayat kesebelas [sepertiku]
Kesinambungan ayat di atasnya. Ini adalah alasan penulis supaya alam sentiasa kelam kerana ia merasa cemburu jika alam lebih gembira dari dirinya sendiri.


Ya, benar.
Hanya orang yang merasainya sahaja memahami.


Sekian

Mentari Muncul Lagi

Dulu saya ada boyfriend. Nama dia Zainal Arief. Saya panggil dia Nal sahaja agar lebih mesra. Kami berjumpa pertama kali di London. Mulanya, kami sentiasa bententangan mata, walaupun dari jauh, saya tak dapat menafikan yang saya tak boleh berhenti dari memerhatikan dia. Waktu itu saya konfius dengan perasaan saya sendiri.

Saya tak boleh lupa saat dia kongsikan sandwich dia dengan saya…soooo sweet! And he just sooo cute, with his pony tail at the back of his head. Walaupun saya sering menafikan perasaan yang wujud dalam hati saya, namun memang tak dapat di nafikan lagi, saya sudah jatuh cinta. Dan dia pun sama.

Tidak lama kemudian kami kahwin walaupun tanpa restu keluarga. Namun, suatu hari dia tinggalkan saya. Dia kata dia akan datang balik setelah 2 minggu, tapi dia pergi macam tu saja. Saya jadi marah, geram. Sampai hati dia buat saya macam tu. Susah untuk saya percaya yang dia tipu saya. Masa itu, saya sedang mengandungkan anak pertama kami. Saya ingat saya nak buat surprise pada dia, namun dia memang tak pulang langsung.

Kini, setelah 9 tahun, dia datang semula. Bertanyakan tentang anak kami. Saya jadi amat marah dengan perbuatannya itu. Tapi, entah bagaimana, kami bersatu semula…bila saya tanya sebab dia tinggalkan saya 9 tahu lepas, dia tak pernah jawab…


Noktah

Ye, betul. Zainal Arief adalah hero dalam novel Sehangat Asmara dari penulis Aisya Sofea. Pertama kali saya baca buku ini, saya rasa macam tak lalu makan seminggu. Waktu itu adalah pada tahun 2003 kalau tak silap saya. Kini, buku itu saya sudah baca entah untuk kali ke berapa… tak apa… 2010-2003, baru 8 tahun. Ada lagi setahun untuk saya tunggu Zainal Arief sebenar saya…hehehe…

Dan saya terfikir, ini adalah lagu Zainal Arief untuk saya. Jawapan pada solan yang saya selalu tanyakan pada dia…

Aku fikirkan
Mendung Berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Kurasa kembali kehangatannya

Maafkan aku
Meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa


Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakan kuterpaksa
Meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita

Menyesalnya ku kerana menyangka
Nasib tak menyebelahi cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang..masih ada cinta

Maafkan aku
Meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa


Thursday, October 28, 2010

Kasihnya Ibu...Ayah juga...

Cinta Tak Bersyarat
Lagu ini saya korek-korek dari google dan saya tujukan pada mak dan ayah saya. Sebenarnya kasih sayang mereka tidak dapat saya gambarkan indah dengan kata-kata, mahupun lagu dibawah tetap tidak dapat menandingi indahnya kasih sayang mereka pada saya.

Salah saya, buruk saya, hodoh saya, nakal saya , degil saya, manja saya, mengada-ngada saya semuanya mereka terima saya seadanya, tanpa syarat. Kerana bagi mereka, saya adalah anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai, maka saya akan menjadi tanggungjawab mereka selama saya masih belum boleh berdikari.

Kini, bila saya sudah mempunyai akal, boleh berdikari dan agak mampu menanggung diri sendiri, maka saya wajib membalas pengorbanan dan jasa mereka. Sebagaimana mereka menerima saya tanpa syarat, saya perlu menerima mereka sebegitu juga, malah lebih lagi.

Namun sangkaan saya silap, walau saya sudah berkerjaya dan ada pendapatan sendiri, saya masih memerlukan bantuan mereka, saya masih bermanja dengan mereka , saya masih menjadi tanggungjawab mereka, selama mana mereka masih menjadi mak dan ayah saya.

########################################################
Kasihnya Ibu
Membawa Ke Syurga
Kasihnya Saudara
Masa Berada
Berkorban Raga
Rela Binasa
Berkorban Nyawa
Tanda Kasihnya
Kasihnya Ayah
Sanggupkah Berpisah
dan Kasih Anaknya
Berkorban Nyawa
Biar Pun Jiwa
Akan Tersiksa
Ikhlas dan Rela
Asal Kau Bahagia


Tuesday, October 26, 2010

DOA ORANG YANG TAWADHU'


Ya Tuhan, yang melaksanakan segala hajat
Ya Tuhan, yang menerima segala permintaan

Lemah kami, kuatkanlah
Lalai kami, ingatkanlah
Jahil kami, pandaikanlah
Kotor hati kami, bersihkanlah
Gelap hati kami, terangkanlah
Keras hati kami, lembutkanlah
'Ujub riya' kami, ikhlaskanlah
Takabbur zalim kami, tawadhu'kanlah
Salah kami, maafkanlah
Dosa kami, ampunkanlah
Kejahatan kami, taubatkanlah
Susah kami, angkatkanlah
Sempit kami, lapangkanlah
Sakit kami, sembuhkanlah
Uzur kami, sihatkanlah
Segala urusan kami, permudahkanlah
Segala masalah kami, selesaikanlah

Kami tiada kaya, hanya Engkau yang maha kaya
Kami tiada kuat, hanya Engkau yang maha kuasa
Kami tiada pandai, hanya Engkau yang maha bijaksana
Kami adalah hambaMu yang lemah
Kami adalah hambaMu yang terlalu banyak salah
Jadikanlah kami hambaMu yang taat
Jadikanlah kami hambaMU yang solih
Jadikanlah kami hambaMU yang taqwa
Jadikanlah kami hambaMU yang bertaubat
Jadikanlah kami hambaMU yang rajin beribadah

Peliharakan kami dari syirik
Peliharakan kami dari murtad
Peliharakan kami dari mengikut kafir
Peliharakan kami dari dosa maksiat
Peliharakan kami dari dunia hingga akhirat

Monday, October 25, 2010

Bicara Hati

Saya merajuk dengan semua

Saya marah dengan semua

Saya kecil hati dengan semua

Saya menyampah dengan semua

Hati saya sakit

Saya tak bagi tahu sesiapa pun

Saya harap,

Tuhan balas kesabaran saya ini

Dengan perkara-perkara yang menggembirakan


***********************************************



















Aku tidak layak menentukan apa yang Allah patut beri padaku

Maaf Ya Allah



Friday, October 22, 2010

Aku bukannya MARAH, NASIHAT!



Dia panggil saya
Saya tak dengar
Dia panggil saya lagi
Baru saya perasan
Dia tanya saya
Saya jawab
Dia suruh saya masuk bilik dia
Saya masuk bilik dia
Dia tanya saya
Saya jawab soalan dia
Dia tanya saya
Saya jawab soalan dia
Dia marah saya
Saya senyum
Dia tanya saya lagi
Saya jawab
Dia provoke saya
Saya tak tau nak kata apa
Dia nasihat saya
Saya angguk
Dia motivasi saya
Saya ucap terima kasih


.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.


kenapa saya rasa macam saya tak berguna?




Thursday, October 21, 2010

Dia tak pandang saya pun


Saya pandang dia dari jauh
Dia tak pandang saya pun
Saya lalu depan dia
Dia tak pandang saya pun
Saya jeling dia sikit dengan ekor mata
Dia tak pandang saya pun
Saya tenung dia pun
Dia masih tak pandang saya

Saya tunggu dia
Dia tak pandang saya pun
Saya jalan lambat-lambat
Dia tak pandang saya pun
Saya teruskan perjalanan
Dia tak pandang saya pun
Saya balik pun
Dia masih tak pandang saya

Tapi ...
.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.
Kenapa hati saya nyanyi lagu cinta?





Suatu Masa

Bagaimana kan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk di abadikan
Tiap wajah berkisar
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu senyum dibibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan.
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan
Berpucuk-pucuk surat terbiar di depan ku
Tak dapat kuutuskan
Kuramas semua dan kubuangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal kukumpul semula
Tak dapat kunyatakan apa yang kurasa
Andai engkau tahu gelora hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Oh angin lalu kau sampaikan rasa rindu
Yang membara kepadanya
Warna-warna cintaku kian pudar
Bersama malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan apa yang ku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku
Takkan dipersiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Kuhulur tanganku
Lalu kau terima

Wednesday, October 20, 2010

3 situasi, 3 kasih sayang, 1 pagi



Kasih Sayang 1
Saya dari rumah dan sedang menuju ke stesen LRT untuk ke tempat kerja. Dalam perjalanan saya berselisih dengan sepasang suami isteri yang sedang berjalan menuju ke tangga LRT aliran Ampang (sebelah barat). Kemudian, isteri tersebut berhenti, menghadap suaminya, mereka bersalaman dan isteri mencium tangan. Suami pula berkata sesuatu pada isterinya. “Baik-baik jalan” agaknyalah, sementelah saya hanya meneka. Suami tersebut berpatah semula dan menaiki tangga LRT ke aliran Sentul Timur (sebelah timur).
Seorang suami menghantar isteri sehingga ke tangga LRT? Ini bukan romantic. Ini bukan manja. Ini bukan mengada-ngada. Tapi, ada nilai kasih sayang disitu.


Kasih Sayang 2
Saya menaiki tangga yang sealiran dengan "suami kasih sayang 1" tadi. Dan, 4 atau 5 anak mata tangga atas dari saya kelihatan seorang suami sedang memaut pinggang isterinya yang agak sarat mengandung, mungkin dalam 6-7 bulan. Saya ingin mengekori mereka. Maka saya menaiki tangga lambat-lambat mengikuti langkah wanita mengandung tersebut. Setibanya berhampiran kaunter tiket, suami menghantar isterinya berhampiran penghadang tiket LRT. Kemudian, barulah beliau beratur untuk membeli tiket.
Seorang suami memaut erat pinggang isteri yang sarat mengandung? Ini bukan romantic. Ini bukan manja. Ini bukan mengada-ngada. Tapi, ada nilai kasih sayang disitu.


Kasih Sayang 3
Saya meneruskan perjalanan menaiki LRT sehingga tiba ke tempat kerja. Saya pun memulakan kerja dengan membaca email-email yang terbengkalai semalam. Dan, baru perasan yang cubicle di hadapan saya kosong. Mungkin bercuti atau MC, firasat hati saya. Saya meneruskan kerja dan selang beberapa minit ke pukul 10 pagi, terpacul rakan sekerja saya itu. Saya meramahkan diri bertanya padanya. Rupa-rupanya beliau pulang ke rumah pukul 4 pagi tadi. Wah, terkejut saya? Dan saya bertanya, siapa yang mengambilnya pada pukul 4 pagi? Dan beliau menjawab “Ayah saya”
Seorang ayah sanggup meninggalkan tilam dan bantal pada pukul 4 pagi dan mengambil anaknya yang tidak pulang-pulang dari keja sejak semalam? Ini bukan romantic. Ini bukan manja. Ini bukan mengada-ngada. Tapi, ada nilai kasih sayang disitu.


Ini baru cerita satu pagi, belum cerita satu hari, belum cerita satu tahun, belum cerita bertahun-tahun.

Ya Allah, kekalkanlah kasih sayang antara kami, kekalkanlah kasih sayang antara manusia. Semoga kami tergolong dalam kalangan manusia-manusia yang sentiasa mendapat kasih sayangMu.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (Surah Maryam: 96)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Ar-Rum: 21)



Ef.Bi


Saya buka FB
Baca-baca status orang
Gelak-gelak sensorang
Jumpa-jumpa kawan lama
Ingat-ingat boifren lama
Korek-korek kenangan lama
Belek-belek gambar comel
Tengok-tengok orang mengomel
Teringin mahu komen-komen
Bukannya nak beromen-romen
Tapi, takpe lah
Sebab terfikir…siapalah saya di hati mereka
Biarlah saya jadi silent reader saja
Itu sudah cukup buat saya

Sekian!
Gambar credit to Google

Tuesday, October 19, 2010

Senyum?


Dari jauh dia pandang saya
Dari jauh dia senyum pada saya
Saya pun balas senyum dia
Kalau tak balas nanti dia kata saya sombong

Lepas tu saya malu…boleh?


Okey, cukup gedik untuk hari ini!



Monday, October 18, 2010

JAHAT


Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah
Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Apa agaknya sudah jadi
Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Friday, October 15, 2010

Kuiz Mengarut

(1) 3 Names in Your Inbox Cellphone
CELCOM
@Nun****
R****** *****

(2) Your Main RingtoneDefault:
For the rest of My Life-Maher Zain-ini aku yang edit sendiri taw!

(3) What U Did At 12 Last Night?
Tidur... dan mungkin berdengkur...wahahaha

(4) Who Was The Last Person You Went Out With? Where?
Family-Ahad Lepas. Ke Tesco Ampang.

(5) The Color 0f The T-Shirt You’re Wearing?
Sorry, no at home...(hahaha sape tau permainan apa ni?)...I'm wearing pink blouse.

(6) The Last Thing U Did?
Lunch-Farewell of someone in my office

(7) 3 of Your Everyday Favorite Items
Internet
Books
TV

(8) The Color of Your Bedroom?
Light Purple

(9) How Much Money in Your Wallet Now?
RM 24.85-haaaa bersungguh taw saya kira ni...tak tipu punya...inipun sebenarnya duit pinjam kekekekekek


(10) How’s Life?
To be honest, miserable!

(11) Your Favorite Song?
Belaian Jiwa-Innuendo

(12) What Will You Do Next Weekend?
Esok kenduri kat Rantau. Ada pilihan untuk tak balik tak?

(13) When Was The Last Time You Saw Your Mom?
Pagi tadi. siap salam cium tangan taw!

(14) Where Is She Now?
Kat rumah ler...tengah bergebang ngan adik kot kekekekek

(15) When Was The Last Time You Talked To Your Parent?
Malam tadi, sesambil tengok Syurga Cinta kat Astro Ria

(16) Who Is The Last Person That Texted You?
CELCOM, kat dah cakap tadi? asik tanya je!

(17) Where Did You Have Dinner Last Night?
Kat Rumah, mak masak asam pedas! Perghhhh

(18) The Last Surprise You Got?
Kelmarin, bank tak kasi pinjam banyak-banyak! Tak guna!

(19) Last Thing You Borrowed From Your Friend
last week, RM3 hengget. tak de duit kecik nak bayar laksa...kejadah? hahahaha

(20) Who is Your Bf/Gf Or Husband/Wife?
takdela...tolong carikan...saya nak yang tu...ha yang tu la.

(21) What Do You Feel Now?
Perut kenyang gila sampai urat-urat mengantuk pun dah memulakan kerja

(22) Wanna Share With Who?
Share ngan sapa rasa mengantuk ni? Sapa mengantuk angkat tangan... jom tido!

(23) Who Knows Your Secret?
Adik saya

(24) They Keep Your Secret?
Ntah. Cuba la tanya dia

(25) Are You Angry With Someone?
It's not worth mentioning it here.

(26) What do you order at McD?
Bukan kena boycott ke? kadang-kadang MCDuluxe, kadang kadang Double Cheese Burger heheheh

(27) The Last Time You Felt So Sad?
When i like someone and i do not know whether that someone like me or not. Heeeeeeeeee...ok mengarut!

Kenali saya

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Terkilan, sedih, geram, marah, itu normal bukan? tapi semua tu simpan dalam hati dulu, buat appoinment dengan Tuhan, lepas tu mengadu puas-puas. Nanti tahu la Dia nak buat apa kan?

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
Nak jadi hebat macam Syed Mokhtar Al-Bukhary , seorang yang sangat bersyukur dengan apa yang dia ada, dalam masa yang sama membantu orang lain untuk merasa apa yang dia pernah rasa. Kalau boleh jadi hebat dari dia lagi bagus, tapi mungkin hati saya tak sekuat dia.

3. Whose butt would you like to kick?
Orang yang gatal tanya soalan tak senonoh ni ha...boleh? hehhe!

4. What would you do with a billion dollars?
Kalau duit orang lain, saya pulangkan balik la. Tapi kalau duit saya, saya settlekan semua hutang kereta dengan rumah, cari rumah yang selesa untuk mak dengan ayah duduk, kenduri kahwin (cari calon dulu la kan?) pergi umrah dan haji satu family, sedeqah pada anak yatim-rumah orang tua-ibu tunggal-orang yang tak berkemampuan-merempat tepi jalan, zakat dan cukai, taja biasiswa budak-budak belajar, buat investment sebab saya tak pandai berbisnes, beli buku-buku yang best untuk dibaca, (ini je aku rasa dah dekat 10 juta dah ni huahuahua). tolong family yang terdekat mana yang patut...yang lain kalau nak duit untuk bermewah-mewah kene keroje ye, saya tolong orang yang betul-betul tak mampu je.

5. Will you fall in love with your bestfriend?
Tak Pernah. Saya takde BFF lelaki, takkan ngan perempuan kot...oi oi, saya straight tau!

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Being love by Allah.

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
If i said i can't wait, what will happen? I believe in Qada & Qadar Allah. But, I will never give up!


8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Mestila tinggalkan. Saya tak nak senyuman yang saya beri bermodal dari tangisan orang lain. Waaaaaaaaaah bermadah pulak!

9. What do you pray each day for your loved one?
Kebahagiaan dunia dan di akhirat. Semoga sayang Allah pada mereka sehingga sampai ke syurga.

10. What Make you down fastest?
Bila perihal diri saya menjadi buah mulut orang lain. Perkara baik saya tak suka tersebar, perkara buruk lagi lah, perkara fitnah lagi down! saya ni orang biasa-biasa saje. tak suka bergebang sana-sini. saya pun tak suka bergebang tentang orang lain. So, people out there, watch your action!

11. How would you see yourself in ten years time?
Kehidupan saya dah stabil dan apa-apa yang saya impikan dalam 10 tahun akan datang dah tercapai. Dah ada kereta, dah ada rumah, dah kawin dan ada anak-anak yang comel, dah sambung study, kumpul duit pergi haji.
waaaaaaaaaaah kau! banyak nya impian!

12. Would you rather be single and rich or married but poor?
Kahwin itu fitrah dan sunnah. Kaya itu terpulang pada bagaimana kita bersyukur dengan rezeki Allah.

13. What’s the first thing you do when you wake up?
Cari henphon, kalau tak bawah bantal mesti kat tepi tilam... pastu merungut sensorang apsal macam dah hampir siang padahal belum sembahyang subuh. Marah kat alarm lah konon, tapi sebenarnya tak pasang alarm pun. wakakaka...

14. Would you give all in a relationship?
Taat setia hanya pada suruhan suami yang tidak bertentangan dengan suruhan Allah

15. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
Jawapan no 14 dah boleh tau kot? eh?

16. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
Forgive is one thing, forget is one thing! you can't make this different thing as one. For example, you take your breakfast in the morning and you are full. In lunch time, you can said you are hungry but you can't said you didn't take breakfast. Okay?

17. Would you rather being single or relationship?
Relationship.

20. Would you leave your family behind just to chase your dream?
My family is my dream

Janji Manismu

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan
Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan
Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi
Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan

Thursday, October 14, 2010

HUSBANDS FOR SALE!

A store that sells husbands has just opened in New York City , where
a woman may go to choose a husband. Among the instructions at the
entrance is a description of how the store operates. You may visit the
store ONLY ONCE !

There are six floors and the attributes of the men increase as the
shopper ascends the flights. There is, however, a catch . . .. you may
choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a
floor, but you cannot go back down except to exit the
building! So, a woman goes to the Husband Store to find a husband .

On the first floor the sign on the door reads:
Floor 1 - These men have jobs and love the Lord.

The second floor sign reads:
Floor 2 - These men have jobs, love the Lord, and love kids.

The third floor sign reads:
Floor 3 - These men have jobs, love the Lord, love kids, and are
extremely good looking.
'Wow,' she thinks, but feels compelled to keep going.

She goes to the fourth floor and sign reads:
Floor 4 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-
dead good looking and help with the housework.
'Oh, mercy me!' she exclaims, 'I can hardly stand it!'

Still, she goes to the fifth floor and sign reads:
Floor 5 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-
dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic
streak.
She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the
sign reads:

Floor 6 - You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on
this floor. This floor exists solely as proof that women are
impossible to please.


Thank you for shopping at the Husband Store. Watch your step as you
exit the building, and have a nice day!
Please send this to all men for a good laugh and to all the women who
can handle the truth!

Makna bacaan dalam solat ..really good info ..worth it

Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..


Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari......... ....... untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .
 
 

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya..
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah..
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas
keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku
sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya
allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"

LEMAH LEMBUTNYA WANITA.....UNTUK LELAKI

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.... Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam .....
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
 
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat....celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat.....di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah.....bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah.....bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat...., menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
 
 
" KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT "
 
 
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
 
 
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....

Airmata Rasulullah....

Email from my BFF


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.


Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril
lagi.


'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.


Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata
Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.'


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan.


Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

p/s: setiap kali baca ayat yang berwarna hijau di atas, pasti mata saya berkaca-kaca, betapa sayangnya Rasullullah pada umatnya. Masih terasa-rasa di hati walau tak pernah bersua.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.


Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.
Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.


Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Email from my BFF

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah...


Story taken from email from my BFF



Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


Eydana: sudah terhantuk baru terngadah.


Wednesday, October 13, 2010

Mau tapi Malu

Kau yang di sana, siapa dirinya
Buatku terpana
Kesan pertama sungguh mempesona
Ingin mengenalnya
Di kepalaku ada suka yang menggila
Sudikah kamu mengenalku, mendekati aku
Aku mau tapi malu
Ku suka matamu, hidungmu, wajahmu
Dan aku mau untuk jadi milikku
Aku mau tapi malu
Ku suka gayamu, tingkahmu, senyummu
Tapi ku malu tuk katakan padanya
Aku yang selalu punya sejuta cara, cara tuk merayu
Tapi yang terjadi aku seperti ini
Ku bingung sendiri
Di kepalaku ada suka yang menggila
Sudikah kamu mengenalku, mendekati aku
Aku suka.
Aku mau.
Tapi sungguh aku malu
Aku diam
Aku bingung aku harus bagaimana
Oh Tuhanku tolong aku
Mengapa ku jadi bodoh
Ku tak tau kenapa
Ku tiba-tiba jadi malu
Ku tak tau tak tau ku tak tau tak tau uuuu

Eh? Mr Cool lah!



Dia kuar rumah
Dia bawa bakul
Bakul dia separuh penuh dangan kain-kain yang belum bersidai
Dan saya bersangka baik yang dia dalam perjalanan (hehe) mahu menyidai kain
Kenapa saya rasa cool sangat…dan comel!

Ok, cukup gedik untuk hari ini eh…

p/s: ayah saya pun selalu sidai kain kalau weekend, ada saya cakap ayah saya tak cool?

huhuhu