Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Friday, October 29, 2010

Mentari Muncul Lagi

Dulu saya ada boyfriend. Nama dia Zainal Arief. Saya panggil dia Nal sahaja agar lebih mesra. Kami berjumpa pertama kali di London. Mulanya, kami sentiasa bententangan mata, walaupun dari jauh, saya tak dapat menafikan yang saya tak boleh berhenti dari memerhatikan dia. Waktu itu saya konfius dengan perasaan saya sendiri.

Saya tak boleh lupa saat dia kongsikan sandwich dia dengan saya…soooo sweet! And he just sooo cute, with his pony tail at the back of his head. Walaupun saya sering menafikan perasaan yang wujud dalam hati saya, namun memang tak dapat di nafikan lagi, saya sudah jatuh cinta. Dan dia pun sama.

Tidak lama kemudian kami kahwin walaupun tanpa restu keluarga. Namun, suatu hari dia tinggalkan saya. Dia kata dia akan datang balik setelah 2 minggu, tapi dia pergi macam tu saja. Saya jadi marah, geram. Sampai hati dia buat saya macam tu. Susah untuk saya percaya yang dia tipu saya. Masa itu, saya sedang mengandungkan anak pertama kami. Saya ingat saya nak buat surprise pada dia, namun dia memang tak pulang langsung.

Kini, setelah 9 tahun, dia datang semula. Bertanyakan tentang anak kami. Saya jadi amat marah dengan perbuatannya itu. Tapi, entah bagaimana, kami bersatu semula…bila saya tanya sebab dia tinggalkan saya 9 tahu lepas, dia tak pernah jawab…


Noktah

Ye, betul. Zainal Arief adalah hero dalam novel Sehangat Asmara dari penulis Aisya Sofea. Pertama kali saya baca buku ini, saya rasa macam tak lalu makan seminggu. Waktu itu adalah pada tahun 2003 kalau tak silap saya. Kini, buku itu saya sudah baca entah untuk kali ke berapa… tak apa… 2010-2003, baru 8 tahun. Ada lagi setahun untuk saya tunggu Zainal Arief sebenar saya…hehehe…

Dan saya terfikir, ini adalah lagu Zainal Arief untuk saya. Jawapan pada solan yang saya selalu tanyakan pada dia…

Aku fikirkan
Mendung Berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Kurasa kembali kehangatannya

Maafkan aku
Meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa


Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakan kuterpaksa
Meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita

Menyesalnya ku kerana menyangka
Nasib tak menyebelahi cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang..masih ada cinta

Maafkan aku
Meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa


No comments: