Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Monday, December 09, 2013

Menjadi orang yang menyenangkan



Selalunya kita akan merasa senang dengan orang yang menyenangkan. Orang yang menyenangkan itu hidupnya terasa rasa mudah dan disenangi ramai orang.  Menjadi orang yang menyenangkan amat mudah bagi orang yang terbiasa sikapnya dari kecil untuk menyenangi kehidupan orang lain. Bagi mereka yang tidak biasa, di bawah ini ada tips sikap atau tindakan yang menurut saya boleh membuatkan orang sekeliling senang bersama kita.






1. Senyum
Murahkan senyuman anda pada semua orang.

2. Prihatin
Prihatin dengan apa yang terjadi pada orang lain.

3. Menjadi pendengar yang baik
Perhatikan dengan baik ketika orang lain mengatakan sesuatu, walaupun hanya dengan menganggukan kepala, atau sekurang-kurangnya memperhatikan dan tidak bersikap muak terhadap apa yang dia utarakan.

4. Tunjukan kebahagiaan
Jadi orang yang selalu nampak bahagia walaupun ada masalah. Buangkan perasaan murung atau sedih serta tunjukan semangat bahawa kehidupan yang sedang dijalani adalah suatu kenikmatan.

5. Bersikap ramah
Bersikap ramah pada orang yang dikenali dan berikan rasa hormat ketika meyapa. 

6. Tidak mengaibkan orang
Jangan mengaibkan, apalagi membicarakan keburukan orang lain. Melainkan kalau memang terpaksa, sebaiknya seperlunya saja. Jangan pula berlarut-larut apalagi sampai membuatnya menjadi sesuatu yang menyenangkan.

7. Tampil menarik
Tampil menarik sesuai keadaan sekitar. Jika boleh, perbaiki penampilanmengikut kemampuan tetapi jangan tampak berlebihan. Perhatikan cara berpakaian dan kebersihan. 

8. Sering bercampur
Sering bercampur dan berkumpul pada kelompok tertentu. Lebih umum terhadap masyarakat sekitar. Libatkan diri sendiri pada acara-acara tertentu. Jangan terlalu menutup diri terutama pada orang-orang terdekat.

9. Merendah diri
Merendah dan tidak menyombongkan diri, sebab sikap sombong tidak membuat orang lain merasa senang.

10. Mengalah
Senatiasa mengalah untuk menang besar. Sering mengalah agar menjadi orang yang menyenangkan. Tapi, untuk keadaan tertentu seperti masalah serius, merugikan, atau dengan orang yang sifatnya menindas, jangan lakukan hal yang satu ini.

11. Percaya diri
Percaya diri dalam keadaan apapun. Jangan malu atau terasa dengan apa yang ada pada diri sendiri.

12. Jujur
Kejujuran menjadikan orang sekeliling yakin dan percaya terhadap kita. Jujur dan tidak suka berbohong untuk kebaikan.

13. Menghargai
Menghargai setiap orang di sekeliling kita, Tidak kira samada orang miskin, OKU, tidak berguna atau sebagainya. kita tetap menghargai bahawa dia adalah seorang manusia yang patut dihormati sama dan dihargai selayaknya orang-orang lain.

14. Pandai menyesuaikan diri
Pandai menyesuaikan diri dengan kelompok atau lingkungan yang baru. Jangan menjadi asing meskipun sebenarnya hal itu adalah sebuah kenyataan.

15. Sopan
Sopan dan tunjukkan bahawa diri sendiri memiliki kepribadian yang baik.

16. Bersikap terbuka
Lebih bersikap terbuka bagi orang lain. Tidak menutup diri dari kehidupan luar.

17. Berpikir positif
Selalu berpikir positif dan juga mengimbangi hal seperti ini dengan tindakan positif juga. Orang lain akan merasa senang dan diri sendiri juga akan lebih nyaman.

18. Bergantung pada diri sendiri
Menjadi orang yang  tidak terlalu bergantung pada orang lain. Boleh mengurus banyak hal sendiri dengan baik.

19. Bertanggung jawab
Jadilah orang yang bertanggung jawab ia boleh dijadikan cara untuk membuat diri sendiri jadi orang yang paling menyenangkan. Itu jelas berpengaruh besar terhadap pandangan orang sekitar.

20. Berkongsi
Jangan malas untuk berkongsi. Bukan sahaja barang, ilmu atau pengalaman  juga termasuk dalam kategori ini. Kalau nak kurangkan beban pun boleh, berkongsi masalah.

Banyak tak tips? memang rasa susah pada mulanya, tapi cubalah perlahan-lahan, pasti akan jadi mudah nanti.

Gambar ambil dari cik google, tips saya ambil dari http://tipstricks2013.blogspot.com/2013/03/cara-menjadi-orang-menyenangkan.html, ubah ubah sikit ikut selera orang melayu malaysia. 

Semoga bermanfaat!

Tuesday, October 22, 2013

saya harap ada orang bagi saya bunga

harap tak semestinya dapat kan?

sedih T.T

bye.

Tuesday, October 08, 2013

Amanah












"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Surah Al-Anbiyaa', Ayat 89).









"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Sentiasa Mendengar (Menerima) do'a". (Ali-Imran:38)x

Tuesday, September 10, 2013

hye and try

assalamualaikum all!

hi, i'm back. sedang busy tapi curi masa berblogging. saja nak test using mobile blogger ni. nak tengok dia keluar cantik ke tidak
huhuhuhu.

tak ada apa sangat pun nak cerita. apa? entry yang lepas tu? takde.... belum ada rezeki lagi. insyaAllah, tak lama lagi Allah swt bagi la tu. doa , usaha dan tawakkal.

ok la, nanti bos jeling pulak. korang layan je la gambar-gambar random kat bawah ni.

k-bye.

Thursday, August 15, 2013

Expecting dan Harapan

Assalamualaikum...


entry ini panjang: nak cerita ke tak cerita pun tak tau...

seperti biasa aku akan selalu merasa kekonfiusan pada diri sendiri. Allah swt nak uji samaada aku sabar atau tidak...

ceritanya lebih kurang macam ini...

di bulan Ramadhan yang mulia hari tu, pada hari puasa yang ke 2 iaitu 11 Julai, dimana masuk malam terawih yang ke 3. konon-konon lepas berbuka dan rilex rilex kejap masuklah ke bilik air, dengan semangatnya nak buat preparation untuk berterawih (gosok gigi, amik wudhuk siap-siap bagai la kan...)

sekali... bukak2 je spenda sbb nak buang air...jeng jeng jeng...setompok cantik melekat kaler merah kecoklatan di sependa... baik punya melekat macam peta. dalam hati agak terkilan, tak sedih, cuma terkilan...(alaaa, tak lekat lagi...takpela Allah swt belum nak bagi rezeki kan?) so malam tu takde la berterawih sehinggalah 6 malam berikutnya...

nak dijadikan cerita...17 hari berikutnya...iaitu 3 Ogos petang, keluar lagi tanda2 awal period. kaler merah, tapi sikit je. eh? awal ke pulak period kali ni...sepatutnya around 11 Ogos la kalau datang balik pun...(budget dalam time2 raya giteww kannn...) mesti la concern habis...time puasa la pulak kan nak jadi macam ni. boleh puasa ke, tidak ke. nak solat ke cemana ke kan... Tapi dalam hati tu berdetik gak...pregnant ke aku ni? manalah tau kan bak kata orang darah bayi nak menempel ataupun bahasa omputehnya "spotting". so, dengan rasa konfiusnya, teruskan jugak puasa petang tu sbb bila hidu bau dia macam takde bau hanyir (alaaa bau hanyir yang macam darah period biasa tu kan...)

so, tunggula sampai esok...masih lagi ada kuar darah, walaupun sikit. tapi kali ni nak warna coklat ala2 darah period tu kan...baunya pun dah bau darah la...tak hanyir, tapi memang bau darah... so, aku mmg suspect period, dan awal 9 hari dari hari sepatutnya. Allah nak uji...tidaklah aku berpuasa pada keesokan harinya itu... dan berterusanlah sampai 7 hari berikutnya... walaupun darah keluar sikit je... selalunya setompok je, itupun kalau dah lepas balik keje, sebabb penat kot, sikit sangat. aku assume maybe sebab period awal... maka dinding rahim yang runtuh pun tak la banyak... itu sebab la dia keluar tak banyak. so dalam 10 Ogos camtu dia dah stop, takde darah lagi dah, sikit pu n takde.

so selama 12 hari jugak la aku tak puasa tahun ni? fuhh... ponteng puasa paling banyak dalam sejarah semenjak akil baligh.

bila time2 raya ni berkumpul sanak saudara, biasala kan apa benda yang di tanya dekat pasangan yang baru kawin kan kan kan. dah berisi ke? so aku pun cerita la dekat salah sorang makcik aku ni... dia kata, "pegi la check, acik dulupun 2 minggu period, tapi mengandung." dalam kekonfiusan aku pun berkata "oh yeke? nantila lepas 11hb nanti org check". (ye la sbb sepatutnya period aku yang ikut kiraan betul kan due 11 Ogos) makcik aku ni macam bagi HARAPAN je...

nak di jadikan cerita... balik pada kampung husband 12 Ogos malam tu aku ajak adik pegi Tesco sbb nak makan KFC, dalam masa yang sama aku nak cari Pregnancy test kat Watson... sekali 3 ko aku hambik, dari yang murah sampai la yang ke mahal...tapi tak bgtau Hubby lg, takut dia yang eksaited lebih... aku just nak test je... kalau negative, takde rezeki la kan. tup-tup balik je pada Tesco, alamak, ada lagi setompok darah melekat kat spenda. aku redho je la, try je test esok sbb dah beli kan. lagipun tak pernah guna, eksaited pulak nak guna.

Jadi, esoknya pagi-pagi aku test, guna yang mahal dulu, (sebab dia mahal, aku assume mesti la accuracy dia lebih tinggi kan?) aku guna clearblue digital... dalam seminit nak tunggu keputusan tu, dalam hati redho je... apa pun result aku terima. sekali... jeng jeng jeng..... Pregnant 1-2 weeks. hambek kau, terngadah aku di situ. pastu terus berfikir... nak try  Pregnancy test lagi dua yang lain tu pulak, risau result yang first tu tipu.

seperti biasa, memanbah kekonfiusan aku lagi... 2 lagi test yang aku guna tu tak membantu menyokong result test yang pertama tadi. haihhhh... semakin risau, semakin konfius, semakin takut. sebenarnya aku ni sakit apa hah? hadoiiii... lagi fikir lagi pening. akhirnya cerita jugak kat hubby, nak buat cemana kan...dia kena la tau kondisi bini dia ni. Hubby pun konfius, terus nasihat g klinik. adoi... takut nak jumpa doktor, karang dia tanya macam2, aku tak reti jawab cemana? isyyyy... dipendekkan cerita setelah merengek2 kat hubby, takut la risau la, hape la... malam tu ambik keputusan pegi klinik.

sampai klinik, naseb baik doktor pompuan kau...senang sket aku nak cerita, hubby konon nak temankan aku masuk jumpa doktor, tapi hampeh...masa nama aku kena panggil, dia ada kat toilet pulak... sudahnya aku masuk sensorang jugak.

cerita punya cerita pasal period tak menentu tu (tapi yang pregnancy test tu tak cerita langsung), doc kata nak scan...  scan la jugak, tapi tak nampak apa pun. so doc kata nak urine test. dan resultnya sepeti 2 test yang tak membantu tadi, negative...(tapi boleh plak doc kata "tapi nampak macam ada bayang2 dua line") macam ada HARAPAN la kannn... last2 doc kata, takpe saya bagi asid folic, dan awak try datang lagi minggu depan. kalau ikut period yang bulan July ni, minngu depan dah masuk 5 minggu kot, dah boleh try detect...HARAPAN lagiii.... aku redho je lahhh.

esoknya, darah turun makin banyak pulak...tapi tak la sebanyak period macam biasa...redho la dengan ujian ini...rasa konfius dah tak menentu je rasa hati...doa ja semoda Allah swt bagi kekuatan.

Hari ni Khamis 15 Ogos, dah start keje, pgi tadi pun ada setompok darah melekat kat pet. bau pun macam darah period je. so aku meredho je la. Cuma breast aku ni rasa macm bengkak je, sakit sangat takde la, rasa cam nyeri2 ngilu gitteww... Nak dijadikan pengabih cerita lagi, aku pun pg la check kat klinik bawah ofis ni. konon2 nak check dengan doctor yang berbeza la kan...cerita punya cerita, sama yang macam aku cakap kat tadi, cuma UPT test je tak cerita kat doc. seperti biasa, doc suh buat UPT test, dan resultnya negative jugak... maka dengan itu, siapa lah aku nak menidakkan keputusan 2 doctor dan 2 UPT test yang aku buat sendiri kan... cuma satu tu je sesat, silap la kottt kan...

aku masih redho, cuma... aku risau darah ni darah apa?...start pagi tadi dia kuar sikit je pulak.

jadi kata doktor, tunggu sampai hari ke 16, kalau masih ada lagi, keluar darah maksudnya bukan period, dan dah boleh solat. dan dia suh aku datang lagi check 4 september, sebab mana tau, kot2 pregnant, time tu dah scan dah boleh nampak. tengok...HARAPAN lagiiiii.

aku redho je. kalau Allah kata rezeki aku, Insya Allah, ada la kan.

Yang penting, jaga hubungan dengan Allah, nanti Allah akan jaga kita.

Kita berusaha & tawakkal, Allah juga sebaik-baik perancang.







Tuesday, June 25, 2013

Happy Birthday to me...

Sekejap je masa berlalu...

semalam aku dah masuk 29 tahun. first time sambut birthday dengan suami. lain perasaannya. happy dan terharu. kami bawa mak, ayah n adik sekali makan...kat tempat favourite abang...Satay Station. tengah-tengah makan satay, tetiba ada pengumuman dari pakcik2 dondang sayang yg buat persembahan...

"di sini ada satu permintaan lagu happy birthday dari suamimu yang tersayang, iaitu Muhammad xxxx kepada isteriku yang ku sayang selalu...Nurul xxxx, Selamat Hari Jadi..."

dan pakcik tu pun mendendangkanlah lagu "happy birthday" dan "Allah selamatkan kamu" untuk aku...

pakcik dondang sayang satay station yang di maksudkan




Thank you abang!
terharu gila beb... malu pun ada... patutla beriya nak pegi Satay Station jugak...iskk...

hopefully kebahagiaan sentiasa mengelilingi kita untuk kita share dengan orang sekeliling kita.

-happy birthday to me-

Monday, June 17, 2013

100th day



hai…

lama dah tak buka blog. just nak share yang perkahwinan kami baru je masuk hari yang ke 100 semalam.

happy…weee…walaupun ada adegan merajuk manja petang tu…phikikikikiki…opkos la kita yang merajuk kan?

well… rasa macam baru je kenal, baru je mak datang merisik (masa tu masih panggil makcik la kan), macam baru je dapat bunga dari abang (masa tu masih ber”saya-awak” lagi bhahaha…) siap dapat teddy bear lagi. kita nak ambil hadiah dari abang pun macam malu-malu kucing gitu. segan betul waktu tu. abang kata, ni hadiah sebab terima lamaran dia. MALU oh!


will you marry me?




masa dapat hadiah ni memang dah pakai cincin merisik dah, nak kata bercinta time tu takde la sangat, tapi memang dah ada rasa suka…ehem…lepas masa merisik tu, ada masa 6 bulan je nak prepare jadi bini orang…adeh…

dalam masa 6 bulan tu la kitorang start develop perasaan antara satu sama lain, jarang jumpa, more to sms je. kalau ada hal penting je sekali sekala call. keluar pun sbb pegi beli beli barang hantaran, barang2 untuk majlis ataupun lunch, tu je. tapikan, bila dah dekat2 masa nak kawin tu…dah start falling in love dah…rasa macam jalan atas angin pun ada…anak mata pun dah jadi bentuk love…ehehehehehew…


officially married baru boleh pegang-pegang




lepas habis kenduri 2 belah pihak… apa lagi, honeymoon la…


mood:happy





ladang teh




strawberry park




our honeymoon sponsored by someone (terima kasih). date honeymoon adalah date first time kitorg berkenalan giteww…(2 April 2012 – 2 April 2013) berkenalan tak semestinya bercinta taw…kitorng kawan dulu…around July (dah nak puasa dah time ni) barulah start couple…(konon). Sepanjang couple, memang tak pernah keluar sama, kecuali masa raya ke-4, itupun ditemani adik sebab nak pergi beraya kat rumah bakal mak mertua.(mak dia la la tu)…raya ke-7, datanglah rombongan merisik ke rumah…yeay! (eh?)

di pendekkan cerita, kitorang pun bernikah pada 8-3-2013, and yesterday 16-6-2013 genaplah 100 hari pernikahan kami. Happy 100th day!

Semoga kita sentiasa di dalam Rahmah & kasih sayang Allah s.w.t, bahagia hendaknya sehingga ke Syurga-Nya.


-Ameen-


p/s: oh lupa, kitorang celebrate kat Satay Station semalam. berdua je.

Friday, March 08, 2013

i love u


from strangers become partner,
from fantasy become real,

















from hate become love...