Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Wednesday, November 30, 2011

Be in the middle doesn't always look good...



moneyspender or moneymaker?
neither i ... nor a moneysaver


daydreamer or dreamcatcher?
neither i ...thus, i'm a loser





My thought inspiration's for today




Be in the middle doesn't always look good.....
...thus, be the 1st to be good!

Be the first in the first, be the first in the middle, be the first till the last!

Think twice before you act or speak. Always live to the fullest life. Work smart and hard. Give more to everyone. Love is all about giving and sacrificing. Confident to overcome temptations and hardships. Be brave and wonderful. Be happy and always be awesome. Don't forget to thank God!

I hope your love is always happy...


Bye!




picture credit to: 

Wednesday, November 02, 2011

decorate for whom?

don't know why suddenly i come up with this, enjoy!




Decorate – Yuna

So you decided to see me out of the blue
Should I let you come over
I think you’re doing fine
That girl in your arms
Does she know where you come from

Almost made me move out of town
You don’t want me to be around
But I stayed anyway
Just in case

Finding reasons to hate you more than before
Like how you said you would call
But never at all
Got rid off your number that I know by heart

You left your things at my place
As if I have all the space
Cause you know I don’t mind
Just come back when you think it’s time

I’m all black and white inside
Monotonous from left to right
I decorate my house with things you love
Just in case you show up
In case you show up

Thursday, October 20, 2011

Jangan mudah putus asa





aku takkan putus asa, selagi syaitan belum putus asa

aku yakin... Allah s.w.t bersamaku


Wednesday, October 12, 2011

apa kelas?

tadi saya pergi kelas. dah 2 minggu sebenarnya saya ponteng kelas. bukan tak nak pergi. tapi memang saya tengah busy sangat. pasal kerja. pasal rumah. pasal family. dan pasal jodoh.

oh lupa nak cerita, tempat kerja saya ni unik sikit. kalau time-time lunch ada banyak kelas-kelas yang boleh di hadiri. dari kelas menari, senamrobik sampaila ke kelas tadarus al-qur'an.pilih je nak yang mana. tu pasal saya sayang tempat kerja saya ni walau se-stress mana pun saya kerja. saya sayang nak tinggal kelas agama saya. eh, dah termelalut pulak. bukan nak cerita pasal ni sebenarnya...

nak cerita perasaaan saya bila masuk kelas tadi... setelah 2 minggu tak masuk kelas, tiba-tiba masuk kelas hari ini, saya rasa macam bersalah. bukan bersalah dengan ustaz, tapi bersalah dengan diri sendiri. betul apa ustaz kata. " Tipu daya syaitan yang paling licik selain keJAHILan ialah keSIBUKkan."

dan saya terngadah sendiri...

betul la tu. betul apa yang ustaz cakap.saya setuju sangat.sebab apa yang saya sibukkan semua berkaitan dengan dunia, padahal tujuan asal hidup kita ialah akhirat...


...kan?

Thursday, October 06, 2011

Bila Tuhan berbicara

err...

hati saya rasa berat...belakang badan pun dah mula sakit
itu tandanya saya sedang stress. stress atas banyak sebab.
tak mau la tulis kat sini. segan.
sebab bukan saya sorang je yang ada problem kat dunia ni.
takpe saya tahu. sekarang ini sebenarnya
Tuhan sedang menguji, bukan membenci
itulah caranya Dia berbicara dengan hambaNya
kalau tidak begitu, harus bagaimana lagi

kan...?




terima kasih Tuhan,
kerana sudi berbicara dengan hambaMu yang hina ini
ampunkan segala dosa-dosaku
aku redha dengan ujianMu ini
aku hanya hamba
yang mendambakan SyurgaMu

Monday, October 03, 2011

Saya Sangat Busy @_@

Salam sayang!

Saya busy ni... betul, saya tak tipu. Walaupun hakikatnya macam saya rileks2 makan satey sambil tengok CSI kat channel AXN, tapi saya memang busy sangat.

Hati saya yang busy...

p/s: busy cari calon suami...ek eh!
Biar ku setia, menjaga cintamu


Sunday, September 18, 2011

:'c


sekarang nih, apa saje lagu yang aku dengar semua boleh buat meleleh airmata...

Wednesday, September 14, 2011

untuk dia



Perlu kamu
Sayang kamu
Hanya kamu
Bidadariku
Berikan ku ruang peluang
Walau sebesar zarah
Untuk ku persembahkan
Bukti cintaku padamu
Kembali










*dan saya bukan bidadari itu


Tuesday, September 13, 2011

Mimpi


seingatku,
bahagia itu kau cipta bersamaku.
seingatku,
senyumanmu kau hadiahkan padaku.
seingatku,
gembira itu kau ajarkan padaku.
seingatku,
cintamu hanya milikku.
rupanya,
aku hanya bermimpi saja...
kan Sayang?






image credit to http://komunitasjendela.org/cerita-tentang-mimpi/

Thursday, September 08, 2011

er..err...

Saya ada, cuma agak malas sikit... dan tak de idea nak tulis apa.

Oh, lupa. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Sebelum itu, saya juga perasan macam ramai jugak yang mencari-cari entry berkaitan dengan Puasa Nam eh. Bagus! Meh la kita berpuasa sunat di bulan yang mulia ni, tak lama pun enam hari saja. Apa entry yang sebenarnya pencari-pencari tu perlukan eh? takpe la, kat sini, saya kasi link entry by IM Asyraf, harap membantu.

http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=483
Bai!

Thursday, July 28, 2011

Pemilik Cinta

Aku pernah cinta pada ilmu
Aku pernah cinta pada manusia
Aku pernah cinta pada haiwan
Aku penah cinta pada dunia

Namun
Cintaku tidak pernah memberi kepuasan
Cintaku tidak pernah kesampaian
Cintaku kurang seronok di pertengahan

Lama-kelamaan
Cintaku menjadi hambar
Hatta diragut ketika sedang asyik bercinta
Lalu aku sukar percaya cinta lagi

Sehinggalah
Aku diperkenalkan dengan Pemilik Cinta
CintaNya terlalu Agung
Aku tahu mengenaiNya selama ini
Namun aku tidak pernah cuba untuk mengenalNya
Kini baru aku tahu
Dia mencintaiku selama ini
Mencintaiku sebelum hayatku

Maka kini
Aku mula kenal maksud cinta yang sebenar
Bukan cinta buta tafsiranku dahulu
Cinta ialah cinta pada Pemilik Cinta
Cinta ini bukan cinta yang biasa-biasa
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku tak mengenalNya
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku melupakanNya
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku curang padaNya
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku tidak berterima kasih padaNya
Cintanya sentiasa ada bersamaku, sentiasa ada denganku

Dialah Pemilik Cinta
Pemilik Cinta Agung
Ilmu, Manusia, Dunia, malah semuanya adalah milik Pemilik Cinta
Dialah Tuhanku
Allah subbahana wata’ala

Kini aku belajar mengenalNya
Kini aku belajar memahamiNya
Kini aku belajar mencintaiNya
Selagi terdaya selagi mampu,
Selagi ada kudratku
Sehingga ke hujung nyawa
Kerana dia tak pernah meninggalkanku
Walau satu persejuta saat sekalipun

Pemilik Cinta,
Terima kasih kerana mencintaiku
Maafkan aku
Andai lambat ku sambut cintaMu
Sudilah kiranya Kau membimbingku
Untuk mencintaiMu
Cintamu yang terlalu sempurna
Terlagu Agung

Ya Allah
Aku banyak belajar mengenai cinta dari Mu
“Cintailah apa-apa pun selagi cinta itu berlandaskan kerana Pemilik Cinta, pasti tidak akan merana”
Maka cinta tidak akan jadi buta
Kerana inilah cinta yang sebenar
Mencintai Pemilik Cinta

Thursday, June 30, 2011

benda yang membuatkan saya tenang

ada satu benda


saya suka


suka sangat


sangat sangat




ia benda


yang boleh buat saya tenang


yang boleh buat saya gembira


yang boleh buat saya senyum


yang boleh buat saya menangis


yang boleh buat saya faham


yang boleh buat saya selam


yang boleh buat saya berada di dunia saya sendiri




oh, nak tahu apa benda itu?


ia adalah BUKU


dulu mungkin saya baca sahaja apa BUKU yang saya mahu


tapi kini, saya lebih memilih


memilih BUKU yang lebih berfaedah


untuk saya untuk hidup saya


dan minda saya


yang dahagakan ilmu


ilmu yang berfaedah,


untuk dunia dan akhirat.




kalau masuk kedai BUKU, atau pergi pesta BUKU, atau pergi perpustakaan, atau mana-mana saja yang ada BUKU, saya rasa macam masuk syurga. saya boleh habiskan masa berjam-jam di dalam tempat-tempat tersebut. tanpa jemu.




tapi, kalau saya pergi tanpa membawa walaupun sebuah buku pulang, saya rasa sedih. itulah yang sedang saya rasa sekarang. :(




ada sesiapa yang nak hadiahkan saya buku?

Wednesday, June 15, 2011

Selamat Pengantin Baru!



eh eh eh, bukan saya la. saya masih single and available ni. cepatcepatcepatmasuk meminang...hahaha. ni entry khas untuk kawan saya yang perasan comel. saya tak dapat menghadirkan diri pada hari bahagia dia, jadi sebagai tanda minta maaf, saya buat entry khas untuk mereka berdua.




sedar tak sedar sudah hampir 10 tahun kami berkawan? wahhh, lamanyaaaa...saya pun tak perasan kalau saya tak kira dengan jari tadi. kawan gurau, gembira, sedih, ketawa, duka. berangan winter sonata bersama, exam bersama, gementar presentation kelas pun sama-sama jugak. pernah baring sekatil, tido sebantal. dia makan makanan yang mak saya masak, yang saya masak pun dia balun jugak...sampai patah sudu mak saya.



ohhh, sekarang dia tak baring sekatil dan tido sebantal dengan saya lagi dah, gila kau? ada yang nak kena terajang ngan laki dia? dia dah ada pelindung yang sangatdia sayang. dia dah tak perlukan saya lagi, sobssobssobs. Tapi, tak apa. saya tak kisah pun. Saya doakan dia bahagia dengan kekasih hatinya sepanjang hayat, lalu terus bercinta sampai ke syurga. Ameeeen.




kamu: jangan nakal-nakal, saya nak jadi aunty cepat-cepat untuk anak-anak kamu.

pelindung kamu: sila layan kawan saya dengan baik, saya tahu kawan saya pilih orang yang terbaik.





Monday, May 30, 2011

Menjadi yang terbaik



Menjadi yang terbaik bukan bermaksud sentiasa menjadi yang pertama. Bagi saya, menjadi yang terbaik bermaksud beramanah bila seseorang itu diamanahkan, bertanggungjawab apabila seseorang itu dipertanggungjawabkan. Menjadi individu yang terbaik bermaksud mendekatkan diri dan mencuba semampu-mampunya kudrat dan akal fikirannya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya ke jalan yang di redhai Allah swt dan menjauhkan diri serta mencuba semampu-mampu kudrat dan akal fikirannya menjauhkan diri dari larangan Allah swt.

Menjadi yang terbaik adalah mencuba semampu-mampunya, kemudian bertawakal* pada Allah. Maka, memang itulah sebenarnya yang TERBAIK dari ladang!

*Tawakal adalah proses terakhir ya. Bukan bertawakal dahulu sebelum mencuba sedaya usaha.

FikirZikir:
Dari Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w
“Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

ZikirFikir:
Jika mampu, jadilah pohon yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput…tapi biarlah jadi rumput yang paling hijau [walaupun tidak tinggi dan memayungi teriknya mentari, besar manfaatnya bagi hidupan yang lain, pada oksigen yang dihasilkan melalui proses fotosintesis]


* Entry petang-petang yang dingin dalam air-cond…maaf, otak beku mengeluarkan idea TERBAIK di kala sejuk-sejuk begini. Ini sahaja semampu-mampu saya untuk renungan diri saya sendiri.

Thursday, May 19, 2011

Sakit

Semalam saya jumpa member lama, eh kejap eh… member ke? Mungkin lebih sesuai di panggil kenalan kot. Dulu dia adalah teman sekuliah saya, kini menjadi rakan sekerja pula (walaupun jauh tempat kerja, tapi kampeni yang sama.) Tapi bukan nak cerita pasal member ni pun. Mukadimah saja… hehe.

Masa satu kuliah dulu-dulu tak pernah la pulak nak bertegur sapa pun tapi semalam boleh pulak la sembang pasal orang tu, pasal orang ni…bukan mengumpat ye, cuma bertanya khabar rakan-rakan sekeliling saja. Entah macammana di akhir perbualan terkeluar la pulak cerita yang saya kurang sihat beberapa hari lepas. Err…kurang pasti pulak siapa yang mulakan samada dia yang bertanya atau saya yang terlepas cakap.

Dia: Eh, kau hospitalized ke? Sakit apa?

Saya: eh, takdela sampai hospitalized. Sakit sampai tak boleh datang kerja je la.

Dia: Sakit apa?

Saya: eh segan la aku nak bagitahu engkau…(muka merah menyala)

Dia: sakit pun segan

Saya: Ok, aku ceri beri, muntah-muntah…ni pun masih pening2 lagi ni ha

Dia: itu pun nak segan, normal la, food poisoning kot

Saya: Memang pun. Aku memang tak boleh makan kari. Tapi gatal gak nak makan kari. Padan la muka aku (sebenarnya menutup malu dan sambil bangun dari kerusa nak balik ke ofis)

Dia: haaa patut pun, memang Dia nak bagi pengajaran kat situ kan? Kesianya…ni dah ok ke?

Saya: dah, dah, dah, aku balik dulu k. (sesungguhnya aku memang segan gila)

Dia: ok, terima kasih datang, sorry la aku tak dapat pergi tempat kau. Busy sikit.

Saya: Welcome, its ok. (dan terus menuju lift)

Semasa dekat menunggu lift saya masih lagi tersenyum simpul. Segan gila kotttt, seb baik tak tepuk dahi. Ada sorang pakcik yang tunggu lift senyum dengan saya. Mungkin dia ingat saya jenis peramah dan senyum pada dia kot. Padahallll…hahaha


Tapikan, perlu ke malu kalau kita sakit? bukan malu pasal sakit tu sebenarnya. segan sebab rasa macam memdedahkan perihal peribadi untuk mendapatkan simpati. *itu kott yang membuatkan saya segan* Ok dah terlanjur cerita pasal penyakit ni, mari kita analysis sikit pasal diarrhea ni.

Apakah itu cirit­-birit?
Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :



  1. jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit

  2. alahan makanan

  3. ubat-ubatan

  4. pengawet makanan

  5. pemakanan kimia
Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.


Tanda-tanda
Bagaimana saya mengetahui yang saya mengalami cirit-­birit?Cirit-birit di definasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :



  1. Sakit dan kekejangan perut

  2. Loya dan muntah

  3. Keletihan

  4. Demam

  5. Komplikasi

Adakah cirit­-birit berbahaya?
Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian.


Rawatan
Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit­-birit?
Kebanyakan kes cirit-­birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit­-birit, lakukan seperti berikut :



  1. Minum banyak air.

  2. Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur­ansur

  3. Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.

  4. Elakkan kafein dan alkohol.
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.Tanda-tanda dehidrasi adalah :



  1. Haus yang berlebihan

  2. Mulut dan kulit kering

  3. Kurang atau tiada air kencing

  4. Keletihan yang teruk

  5. Pitam

  6. Kulit menjadi gelap

Cirit-birit dikalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :



  1. Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih

  2. Demam panas

  3. Najis mengandungi darah atau berwarna hitam

  4. Mulut kering atau menangis tanpa air mata

  5. Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang

  6. Perut, mata atau pipi yang cengkung

  7. Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.
Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .Pencegahan


Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah cirit-birit?

Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:


  1. Cuci tangan sebelum makan

  2. Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.

  3. Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas.

  4. Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit­birit.

  5. Minum air dari bekalan air bersih, di botolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-­birit boleh bertambah teruk.

  6. Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit­-birit


saya ambil info dari sini... http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Ciritbirit.php


Apa-apa pun saya bersyukur, Tuhan telah sembuhkan saya, dan dapat melakukan amanah-amanah saya pada hari ini. Penyakit itu datang dari Allah swt untuk menguji keimanan seseorang, juga peringatan pada makhluknya supaya dia bersyukur pada kesihatan yang telah Allah swt pinjamkan padanya selama ini. Terima kasih Allah swt.


"dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku," (Asy-Syu'araa': ayat 80)

Sabar

bukan senang sebenarnya nak kawal marah. bukan senang jugak nak sorokkan kecewa. bukan sekali dua, tapi banyak kali. banyak kali. bukan. bukan seperti yang kamu fikirkan. ini bukan soal cinta-cinta.

tidak mengapa, mungkin Tuhan sedang menunjukkan kasih-sayangNya padaku.

Tuesday, April 19, 2011

back to routine

salam........... saya dah keluar semula dari tempat persembunyian ____________________________________________________________ sekarang, sudah sampai masanya bergelut semula dengan rutin harian yang penuh dengan pancaroba ini. ========================================================= just nak cakap yang saya okay, saya dah jumpa matlamat saya semula.

Monday, April 11, 2011

just drop by

aku ada je kat sini...tak pergi mana-mana pun. cuma, ada banyak perkara yang memerlukan perhatian lebih dari aku... buat masa ini. jangan rindu aku ok. kita akan jumpa semula kalau berjodoh. bai!

Friday, April 08, 2011

mari yang berkaki panjang...

sebab ada banyak permintaan (banyak ke? ahahahahahahahahaha), tak pe la, aku just nak bagitahu yang aku nak load jugak gambar ni. kalau korang tak suka tak apa. and, RTM atau Suhan, sila jangan saman aku please, aku cuma peminat cerita ini, dari sudut watak sampingan sahaja. ok, thanks!






ok, selamat weekend!







Thursday, April 07, 2011

aku sedih, aku bahagia

....oh ya, sebelum balik, aku nak kongsikan satu gambar



harap korang suka, sebab aku suka...heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Brek dan stereng

Ada satu ketika, kita rasa dalam hidup kita, kita dah jauh dari landasan jalan yang lurus dan benar. Maka, bila kita sedar itu berlaku, sila gunakan brek dan stereng untuk pulang ke pangkal jalan. *********************************************** Aku nak tinggalkan laman sosial kejap. Sampai aku jumpa balik matlamat hidup aku. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Aku pergi tak lama, sekejap saja. Doakan aku sayang!

bau manusia

lepas tulis entry semalam, hari ni aku menyesal. sedang terfikir nak delete atau tak entry semalam tu. tah hape-hape aku merepeknye semalam. _______________________________________________________________ tapi aku rasa, biar jela. entry tu ada bau manusia, bau manusia yang beremosi. emosi yang terlupa bahawa Allah s.w.t ada plan yang lebih baik untuknya dari plan yang dibuat oleh dirinya sendiri. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ blog masih dengki dengan aku, terpaksala aku menggunakan simbol2 berkenaan untuk membayangkan enterspace. Maaf.

Wednesday, April 06, 2011

Calon Suami

jangan tunggu lama-lama tau! +++++ bila aku boleh dapat kawan ipar? +++++ Along, bila kau nak kawin? +++++ nasi minyaknya bila? +++++ jangan jadi andalusia dahlah... +++++ husband keje mana? +++++ ************************************************************************* *ni antara ayat-ayat yang keluar masuk kat telinga aku time sembang dengan orang sekeliling aku, dan kadang2 dalam inbox email, kadang2 pulak dalam inbox message, especially time birthday. eh, bukan aku nak mintak simpati, ni aku nak cerita je lah. aku okay je dengan ayat-ayat ni, sikit pun tak ambil hati, kadang-kadang siap boleh buat gurau lagi. ala biasa la kan, ayat saje nak mengusik, kalau tak, takde benda nak cakap pulak. hahahahahaha. * **************************************************************************tapi ada satu je ayat yang masuk dalam hati, terus tak keluar-keluar lagi. "bukan tak nak pegi, tapi yang tinggal takde yang jaga" ayat yang keluar dari mak aku bila orang tanya dia kenapa dia belum pergi haji lagi~ ************************************************************************** nak je aku jawab camni... "along boleh jaga diri sendiri la mak, adik pun along boleh jagakan." tapi entah kenapa tak terluah. ************************************************************************* Calon suami, dimana dikau? macam iklan utusan melayu, macam banga**. ok, emosi aku swing kot, blog pun tak menyebelahi aku, tak pasal2 tak de enterspace apehal?

Monday, April 04, 2011

Bos Baru

workload aku memang tahap melampau dah sebenarnya, tapi gatal tangan jugak nak hapdet kat sini huehuehuehuehue. hapdet blog ni seronok yang amat kalau mood memang tengah datang. tapi kalau takde mood, nak bukak blog pun nyampah. tu pasal kadang2 satu hari 2-3 entry dan ada jugak yang 2-3 bulan satu entry pun takde. eh panjang pulak mukadimahnye. wakakakaaka... just nak bagitahu, aku dah dapat bos baru. bukan immediate bos la. immediate bos aku masih di sini. big boss la. aku belum berkesempatan beramah mesra lagi dengan dia. dia pun masih berkejar-kejar dengan meeting sana-sini dan proses pemindahan yang masih lagi under construction. nanti kalu workload aku dah siap dan dia pun dah ada masa, aku try jengok2 sat bilik dia...huhuhu... ok, itu saje nak cakap, nanti kalau aku dah beramah mesra and ada cerita yang nak diceritakan kan sini, aku cerita k. adios! Oh lupa, welkam boss! mari berkerja bersama-sama saya! \(^,^)/

Sunday, April 03, 2011

Testing! Testing!

...ehehehehehehehehe... hello semua. selamat berehat di hujung minggu! aku sedang menge'test' posting melalui henpon. teruja, tp keypad takde butang enter. so, ayat cam panjang2 tulis dalam satu line. eh, korg faham ke aku tulis apa ni? kekeke. bai!

Monday, March 14, 2011

Masih ber Asmara lagi

Sudah lama tidak update blog
Tiba-tiba update dengan entry yang...uishhhh...
Please jangan menyampah...-peace-






ni bukan speku...ni Asmara impian saya...

“Awak, awak tengah buat apa tu?” Sergah Asmara di pintu bilik, ditangan kirinya tergenggam segelas susu coklat untuk Zaliya, manakala tangan kanan menggengam tombol pintu.

“Err…awak, terkejut saya…err takde papelah” balas Zaliya sambil berusaha menyorokkan sesuatu di belakangnya

“meh sini, tengok”, Asmara semakin mendekati Zaliya yang berada di atas katil. Gelas yang di pegangnya di letakkan di atas meja mejalah bersebelahan.

“Eh, takde pape lah, ini rahsia, err rahsia orang perempuan” Zaliya menunjukkan giginya yang putih.

Asmara memandang sinis pada isterinya…”rahsia orang perempuan?”“Raziq kacau awak lagi?” Asmara serkap jarang

“Err…takdelah…mane ada…” Zaliya bersungguh-sungguh menggelengkan kepala

“Bak sini, apa awak sorokkan tu?” Asmara mula hilang sabar, di benaknya terfikir Raziq mula mengganggu Zaliya semula…Asmara merangkul Zaliya dan tubuh mereka bersentuhan, mata bertentang mata, nafas mula mendesah dan muka terasa panas.

“Eh awak! Apa ni”! Zaliya yang cepat tersedar menjerit, bayangan malam “itu” menjelma kembali

Asmara yang tersedar menjauhkan mukanya dari Zaliya “err…maafkan saya” Mereka berdua terdiam seribu bahasa, menyukai apa yang mereka rasa, namun malu untuk mengiyakan perasaan itu…

Zaliya yang malu mula membuka bicara…“err, ni air saya ke?" Seraya mendapatkan gelas yang berada di meja bersebelahan, lantas meminumnya…

“awak kalau buat air memang kelaslah” Zaliya memuji Asmara gelas yang telah separuh kosong di letakkan kembali ke meja tadi

“Dapat” Asmara menunjukkan sesuatu di tangannya, tangannya yang memegang sebuah buku di gawang-gawangkan ke udara.

“eh…isyyy malaslah nak gaduh dengan awak” Zaliya tersenyum sumbing…

“Alalalalalala…merajuk la pulak, buku apa yang rahsia sangat ni?”Asmara cuba untuk memujuk Zaliya

“bacalah sendiri” Zaliya malas melayan

“Hadoi, kuat merajuk isteri saya nih” buku yang terbalik itu di pusingkan dan Asmara membaca tajuknya

“Nama-nama Indah untuk bayi dalam Islam? Awak nak pilih nama untuk anak kita eh?” Asmara masih cuba untuk memujuk Zaliya

“Em” Zaliya malas melayan dan mula membuka selimut dam merebahkan dirinya diatas katil.

“Eh, awak, nak tidur dah ke, awal lagi ni, air awak pun tak habis lagi tu. alaaaaaaaaa, janganlah macam ni awak, saya tak pandai pujuk awak”

Zaliya tersenyum-senyum geli hati namun Asmara tidak dapat melihat senyuman Zaliya kerana Zaliya berbaring membelakangkan Asmara.

“Awak, ala kuci kuci…” Asmara mencuba lagi sambil menggeletek tapak kaki Zaliya

“hahahahahahaha” Zaliya tertawa besar kegelian, menoleh belakang, lalu mencubit hidung Asmara…

“Haaa…boleh pun gelak” Lega Asmara.

“Kenapa awak nak sorok buku ni? Kenapa tak bagi saya tengok? Salah ke kalau saya tengok?” Tanya Asmara yang berpura-pura bingung dengan tingkah laku isterinya…

“Tak salah! Saje je, nak buat gempak.”

“Saja nak buat gempak? Ke saja je nak dapat geletek free?”“amboi! Kureng hasem betul." Zaliya membalas

“Tak baik tau cakap suami awak macam tu…berdosa” Asmara memulakan rajuk

“Yelah yelah, abang Asmaraku sayang, isterimu ini mintak maaf…boleh? Sekarang awak dah menang, bukan sebab saya kalah taw, sebab saya baik hati hari ini.” Zaliya bangun lalu duduk kembali. Mereka berdua duduk diatas katil sambil menjuntaikan kaki ke bawah katil.

“Tak cukup…” “tak cukup? Macam mana nak bagi cukup?" Tanya Zaliya

“macam ni” (dengan selamba Asmara menyentuh hidungnya ke pipi Zaliya, Zaliya terpana dan tersipu sipu malu di situ…Dua2 saling merenung, tanpa kata, tanpa bicara, dalam diam, mereka mengakui apa yang dirasa dalam hati…

“Err, awak, air saya dah nak sejuk” memulakan bicara kembali. Terasa janggal sungguh malam ini.

“Err..Cepat habiskan” Asmara yang baru tersedar dari lamunan berpura-pura membelek buku yang di beri Zaliya tadi.“ Err…Asmara, awak ni alien ke?”

“Alien? kenapa pulak”

“Pandai awak baca buku terbalik”‘Eh, itulah keistimewaan saya, saya memang handal baca buku terbalik, tulis terbalik pun saya handal taw, tulis tangan kiri semua saya boleh…" Asmara membidas manjaZaliya dah buat muka sememehnya menandakan malas nak layan Asmara…

“Awak nak bagi baby nama apa?”

“Tu yang saya bulatkan tu kat buku tu…”

“Adam? Hmmm, okey juga, tapi boleh saya tahu kenapa?”

“Sebab…erm sebab…A untuk…aaa…err Asmara, D untuk dan….”

“untuk saya? Untuk apa? Dan? dan apa?” potong Asmara tidak sabar

“hisyy awak ni, sabarla…saya belum habis cakap lagi”geram Zaliya pada suaminya itu, Zaliya mengambil pen di hujung katil lalu mencoretkan sesuatu di atas buku yang di pegang Asmara.

Asmara terpana bila anak-anak rambut Zaliya mengenai hidungnya…“ermm…wangi” dalam tak sedar asmara memuji, sepintas mata Asmara menghayati keindahan hiasan dunia itu. Dari rambutnya, keningnya, turun ke matanya yang bulat dihiasi bulu mata separuh lentik, hidungnya yang comel, lalu ke bibirnya yang sedang leka berceloteh itu dan ini… “subahanallah”

“Awak, awak baca tak apa yang saya tulis ni?”

“err…err…awak ulanglah, saya tak focus” seraya memandang buku yang telah dicoretkan oleh Zaliya. Sepintas otaknya menafsir apa yang di baca…
A=Asmara
D=Dan
A=Awek klasiknya…hihihi
M=Melati…;p

“Zaliya! Apa awak mengarut ni?” suara Asmara agak tegas

“Err…la saya bergurau je la Asmara, janganlah angin pulak” Zaliya terkulat2 di sergah

"Awak ni…macam nak tinggalkan saya pulak…” namun kata-kata itu hanya terbit di halkum, yang terluah hanyalah... “takkan awak nak letak nama baby sempena nama saya dengan Melati?” Asmara masih bermuka serius.

“ok…ok, I’m so sorry, tapi nama Adam tu ok tak?”

“Tak ok” pendek Asmara membalas.

“Yelah2, saya bagitahu sebab dia yang sebenar, bukan sebab awak dan bukan sebab Melati, ni kan anak saya”pujuk ZaliyaAsmara masih diam

“Nak tau tak ni?”Asmara masih diam.“Awak ni merajuk lama lah…awak nak dengar ke, tanak dengar ke, saya nak cerita jugak, mana tau kalau senang2 nanti awak boleh cerita kat anak kita kenapa nama dia ADAM” Zaliya masih berusaha memujuk.

“Awak je lah cerita…” Asmara masih bertarik tali

“Manalah tahu masa tu saya tengah busy ke kan…” Zaliya menggapai tangan Asmara lalu di letakkan pada perutnya yang besar itu…

“Dia tendang” spontan Asmara senyum dan bersuara bila tanganya dirasakan berlaga2 dengan janin dalam rahim Zaliya

“Saya pilih nama Adam sebab itu adalah nama manusia pertama yang Allah pilih seperti tertulis dalam Al-Qur’an, Adam adalah makhluk yang Allah muliakan, Adam belajar secara terus dengan Allah, Adam dihormati oleh seluruh malaikat, Allah telah lebihkan Adam berbanding dengan makhluk-makhluk lain yang Allah pernah ciptakan.” Terang Zaliya dengan panjang lebar “tak salah kan kalau saya pilih nama Adam untuk anak saya?” tambah Zaliya lagi

“tak…tak salah sayang”….Asmara terkedu, besar matanya merenung Zaliya

“Tapi...kalau perempuan? Takkan nak letak nama Adam jugak? Ok, kalau perempuan kita bagi nama Hawa? Boleh? Hawa peneman Adam di syurga kan?”

“Eh, pandailah awak teka apa yang saya fikir, tapi saya tak nak Hawa sahaja, saya nak tambah Siti kat depan dia, kalau letak Hawa je macam hawa nafsu pulak bunyiknya, Siti tu gelaran bagi orang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.”

“Eh, mana awak tau semua ni?”

“Research la, awak ingat saya duduk kat rumah ni goyang kaki je ke?”

“bijak la isteri saya ni…” Asmara mencuit hidung Zaliya

“Hawa diciptakan bukan dari tulang ubun untuk disanjung dan dipuja, tidak juga dari tulang kaki untuk diinjak dan diperbudak, tapi dari tulang rusuk kiri Adam..dekat dengan hati untuk dicintai dengan lengan untuk dilindungi” Asmara menambah lagi

“suami saya pun bijak jugak” Zaliya pula mengambil peluang memuji AsmaraAsmara senyum, mata mereka bertentangan

“dahlah…awak baringlah dulu…rehat cukup2 ok?” Asmara mula mengambil selimut dan menyelimutkan Zaliya

“Saya nak basuh gelas ni kejap, nak pegi buang sampah dulu, kejap lagi saya tutupkan lampu, ok?”

“Ok, Good night!”“Sweet dream sayang”

-senyum-


p/s: lakarkan apa sahaja pada langit fantasi...kerana fantasi itu indah


********************************************************


namun, cerita yang sebenarnya, Asmara dan Zaliya sudah terpisah akibat virus-virus dengki yang hinggap di dalam hati orang-orang sekeliling mereka. Asmara pula sudah berkahwin dengan Melati manakala Zaliya telah terpisah dengan anak kandungnya sendiri. nak tahu lebih lanjut? book your time every Tuesday 9-10 pm, TV3.


-credit also to nuwuwuda-

Tuesday, January 18, 2011

ME and MY BOSS

When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough
 
When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,
he is busy,
 
When I do something without being told,
I am trying to be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,
 
When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
He is cooperating,
 
When I make a mistake,
I' am an idiot.
When my boss makes a mistake,
He's only human.
 
When I am out of the office,
I am wondering around.
When my boss is out of the office,
He's on business.
 
When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
He must be very ill.
 
When I apply for leave,
I must be going for an interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked
 
When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,
he never forgets
what to do?????????????

thanks ezza for sharing!

Kisah Si Udin

TERLUPA MAKAN

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat

Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...

Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.

Udin: Ubat apa ?

Isteri: Ubat tidur.

Udin: @#%^#^????



NENEK UDIN

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK! !!!! Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."



MASALAH PENDENGARAN

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran. "Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor. "Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya." "Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. "

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan.. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. "Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit. Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit: "Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"


Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!


email shared by my friend

Friday, January 14, 2011

Nama-Nama Bayi Islam Yang Baik, Buruk Dan Melucukan

Nama-Nama Bayi Islam Yang Baik, Buruk Dan Melucukan
Isn, 18 Okt 2010 15:59 Fathi Yusuf & Ros Izanuri Editor: kasihsayang


Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang.
Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian.
Atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya.
Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu."


Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam.
Memilih nama perlu ada tujuan.
Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu.

Bukankah panggilan itu mengandungi doa?

Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.
Jika seorang anak itu namanya 'Mujahid' yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang.
Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah SWT.
Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama 'Hazan' yang bermaksud berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita.
Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.

Nama Yang Tidak Baik

Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif.
Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa, Dayanty atau seumpamanya.

Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir.
Ada juga yang menggabungjalin nama ibu dan bapa.
Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu .
Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna 'Manusia yang Bodoh'.
Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.

Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya 'Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa.
Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya.
Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud Hamba-Nya.

Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya.
Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat.
Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain.

Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.
Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).

Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak.
Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia.
Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat.

Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.

Nama Yang Baik

Rasullullah SAW menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik.
Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para sahabat seperti Mus'ab, Mu'az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para 'ulama' seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai'i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al 'Izz dan lain-lain.
Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.

Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah 'Abd.
Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu'izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini.
Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab.
Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam.

Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.
Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran.
Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan.
Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini.
Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.

Shared by someone taken from ILUVISLAM.com

Panduan Memilih Jodoh

Isn, 25 Okt 2010 22:17 Fathi Yusuf & Ros Izanuri Editor: kasihsayang

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.

Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.

Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.

Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.

Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul.

Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.

Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.

Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.

Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa Tujuan Berumahtangga?

"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

Penyakit "Tidak Jelas"

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.Dia mungkin bertudung labuh.Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".

Hanya 'Beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.

Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.

Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.

Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

Shared by someone from ILUVISLAM.com

Wednesday, January 12, 2011

Sekadar untuk dipraktikkan bersama ...

Pernah kita melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur? Renungkan dan lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka...

Pernahkah kita menatap orang-orang yang kita sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di pentas begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah si ayah ... saat ia sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Lihatlah atau bayangkan ibu anda....
Kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebel kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...

Ayah, Ibu, Suami,Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan kita. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutup oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Allah SWT mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.

Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah..
Tak lain adalah KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Bagi yang tidak dapat menatap wajah mereka yang sedang tidur, tatapi wajah mereka bila bersua ... dan resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

This email come from someone who is wrongly addressed to me, but it is worth to share it right?

Tuesday, January 11, 2011

Dia bunyi lagiiiiiiiii!!!!!!


Pernah dengar dialog yang seperti tajuk diatas? Hehehe…

Kalau kita tengok filem Seniman Bujang Lapok tu, mesti kita ketawa kan?

Cerita macam ni memang selalu berlaku…

Duduk dengan roommate yang suka begayut dengan boifren tetengah malam. Dalam kelam-gelap-gulita tu boleh pulak besembang mengenali hati budi masing-masing la konon. Cakap tu dah la tak boleh nak selow, macam radio yang volume dah rosak. Sakit hati betul. Kalau jenis orang yang suka melahar, laharkan saja, peduli apa. Kalau jenis perempuan melayu terakhir cakap berlapik-lapik macam saya ni? Hadoi la.

Tengah-tengah elok nak bersantai di hujung minggu tengok drama Cerekarama…Tung!Tung!Tung!Tung!Tung!...ni jenis tumbuk sambal belacan tak alas lesung batu, hey ini bukan zaman batulah! Guna otak sikit, lu sekolah mana dulu? Where is your civic lesson ha? Kacau jiwa romentik je…

Lagi satu kalau tengah-tengah syok tengok drama Nur Kasih, jiran sebalah menyebelah pasang lagu karaoke entah zaman bila tah, jiwang karat meleleh-leleh. Bukan sayup-sayup, terpekik-pekik entah seperti suara katak mana memanggil hujan, katak dengar pun sumbat telinga dengan kapas gamaknya. Hoi, timbang rasalah sikit dengan jiran sebelah menyebelah!

Itu belum di tambah dengan berjiran dengan budak muda yang hujung minggu jenis suka basuh-repair-renovate kereta. Hujung2 minggu yang aman damai dicemari dengan bunyi radio jenis gegar jantung! Huh…stylo la konon!

Memang kita suka ketawa bila orang lain yang kena kan? Alah macam kita tengok filem Seniman Bujang Lapok tulah. Tapi kalau kena kat batang hidung sendiri macammana? dengan kita tengah kelam kabut di rumah, dengan anak-anak yang tak terurus, ditambah dengan bunyi bising ynag dipaksa dengar olah ke-tidak-hormat-an jiran sebelah? Mengganggukan? Kalau tak cukup iman, mahu berkejor dengan parang ke rumah sebelah tu…kuikuikui...


Hormati jiran tetangga adalah perintah Allah swt...diulang, PERINTAH ALLAH SWT. Check balik perlakuan kita, adakah kita telah mengikut perintah itu, ataupun melanggarnya? tepuk dada tanya iman.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; An-Nisa’: 36

Thursday, January 06, 2011

Tayangan Ulangan

Makan. Minum. Tidur. Bangun . Makan dan minum semula. Tidur dan bangun semula. Esoknya ulang pekerjaan yang sama lagi. Sampai bila? Eh, tidak bosankah? Orang lain membanting tulang, kau hanya mengharapkan rezeki gugur dari langit. Sedangkan ulat di dalam batu boleh hidup, ye tak? Isy isy isy…

Ayat saya nampak macam skeptical kan? Tapi, cuba kita lihat pada diri kita sendiri. Lihat pada kehidupan seharian kita. Lihat pada pekerjaan yang kita lakukan. Kebanyakannya mengulang, mengulang dan mengulang? Benda yang sama, bosan owh! Kalau tidak, baguslah. Namun, kebanyakan dari kita hanya mengulangi rutin harian yang sama. Membuat pekerjaan yang sama. Setiap hari. Apakah akan ada kemajuan?

Adakah mengulangi rutin harian itu salah? Tidak. Saya tak kata begitu pun. Habis tu, kemajuan apa yang saya maksudkan?

Okey, begini. Kerja yang kita lakukan berulang-ulang sepatutnya menjadikan kita semakin mahir dalam sesuatu pekerjaan itu, lalu sambil pejam mata pun kita boleh buat. Okey, fahamkan? Maka, ia akan menjadi kemahiran kita untuk membuat sesuatu, dan kita menjadi pakar. Okey, masih ikut? Bila kita menjadi pakar untuk melakukan sesuatu perkara, itulah kemajuan yang saya maksudkan. Mengerti?

Kalau setakat rutin harian menyidai pakaian, adakan ia melambangkan kemajuan? Eyhhh… kemahiran menyidai pakaian pun perlu taw. Inilah namanya kemahiran hidup. Apa? Kau ingat tolong mak sidai pakaian kat rumah tu tak dapat pahala? Kalau sidai kain sehelai dapai 1 pahala, kalau 20 helai berapa pahala? Itu kalau satu hari, kalau 10 hari, 10 bulan, 10 tahun? Hey hey hey…jangan pandang rendah pada benda-benda yang remeh. Itu belum cerita pasal angkat jemuran hujan dah turun, melipat pakaian dan menggosok pakaian lagi!

Kadangkala ada juga sesetegah dari kita yang tak buat apa-apa pun setiap hari, berulang-ulang tidak berbuat apa-apa. Sampai bila? Sampai ajal dipanggil? Itu sahajakah tujuan hidup kita? Ulang-ulang dan ulang lagi. Mana kemajuannya? Mana pahala yang kita kumpul untuk berkampung di akhirat yang kekal kelak?

To make it worst, lagi sedih nak cerita kalau kita berulang-ulang melakukan perkara-perkara yang di larang Allah s.w.t. Nauzubillah.

Tuesday, January 04, 2011

Kisah sekolah saya

Belek-belek status facebook, blogwalking, ramai pula ibu-ibu dan bapa-bapa muda bercerita tentang pertama kali menghantar anak ke sekolah, itu belum ditambah dengan cerita dari jiran-jiran sebelah rumah dan yang seangkatan dengannya lagik. Ada anak yang menangis, ada yang happy, ada yang enjoy, ada yang mengantuk dan sebagainya. Takpe, semua itu perkara normal dalam hidup. tak semua insan di lahirkan sama kan kan kan? Okay, entry ini adalah pendedahan mengenai diri saya sendiri. Malu beb kalau nak cerita. Tapi takpe, ini semua akan menjadi kenangan terindah dalam hidup untuk dikongsi bersama.

Tadika
Seminggu pertama persekolahan adalah hari-hari yang mengerikan dalam hidup saya. Ya, sayalah budak yang paling glamour di tadika itu, semua cikgu mengenali saya, sebab saya comel…hehe, okay saya tipu, sebab selama lima hari bersekolah, lima hari itulah saya menangis di tempat kejadian, iaitu sekolah saya yang tercinta. Maaf, nama sekolah haruslah dirahsiakan. Kekeke. Okeh, cukup-cukuplah cerita yang memalukan ituh. Sekolah ini walaupun setahun sahaja, banyak kenangan gembira, maklumlah sekolah main2, mak saya pun bukan ada expectation yang tinggi, asalkan anak dia pandai berkawan dan menguruskan diri, itupun dah Alhamdulillah. Kenangan rombongan melawat zoo beramai-ramai, kenangan acara sukan berpasukan…kalah dowh, dapat gangsa je…sayalah yang jadikan pasukan saya kalah…isyyyy, kenangan menjadi ratu cantik…kekeke, ai pakai pakaian cina yu, konon2 ai la paling putih time tu…kekeke. Saya tabik spring pada sekolah ini, sebab walaupun belum pandai membaca, mengeja, mengira dengan betul, sekolah ini telah mengubah saya yang anti-sosial ini kepada seseorang yang agak pandai berkawan, bergaul, belajar menaiki bas sekolah dan mula mengenal erti tanggungjawab, walaupun kadang-kadang ternangis jugak…wupppps…manja lahai!

Primary school
Ayah saya cuti seminggu menghantar saya ke sekolah bila masuk darjah satu. Namun, hanya hari pertama sahaja dia tunggu di depan pintu dengan mak dan ayah orang lain sesambil menunggu turn untuk membayar yuran. Hari yang selebihnya dia hanya menghantarkan saya di depan pintu dan terus pulang ke rumah. 6 tahun saya dok sekolah nih, daripada zaman kanak-kanak sampailah zaman remaja, daripada pakai pinafore sampailah ke baju kurung dan bertudung, daripada tak tau baca sampailah ke lancar membaca, mengira dan sebagainya. Kenangan kena marah sebab lupa wat keje sekolah, berdiri sensorang sebab lupa bawak buku, kena cubit kat perut sebab tak hafal sifir, berdiri atas kerusi sebab tak hafal grammar, kena rotan sebab spelling salah, kecut perut kena hafal PAFA…macam-macam lagilah, cerita seram pun banyak jugak sekolah nih…wehehehehe. Tapi, bila ingat balik, ia jadi kenangan terindah kan? Itu belum lagi kenangan cemerlang UPSR…lagi indah. Terima kasih kepada semua cikgu…termasuk cikgu-cikgu yang memarahi dan mendenda diri ini, kalau tiada kamu semua, anak muridmu ini tidak berjaya hendaknya. Paling best pergi sekolah adalah time hujung tahun time exam dah habis, sebab saya suka main batu seremban, jangan tak taw kadang-kadang dengan cikgu kelas pun kitorang main sekali, dengan syarat, kelas tak boleh bising…tapi kalau cikgu kalah, kitorang jerit gak…kahkahkah!

Secondary school
Okeh, untuk secondary school form 1 sampai form 3, sekolah saya berdekatan dengan area-area rumah je. Tapi, pergi dan balik memang ayah juga yang hantar, maklumlah, anak ayah…cececece. Bukanlah, sebab sekolah saya tu adalah lain dari yang lain. Sekolah itu memang ada sesi pagi sahaja, maka sesinya adalah panjang dari sekolah lain, kalau orang lain pukul 1 dah keluar, kami pukul 2 baru habis kelas, tiada bas sekolah yang sanggup tunggu, dan ayah tak percayakan saya untuk naik bas public. Eh…eh…bukan, bukan, bukan, ayah tak percayakan orang sekeliling saya untuk membenarkan saya naik public bus. Sekali-sekala kalau ayah ada hal lain barulah ayah benarkan. Sekolah ini membenarkan saya merasai pengalaman sebagai remaja sepenuhnya. Saya rasa bebas bergaul, lelaki dan perempuan, pelbagai kaum, pelbagai budaya, dan pelbagai taraf hidup, juga pelbagai latar belakang keluarga. Namun, saya masih sedar, saya bukanlah orang senang dikalangan kawan-kawan saya, namun saya juga bukan orang yang susah. Saya orang biasa-biasa sahaja, dan saya bersyukur. Ia adalah pembakar semangat untuk saya dan membuatkan saya menanam azam bersungguh-sungguh supaya saya boleh membantu keluarga saya menjadi senang, seperti kawan-kawan saya yang lain. Saya juga rasa tercabar bila kawan-kawan saya yang lebih susah dari saya mampu untuk bersaing pelajaran dengan saya. Walaupun wujud persaingan di situ, kami adalah kawan yang saling bantu-membantu dalam pelajaran, dan dalam kerja berkumpulan. Banyak pengalaman yang saya kutip disini, selama dua tahun berturut2 saya menjadi pasukan squad kawad kaki dalam acara sukan tahunan. Kami juga pernah membuat lawatan ke penjara pudu pada tahun 1997 kalau tak silap saya, untuk membuat laporan untuk kertas kerja sejarah. Selain itu, kelas kami juga pernah membuka gerai air yang kami namakan “Jabatan Bekalan Air Cincau” untuk carnival sekolah yang ala-ala macam jomheboh tu. Banyak lagi kalau nak cerita…namun, dalam banyak2 kelas, kelas sains adalah kelas yang paling merarik perhatian saya, sebab kelas ni banyak buat experiment, maka kuranglah kemengantukan di dalam kelas itu terjadi...kekeke

Tingkatan 4, saya memulakan sekolah di utara Malaysia, jauh bebenor. Selain mendapat offer, entah bagaimana saya boleh berbuat keputusan begitu. Tanpa dorongan sesiapa pun saya membuat keputusan, ermmm...okey, terus terang, adalah sikit-sikit dari dorongan perasaan yang tak stabil…namun saya telah berjanji untuk rahsiakannya…hehehe. Sekolah ini amat-amat ketat dengan displin, sementelah juga dikenali oleh orang sekeliling sebagai serambi makkah. Saya tidak pernah bersekolah agama, juga tidak pernah bersekolah asrama, maka adalah menjadi kejutan budaya pada saya bila masuk ke sekolah ini. Di tambah pula berjauhan sangat-sangat dengan ibu bapa, juga di zaman itu henphone tidaklah sepopular sekarang, maka amat-amatlah kasihan pada diriku yang manja terlebih ini. Namun, saya sentiasa kuatkan hati saya, saya telah membuat keputusan sejauh ini, ini adalah keputusan yang terbaik, saya tidak akan berpatah arah! Dua tahun hidup disini, tidak mudah, namun dengan dorongan kawan-kawan dan guru-guru di sini, saya menjadi selesa, malah menjadi terbiasa. Banyak kanangan-kenangan indah, aktiviti-aktiviti dan pengalaman bersama-kawan2, makan durian sepuas hati di dusun orang kampung dengan hanya membayar RM 1 seorang, bercamping dan berbbq di Bukit Air, berBTN di Gua Kelam, buat dajal dengan mandi dalam kolah asrama...kekeke, outing ke Kangar, balik rumah kawan2 are Perlis dan Kedah, maklumlah, rumah sendiri jauh kan? Itu baru aktiviti sendiri je, belum aktiviti sekolah lagi macam sukan tahunan, Earth day, Annual dinner sekolah, gotong royong setiap minggu, aspuri day, gotong royong buat bubur untuk sambutan hari Asyura, graduation day minggu sebelum SPM. Banyak lagi kalau nak cerita, setiap minggu ada je aktiviti….membuatkan saya melupakan keselesaaan rumah buat seketika. Meriahkan sekolah berasrama? Kalau nak tahu, sampai sekarang saya masih sayang sekolah ini, kalau saya menjengah utara, rasanya seperti pulang ke kampung halaman…alangkah indah, tempat jatuh lagi di kenang kan?

Itu cerita sekolah saya, sekolah kamu bagaimana?


p/s: adik-adik sekalian, bergembiralah dengan sekolah kamu, sesungguhnya ia akan menjadi kenangan terindah kamu suatu hari nanti!

Kenapa tak update blog?

Saya tahu, takde orang teringin nak tanya saya pun. Tapi saya nak cerita jugak supaya tiada fitnah-fitnah liar dilemparkan...kekeke. Kau bajet kau artis ke eydana? Kalau artis lagi senang, jawapan sepesen je lempor “NO COMMENT”…kahkahkah. Sebab bukan artis le nak explain nihah. Ok, ok, udah ler tuh. Siyes2 sambil luruskan tulang belakang ditempat duduk dan kerutkan sedikit kening untuk memunjukkan betapa seriusnya saya sekarang.

Pertama-tamanya saya mahu ceritakan kejadian di bulan November. Ok, bukak diari kejap, belek-belek. Orait! Sampai ke pertengahan November saya masih lagi mengupdate, disamping dengan kerja-kerja di opis yang banyak menimbun. Namun, nak dijadikan cerita, selepas itu saya jadi busy bila mengikuti cari forum Lestary: Asmara, sementelah menunggu dua episod terakhir cerita itu tahun lepas, melayan snapshots yang dilempor oleh editor cerita itu sendiri, di tambah dengan spekulasi-spekulasi yang mantap, tergoda ai. Namun, setelah mengetahui ending cerita itu di episod akhir, saya mula memikirkan sama ada harus ku bakar TV nan ado di rumah itu atau tidak…kahkahkah.

Dalam dok sibuk2 berASMARA tuh, di kejutkan dengan berita Ayah saya accident. Eh…eh…eh…jangan risau. Tidak la teruk pun, tak jatuh dari motor pun. Ayah ai kan perempit tegar. Otai tuh…kekeke. Nasib baik, hanya accident dengan kereta buruk. Brek tak makan weh. Saya sudah bilang sama Encik Ayah suruh tukar “kerbau” dia tuh, udah 20 tahun, sudah-sudahlah menggunakan jasanya ituh. Degil sungguh itu Encik Ayah dan apa lagi, sakit goutnya yang memang sudah ada itu menyeranglah. Tak boleh jalan, saya ngan mak saya jugak yang kena beli tongkat, berhujan-hujan lebat saya drive. Parking dah lah sikit punya jauh!

Dalam pada ayah saya bersakit-sakit itu, sempat juga kami pulang ke kampung halaman ibu saya yang tercinta kerana sepupu saya berkahwin, isterinya dikhabarkan bekerja sebagai doktor, sangat cantik kerana majlis bertema warna biru, ai sukaaaaa! Hai ayah, apa lagi… mintak tolong puan doktor checkkan kakimu yang sakit itu…kekeke. Ahhhh, tiba-tiba terindu suasana kampung. Kampung saya macammana? Ermm…alaaa, bayangkan je la cerita Nur Kasih tu, lebih kurang macam tu la kampung ai.

Ok, bermulanya Disember saya sedang di dalam dilema samaada mahu turun ke Perlis atau tidak. Kenapa? Sebab kawan saya bertunang. Setelah fikir punya fikir punya fikir dan sembahyang istikharah bagai, maka, saya pun membuat surprise pada kawan saya itu. Terkejut beruk dia saya sampai di Kangar petang sehari sebelum tarikh dia bertunang. Dia ambil saya di Kangar dan kami terus pergi menuruskan tempat penginapan family tunangnya, dinner di kuala Perlis dan sempat lagi pergi ke pasar borong malam tu. Sampai rumah tok dia, saya sempat lagi jadi bidan terjun buat pelamin bagai…kekeke. Ala, simple jer., gunakan saja bahan yang ada. Esoknya pagi2 pergi amik barang hantaran yang di tempah dari jiran, temankan adik dia jadik runner sekejap…agak penat jugakla. Nak cerita panjang2 pun penat taip, baik tak payah kan kan kan.

Then pulang ke rumah, adik saya yang bercuti seminggu telah diserang jangkitan batuk, dan tidak lama kemudian jangkitan itu mula menyerang saya pula. Saya di serang batuk yang amat dasat sehingga mengeluarkan suara seperti T-Rex. T-Rex bila dengar pun akan malu dengan saya…hahaha. 2 kali pergi klinik, kali ke dua berurusan dengan doktor hensem, malu ai…kekeke. Namun, kehensemanmu tidak dapat merawat penyakitku ini wahai doktor! Walaupun 3 botol ubat batuk telah di gogok, namun tiada memberi kesan langsung. Lama-lama, saya sudah ketagih dengan itu ubat batuk, kekeke.

Dalam batuk2 yang kronik pun, kami bertiga sempat merantau ke Teluk Anson. Sepupu lelaki saya bertunang. Tema hijau…tapi ai takde baju hijau la. Takpelah, masa tema biru hari tu pun ai tak pakai baju biru. Tak tolong apa sangatlah, hantaran semua dah siap. Masak pun macam golongan macik2 je, ai jadik segan…tolong yang mana-mana patut je lah. Lagipun keBATUKan saya memang sangat-sangat mengganggu urusan harian. Di tambah pula dengan suara T-Rex lagik! Hadoi!

Pulang sahaja kami dari Teluk Anson, makcik saya pula menziarahi rumah. Dah lama makcik saya kesini. Berjalan berdua dengan anak perempuannya. Mungkin membawa hati, hai entahlah. Kalau fikir…memang seriau nak kahwin weh! Saya tak cuti time tu, maka hanya dapat membawa ke shopping complex yang terdekat dengan rumah. Kalau time cuti, harus ku bawa ke KLCC, anak perempuan dia nak sangat ke sana. Tapi takpe, lain kali kalau ada rezeki kita kesana ye dik!

Dalam pada makcik saya ada di rumah tu, makcik saya yang bongsu telefon. Mengoffer saya ke Langkawi selama empat hari. Nak di jadikan cerita, memang tarikh yang tersebut adalah tarikh saya bercuti dan tiada apa-apa perancangan. Kalau Tuhan dah tentukan rezeki, memang dapatlah kan! So minggu terakhir 2010 saya adalah di Langkawi, sepanjang Malaysia dan Indonesia berebutkan bola dan Piala, diri ini berada di Langkawi bersama makcik-makcik yang menahan napsu membeli belah pinggan mangkuk periuk belanga…hahaha…sangat meriah bersama mereka. Saya? Saya hanya borong coklat saja…kikiki.


Ok, itulah sahaja alasan saya yang pemalas mengupdate blog ini… boleh terima tak? Boleh kan kan kan? Hihihi…peace!


*p/s: saya memang ramai makcik dan kazen, adik-beradik mak saya je 10 orang okeh…bayangkan sendiri!