Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Wednesday, October 20, 2010

3 situasi, 3 kasih sayang, 1 pagi



Kasih Sayang 1
Saya dari rumah dan sedang menuju ke stesen LRT untuk ke tempat kerja. Dalam perjalanan saya berselisih dengan sepasang suami isteri yang sedang berjalan menuju ke tangga LRT aliran Ampang (sebelah barat). Kemudian, isteri tersebut berhenti, menghadap suaminya, mereka bersalaman dan isteri mencium tangan. Suami pula berkata sesuatu pada isterinya. “Baik-baik jalan” agaknyalah, sementelah saya hanya meneka. Suami tersebut berpatah semula dan menaiki tangga LRT ke aliran Sentul Timur (sebelah timur).
Seorang suami menghantar isteri sehingga ke tangga LRT? Ini bukan romantic. Ini bukan manja. Ini bukan mengada-ngada. Tapi, ada nilai kasih sayang disitu.


Kasih Sayang 2
Saya menaiki tangga yang sealiran dengan "suami kasih sayang 1" tadi. Dan, 4 atau 5 anak mata tangga atas dari saya kelihatan seorang suami sedang memaut pinggang isterinya yang agak sarat mengandung, mungkin dalam 6-7 bulan. Saya ingin mengekori mereka. Maka saya menaiki tangga lambat-lambat mengikuti langkah wanita mengandung tersebut. Setibanya berhampiran kaunter tiket, suami menghantar isterinya berhampiran penghadang tiket LRT. Kemudian, barulah beliau beratur untuk membeli tiket.
Seorang suami memaut erat pinggang isteri yang sarat mengandung? Ini bukan romantic. Ini bukan manja. Ini bukan mengada-ngada. Tapi, ada nilai kasih sayang disitu.


Kasih Sayang 3
Saya meneruskan perjalanan menaiki LRT sehingga tiba ke tempat kerja. Saya pun memulakan kerja dengan membaca email-email yang terbengkalai semalam. Dan, baru perasan yang cubicle di hadapan saya kosong. Mungkin bercuti atau MC, firasat hati saya. Saya meneruskan kerja dan selang beberapa minit ke pukul 10 pagi, terpacul rakan sekerja saya itu. Saya meramahkan diri bertanya padanya. Rupa-rupanya beliau pulang ke rumah pukul 4 pagi tadi. Wah, terkejut saya? Dan saya bertanya, siapa yang mengambilnya pada pukul 4 pagi? Dan beliau menjawab “Ayah saya”
Seorang ayah sanggup meninggalkan tilam dan bantal pada pukul 4 pagi dan mengambil anaknya yang tidak pulang-pulang dari keja sejak semalam? Ini bukan romantic. Ini bukan manja. Ini bukan mengada-ngada. Tapi, ada nilai kasih sayang disitu.


Ini baru cerita satu pagi, belum cerita satu hari, belum cerita satu tahun, belum cerita bertahun-tahun.

Ya Allah, kekalkanlah kasih sayang antara kami, kekalkanlah kasih sayang antara manusia. Semoga kami tergolong dalam kalangan manusia-manusia yang sentiasa mendapat kasih sayangMu.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (Surah Maryam: 96)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Ar-Rum: 21)



No comments: