Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Monday, August 09, 2010

Wanita, jagalah dirimu sendiri


Aku wanita. Bukan ternama. Biasa sahaja. Namun, aku tetap punya emosi. Aku punya hasrat untuk menasihati. Bolehkan aku ketepikan dahulu soal layak atau tidak? Terima kasih. Aku bukan pandai mahu menasihati, tapi bolehlah kalau sekadar memberi pandangan dan mengajak kamu berfikir bersama-sama aku.

Hujung minggu semalam aku sempat menonton berita semasa sedang makan malam bersama keluarga. Lebih kurang 5 minit yang pertama, pendahuluan berita memaparkan tentang gejala sosial. Sedih bila dengar. Kenapa semakin menjadi jadi? Aku bukan mencari salah siapa. Bukan juga dapat membantu mencari jalan penyelesaian. Tetapi lebih kepada memikirkan. Kenapa masalah ini semakin menjadi rumit?

Kawan-kawan wanitaku, jawablah pertanyaan ku ini, tolonglah berfikir bersama aku.

Kenapa sampai wujudnya beribu-ribu kes pembuangan bayi? Kamu lupakah perbuatan kamu ini diketahui, di dengari, di lihat dan rahsiamu diketahui oleh Al-alim, wal-Samik, wal-Basir, wal-Khabir?

Kenapa sampai sanggup melakukan zina, sumbang mahram, seks luar nikah, pelacuran, pornografi Internet? Tidakkah kamu takut pada kegagahan, keperkasaan, kemegahan dan kebesaran Al-Aziz, wal-Jabbar, wal Mutakkabbir?

Kenapa sampai wujudnya jenayah ponteng sekolah, merokok, melepak, buli dan melarikan diri hingga ke negeri orang? Tidakkah kau kenal bahawa yang memerintah alam ini adalah Al-Malik?

Kenapa sehingga membunuh diri? Tidak ingatkah dosa-dosamu itu pasti diampunkan Al-Ghafar jika kamu bersungguh memohonnya?

Layakkah kamu mengambil alkohol dan dadah? Bukankah kurnia, rezeki, dan rahmat yang kamu terima ini datang dari al-Wahhab, ar-Razzaq, wal-Fattah?

Kenapa sampai merubah bentuk dan wajahmu? Lupakah kau yang menciptamu, yang melepaskanmu dan yang membentuk rupamu ialah Al-Khaliq, wal-Barik, wal-Musawwir?

Kenapa sehingga mendera anak-anak yang tidak berdosa? Tidakkah kau tahu pemeliharamu adalah Al Muhaimin?

Kenapa terdorong menipu di dalam skim cepat kaya? Tidak ingatkah perbuatan kamu ini akan dihitung oleh Al-Adl?

Kenapa perlu keliru dalam kecelaruan gender? Bukankah petunjuk itu sudah jelas lagi bersuluh oleh Al-Hadi?

Mengapa perlu kepada kehidupan hedonisme, iaitu hiburan melampaui batas? Lupakah kamu, kelalaian kamu akan dibalas dengan derita oleh al-Dar.

Perlukah kamu dengan jenayah rompak dan membunuh. Tidak cukupkah kamu dengan kekayaan yang diberikan Al-Ghani, wal-Mughni?

Kenapa semua permasalahan ini terjadi? Kurangkah kasih sayang Ar-Rahman, wal-Rahim padamu?

Kawan-kawan wanitaku. Terima kasih kerana berfikir. Ambillah tindakan sewajarnya dengan pemikiranmu itu. Seperti aku katakan tadi, aku tidak layak untuk menentukan hala tuju hidupmu. Kamu yang telah Allah berikan aqal. Fikirlah. Mintalah bantuan Allah di kala buntu. Aku tak dapat membantu. Maaf. Aku sedang berfikir.

No comments: