Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Wednesday, July 07, 2010

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?

Alhamdulillah…kenyang. Selesai sudah hidangan menu saya pada tengah hari ini, soto nasi. Kerana sudah jemu dengan makanan yang berlemak dan berminyak, saya memilih sesuatu yang lebih simple hari ini. Alhamdulillah, ia amat mengeyangkan saya dan saya bersyukur.

Bersyukur dengan rezeki yang kita ada adalah satu simbolik ketaatan kita pada Tuhan, ertinya, kita berterima kasih dengan apa yang Tuhan beri pada kita. Tuhan itu maha pemurah, rezekinya melimpah ruah. Kata orang, rezeki ada di mana-mana. Ya betul, saya sokong dengan kenyataan itu, tapi yang penting, kita mesti sentiasa berusaha untuk mencari rezeki.

And We shaded you with clouds and sent down to you manna and quails, [saying], "Eat from the good things with which We have provided you." And they wronged Us not - but they were [only] wronging themselves. (Al-baqarah: 57)

Manna: makanan manis sebagai madu
Quails/Salwa: burung sebangsa puyuh

Makanlah mengikut apa yang tubuh badan kita perlukan. Bukannya makan untuk merosakkan dan juga bukan makan secara berlebihan. Tiba-tiba saya teringat sewaktu sekolah dulu saya pernah belajar rantai makanan dalam matapelajaran sains kalau tak silap saya la kan. Contohnya begini. Matahari mengeluarkan cahaya dan menghasilkan tenaga, kemudian tumbuhan menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenaga, binatang herbivor seperti pepijat memakan tumbuhan seperti rumput untuk mendapatkan tenaga, kemudian binatang omnivor ataupun karnivor seperti ayam memakan haiwan seperti pepijat untuk mendapatkan tenaga, kemudian manusia juga termasuk di dalam rantai makanan ini iaitu memakan ayam untuk mendapatkan tenaga. (teringat pula pada lagu…bangau oh bangau!...hahahaha)
Okey

Okey

Maka, makanan yang kita makan adalah untuk medapatkan tenaga dan tubuh yang sihat. Janganlah pula kerana mahu sihat, kita menggalakkan pembaziran pula. Nanti menjadi terlampau sihat pula. Makanlah dengan cara yang sederhana. Elakkanlah pembaziran kerana itu adalah ajaran syaitan. Okeh, mari kita fikir begini, bila kita membazir, maka kita telah mengambil tenaga secara berlebihan . Tak kira la samada kita makan atau tak, sumbernya adalah dari tenaga yang sama jugak kan?...hehehe..ini dari pemikiran saya sendiri sahaja.
Tetapi kalau di fikir secara logiknya, pembaziran itu adalah satu kesalahan kerana kita akan terbiasa untuk tidak menghargai makanan yang ada. Senang cerita, macam ni la, selalunya manusia tidak menghargai sesuatu yang banyak, tetapi terlalu menghargai bila ia hanya sedikit. Jadi, bukan soal banyak atau sedikit makanan yang kita ada, tetapi sikap kita samaada kita menggunakan makanan itu untuk mendapatkan tenaga atau sebaliknya hanya memuaskan nafsu sahaja.

O mankind, eat from whatever is on earth [that is] lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-baqarah: 57)

Tubuh yang sihat dan tenaga yang banyak harus digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mendekati diri dengan Pencipta kita sendiri. Jadi, marilah kita memakan makanan yang halal, baik dan sihat, lagi menyihatkan!

No comments: