Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Friday, April 15, 2016

Kembar


Assalamualaikum,

Salam Jumaat.

Masa aku kecil dulu kalau terbaca pasal kembar mesti aku excited. Selalu tertanya-tanya dalam hati... macammana la perasaan orang dah di lahirkan kembar, mesti seronok. Sebab lahir-lahir je dah ada kawan, mungkin tak susah sangat hidup sebab kat mana-mana pun ada kawan, hatta nak pergi jamban tengah-tengah malam... hahaha... Bila bab kawin pun mesti seronok boleh kawin sama-sama dengan pasangan masing-masing... jimat belanja...hahaha. lagi satu, kalau la aku dijodohkan kahwin dengan kembar, aku nak kena panggil apa pulak dengan kembar suami aku tu...twin-in law ke?... time tu aku budak-budak baru nak up, fikiran masih kolot... kahkahkah

Bila  mula-mula kenal dengan boifren (sekarang suami aku) dia takde pun cerita dia ada kembar. Tapi aku dah tahu dah dia ada kembar melaui cerita dari orang yang memperkenalkan aku dengan dia. Saja aku diamkan, tak nak tanya... nak tunggu biar dia buka mulut sendiri pasal kembar dia. Dia tak pernah cerita langsung sampaila ke hari di mana dia bawa aku ke rumah mak dan ayah dia, iaitu hari raya 2012. Lepas balik dari rumah mak n ayah dia, cerita pasal saiz cincin untuk merisik bagai, pastu dia kata nak bawa aku ke rumah abang dia. Aku pun, ok jom! Masatu aku tak pergi seorang, ditemani oleh adinda tersayang. sayang la sangat...kahkahkah

rumah abang dia takde la jauh sangat dari rumah mak dan ayah dia... ada la dalam 5 minit kot naik kereta... aku dah macam segan gila time tu... adoiii... baru je lepas kena interview dengan mak dan ayah dia... pasni nak kena interview dengan abang dia pulak ke cemana ni? hahaha... mampos aku

masuk-masuk rumah... dia pun perkenalkan, konon macam surprise... this is my twin brother...

aku senyum...dan...

...krik krik krik

...krik krik krik

...krik krik krik

aku tak tahu nak buat reaksi apa... sebab nak kata tak tahu dia ada kembar, aku memang tahu... tapi bukan tahu dari mulut dia sendiri...hahaha

nasib baik kembar dia tahu yang aku agak cam janggal di situ... dia pun jemput kitorang masuk rumah dia makan kueh raya, raya la katakan... hahaha... nasib baik bakal abang ipar aku ni prihatin jugak...(time tu bakal abang ipar la kan... sebeb belum kahwin lagi)

haipp... (bakal) abang ipar aku ni dah kahwin tau, anak tiga... sorry kalau sesiapa nak masuk line. kihkihkih.

Sama tak?
So, bila dah kahwin dengan kembar ni, dapat la aku perati sikit-sikit, apa beza orang yang ada kembar dengan orang yang lahir sorang-sorang. Ni dari pemerhatian aku la, aku tak pernah tanya perasaan laki aku. seronok ke tak? Best ke tak? Semua benda buat sama-sama ke... atau takkk...kalau aku tanya camtu, dia tak jawab dengan jelas, sebabnya dia pun tak berapa jelas dengan perasaan dia sendiri. Camne dia nak bandingkan, sebab dia tak pernah rasa lahir sorang-sorang... kahkahkah... apa aku merepek ni...

1. Tarikh lahir yang sama. sebab mereka tak lahir sorang-sorang. Walau adalakanya  tak sambut sama-sama pun, tarikh lahir tetap sama. At least mesti ada wish each other.
Sambut kat the ship...makan western

Sambut kat Thaharah, Kg Pandan... Makan tom yam

Alalalalalaa... omeynya dua-dua... suap2 pulak


 2. Apa-apa aktiviti pun selalu nak buat sama-sama jugak. Lebih meriah gitu- kalau kembarnya ada sekali...Walau dah beranak pinak sekali pun, ini memang selalu aku perhatikan. Duduk pun nak dekat-dekat juga. hahaha... ni panggil apa heh? Chemistry? kalau selalu jumpa, semangat dia lain macam... Bini, kau dok tepi sket...sobsobsob... sedih...oklah aku kasi can korang hangout...tapi, sila hangkut anak2 sekali... senang bini2 nak bergosip... kahkahkah



I told you before, nak duduk pun kena dekat-dekat
See... punya la banyak member kat belakang tu...
sebelah menyebelah jugak dia duduk


Nak tido pun sebelah-sebelah jugakkkk. Aduhaiii...
Nasib baik bini takde di tempat kejadian... hahah



3. Kahwin tak semestinya sama-sama, tapi, dua-dua happy untuk kebahagiaan masing-masing. kiranya macam ko kahwin 2 kali la... eh... eh... aku cakap macam ko kahwin 2 kali, bukan kahwin dua... amboi-amboi-amboi... kemain


Ni Abang... katanya... 7 tahun sebelum adiknya kahwin

Ni Adik... katanya...kahwin lambat 7 tahun dari abang

Bergambar berdua selepas adik selesai nikah...
see, i told you before... bini2 ketepi, silalah kau  bini bergambar dengan tiang...hahahah

 4. Tak sah kalau majlis keluarga tiada gambar berdua... mesti ada juga gambar berdua, terselit di mana-mana... padahal adik beradik lain pun ramai lagi kan... hahahah


Abang dan adik



Adik, Tunang Adik, Bini Abang dan Abang
Abang, Adik, Bini Adik, Bini Abang dan anak-anak Abang

5. Perasaan dan aura mereka sentiasa kuat dan ada bersama-sama... saling nenyokong antara satu sama lain. Ada di setiap susah dan senang...

tengokah abang pemberi semangat adik, duduk je kat belakang adik dia tu,
dah macam aku kene paksa kahwin 2 pulak... hahaha   ehh

Ini Gambar Paling WIN!!!...
Abang n adik menangis berpelukan. Bini Adik tahan airmata...tak tahu nak buat reaksi apa.

Teringin pulak nak anak kembar. Tapi orang kata, biasanya orang yang kembar ni jarang dapat anak kembar, mungkin tang cucu nanti baru dapat kembar... ermmm takpe, aku percaya pada rezeki Allah bagi. Suami aku yang memang kembar pun mengidam untuk dapat anak kembar. InsyaAllah. Moga Tuhan makbulkan doa kami untuk dapat anak kembar. Ameeen


Happy weekends everyone!
Enjoice!


2 comments:

adinda tersayang said...

sebenarnya nak bergosip dengan mak & ayah bila kau pergi beraya tu...
disebabkan mak suruh teman kau, maka tak jadi bergosip...
selamat pahala aku...
tapi balik dari teman kau beraya, rupanya lagi hebat bergosip...
habis rabak simpanan pahala aku...
ahahahahhaha...

blues said...

adinda tersayang:

Hamboi kemain gosip-gosipan. pahala bagi kat aku. Alhamdulillah... mujur ada PAMOGA... hahahaha