Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Thursday, August 15, 2013

Expecting dan Harapan

Assalamualaikum...


entry ini panjang: nak cerita ke tak cerita pun tak tau...

seperti biasa aku akan selalu merasa kekonfiusan pada diri sendiri. Allah swt nak uji samaada aku sabar atau tidak...

ceritanya lebih kurang macam ini...

di bulan Ramadhan yang mulia hari tu, pada hari puasa yang ke 2 iaitu 11 Julai, dimana masuk malam terawih yang ke 3. konon-konon lepas berbuka dan rilex rilex kejap masuklah ke bilik air, dengan semangatnya nak buat preparation untuk berterawih (gosok gigi, amik wudhuk siap-siap bagai la kan...)

sekali... bukak2 je spenda sbb nak buang air...jeng jeng jeng...setompok cantik melekat kaler merah kecoklatan di sependa... baik punya melekat macam peta. dalam hati agak terkilan, tak sedih, cuma terkilan...(alaaa, tak lekat lagi...takpela Allah swt belum nak bagi rezeki kan?) so malam tu takde la berterawih sehinggalah 6 malam berikutnya...

nak dijadikan cerita...17 hari berikutnya...iaitu 3 Ogos petang, keluar lagi tanda2 awal period. kaler merah, tapi sikit je. eh? awal ke pulak period kali ni...sepatutnya around 11 Ogos la kalau datang balik pun...(budget dalam time2 raya giteww kannn...) mesti la concern habis...time puasa la pulak kan nak jadi macam ni. boleh puasa ke, tidak ke. nak solat ke cemana ke kan... Tapi dalam hati tu berdetik gak...pregnant ke aku ni? manalah tau kan bak kata orang darah bayi nak menempel ataupun bahasa omputehnya "spotting". so, dengan rasa konfiusnya, teruskan jugak puasa petang tu sbb bila hidu bau dia macam takde bau hanyir (alaaa bau hanyir yang macam darah period biasa tu kan...)

so, tunggula sampai esok...masih lagi ada kuar darah, walaupun sikit. tapi kali ni nak warna coklat ala2 darah period tu kan...baunya pun dah bau darah la...tak hanyir, tapi memang bau darah... so, aku mmg suspect period, dan awal 9 hari dari hari sepatutnya. Allah nak uji...tidaklah aku berpuasa pada keesokan harinya itu... dan berterusanlah sampai 7 hari berikutnya... walaupun darah keluar sikit je... selalunya setompok je, itupun kalau dah lepas balik keje, sebabb penat kot, sikit sangat. aku assume maybe sebab period awal... maka dinding rahim yang runtuh pun tak la banyak... itu sebab la dia keluar tak banyak. so dalam 10 Ogos camtu dia dah stop, takde darah lagi dah, sikit pu n takde.

so selama 12 hari jugak la aku tak puasa tahun ni? fuhh... ponteng puasa paling banyak dalam sejarah semenjak akil baligh.

bila time2 raya ni berkumpul sanak saudara, biasala kan apa benda yang di tanya dekat pasangan yang baru kawin kan kan kan. dah berisi ke? so aku pun cerita la dekat salah sorang makcik aku ni... dia kata, "pegi la check, acik dulupun 2 minggu period, tapi mengandung." dalam kekonfiusan aku pun berkata "oh yeke? nantila lepas 11hb nanti org check". (ye la sbb sepatutnya period aku yang ikut kiraan betul kan due 11 Ogos) makcik aku ni macam bagi HARAPAN je...

nak di jadikan cerita... balik pada kampung husband 12 Ogos malam tu aku ajak adik pegi Tesco sbb nak makan KFC, dalam masa yang sama aku nak cari Pregnancy test kat Watson... sekali 3 ko aku hambik, dari yang murah sampai la yang ke mahal...tapi tak bgtau Hubby lg, takut dia yang eksaited lebih... aku just nak test je... kalau negative, takde rezeki la kan. tup-tup balik je pada Tesco, alamak, ada lagi setompok darah melekat kat spenda. aku redho je la, try je test esok sbb dah beli kan. lagipun tak pernah guna, eksaited pulak nak guna.

Jadi, esoknya pagi-pagi aku test, guna yang mahal dulu, (sebab dia mahal, aku assume mesti la accuracy dia lebih tinggi kan?) aku guna clearblue digital... dalam seminit nak tunggu keputusan tu, dalam hati redho je... apa pun result aku terima. sekali... jeng jeng jeng..... Pregnant 1-2 weeks. hambek kau, terngadah aku di situ. pastu terus berfikir... nak try  Pregnancy test lagi dua yang lain tu pulak, risau result yang first tu tipu.

seperti biasa, memanbah kekonfiusan aku lagi... 2 lagi test yang aku guna tu tak membantu menyokong result test yang pertama tadi. haihhhh... semakin risau, semakin konfius, semakin takut. sebenarnya aku ni sakit apa hah? hadoiiii... lagi fikir lagi pening. akhirnya cerita jugak kat hubby, nak buat cemana kan...dia kena la tau kondisi bini dia ni. Hubby pun konfius, terus nasihat g klinik. adoi... takut nak jumpa doktor, karang dia tanya macam2, aku tak reti jawab cemana? isyyyy... dipendekkan cerita setelah merengek2 kat hubby, takut la risau la, hape la... malam tu ambik keputusan pegi klinik.

sampai klinik, naseb baik doktor pompuan kau...senang sket aku nak cerita, hubby konon nak temankan aku masuk jumpa doktor, tapi hampeh...masa nama aku kena panggil, dia ada kat toilet pulak... sudahnya aku masuk sensorang jugak.

cerita punya cerita pasal period tak menentu tu (tapi yang pregnancy test tu tak cerita langsung), doc kata nak scan...  scan la jugak, tapi tak nampak apa pun. so doc kata nak urine test. dan resultnya sepeti 2 test yang tak membantu tadi, negative...(tapi boleh plak doc kata "tapi nampak macam ada bayang2 dua line") macam ada HARAPAN la kannn... last2 doc kata, takpe saya bagi asid folic, dan awak try datang lagi minggu depan. kalau ikut period yang bulan July ni, minngu depan dah masuk 5 minggu kot, dah boleh try detect...HARAPAN lagiii.... aku redho je lahhh.

esoknya, darah turun makin banyak pulak...tapi tak la sebanyak period macam biasa...redho la dengan ujian ini...rasa konfius dah tak menentu je rasa hati...doa ja semoda Allah swt bagi kekuatan.

Hari ni Khamis 15 Ogos, dah start keje, pgi tadi pun ada setompok darah melekat kat pet. bau pun macam darah period je. so aku meredho je la. Cuma breast aku ni rasa macm bengkak je, sakit sangat takde la, rasa cam nyeri2 ngilu gitteww... Nak dijadikan pengabih cerita lagi, aku pun pg la check kat klinik bawah ofis ni. konon2 nak check dengan doctor yang berbeza la kan...cerita punya cerita, sama yang macam aku cakap kat tadi, cuma UPT test je tak cerita kat doc. seperti biasa, doc suh buat UPT test, dan resultnya negative jugak... maka dengan itu, siapa lah aku nak menidakkan keputusan 2 doctor dan 2 UPT test yang aku buat sendiri kan... cuma satu tu je sesat, silap la kottt kan...

aku masih redho, cuma... aku risau darah ni darah apa?...start pagi tadi dia kuar sikit je pulak.

jadi kata doktor, tunggu sampai hari ke 16, kalau masih ada lagi, keluar darah maksudnya bukan period, dan dah boleh solat. dan dia suh aku datang lagi check 4 september, sebab mana tau, kot2 pregnant, time tu dah scan dah boleh nampak. tengok...HARAPAN lagiiiii.

aku redho je. kalau Allah kata rezeki aku, Insya Allah, ada la kan.

Yang penting, jaga hubungan dengan Allah, nanti Allah akan jaga kita.

Kita berusaha & tawakkal, Allah juga sebaik-baik perancang.