Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Monday, August 09, 2010

Hidup dan Mati


Hidup bukan fantasi.

Hidup bukan illusi.

Hidup ialah realiti.

Dan mati itu pasti.

Setiap manusia mengimpikan kehidupan yang indah. Setiap detik harus bermadah. Dalam hati tiada yang gundah-gundah. Dan seharusnya semua serba mudah. Semua impian dan harapan harus dilaksanakan. Demi mencapai cita-cita yang tinggi melangit. Menggapai awan mencecah langit. Betul, hidup mesti berusaha. Usaha untuk menjadi yang terbaik, seimbangkanlah dengan qada dan kadar Allah. Kerana, selalunya kita terlupa bahawa hidup di dunia ini bukanlah happily ever after. Hidup bukan fantasi.

Ada masanya kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Selalunya kita tipu sini dan tipu sana. Gadaikan maruah atau apa sahaja. Janji nafsu menjadi raja dan malu hilang entah kemana. Kalam Allah di buat hiasan. Dalam hati bukan pedoman. Mencari ilmu sebagai graduan. Bukan belajar demi pengalaman. Hanya untuk mencari suapan. Angan Jenin memakan diri. Kerana hidup bukan 3D. Sedarkah? Hidup bukan illusi

Ada ketika di dalam hidup kita. Tuhan uji dengan ujian yang tak pernah kita duga. Sebahagian kita menerima ujian dengan tabah, sebahagian lagi terngadah, dan ada juga yang tak tentu arah. Sesetengah dari kita menasihatkan “terimalah ujian dengan tabah’. Tak ada salahnya nasihat itu. Tetapi bagi hamba yang mahu lulus ujian Allah dengan cemerlang, Kita perlu memperbaiki diri, khususnya iman, amal, sabar dan ikhlas. Ujian di datangkan untuk menambahkan dan memperkemaskan iman, amal, sabar dan ikhlas kita kepada Allah. Kerana. Hidup ialah realiti.

Tujuan hidup manusia sama. Cara ujian nya berbeza. Kerana iman manusia tidak berada pada tahap yang sama. Latarbelakang pendidikan, keluarga dan budaya juga berbeza. Ujian tidak akan datang dengan signalnya. Ia menjadi pop kuiz hidup samaada kamu bersedia atau tidak. Setiap ujian di datangkan dengan hikmah. Hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui. Janganlah kita bersedih-sedih dengan keputusan ujian. Lagi hebat kalau kita bersuka-suka dengan keputusan ujian orang lain. Ketahuilah orang yang bersuka-suka, kamu juga sedang diuji. Ujian akan datang selagi ajal belum menjengah. Bila ajal menjengah, maka terputuslah segala ujian buatmu, yang tinggal hanyalah carry marks terakhir kamu. Dan jangan kamu lupa. Mati itu pasti.


Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah:110)


No comments: