Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Tuesday, July 13, 2010

ajunshi?



Sesambil saya membuat kerja yang tak sudah2 di opis dan system yang amatlah lembap sangat, saya bacalah apa2 yang patut. tetiba saya terbaca forum ini...untuk memendekkan cerita, mari dengar saya buat rumusan tentangnya...

okeh, cerita bermula begini. ada sorang forummer ni bertanya...dia berumur 22 tahun dan emaknya suruh dia berkenalan dengan seorang lelaki berumur 47 tahun...wah beza 25 tahun kotttt! mak dia tak paksa pun cuma dia ingin minta pendapat forumer2 lain tentangnya...pastu, forum pun berjalan seperti biasa dengan jayanya...sampailah ke pendapat forummer sorang nih yang bernama potpetpotpet...dengarkan katanya...

Kadang-kadang orang Melayu ini suka duduk pada dua side yang ekstrim. Ini bukan perkara baru dan bukan sekedar hal ehwal nikah kahwin bahkan dalam banyak segi dan banyak perkara!

1) Golongan ekstrim pertama terlalu banyak fikir terutamanya apabila berhadapan dengan risiko! Terlalu berhati-hati pada kadar yang sangat berlebih-lebihan sehinggakan seolah-olahnya terlalu sukar untuk bergerak ke mana-mana! Suka tengok orang lain dahulu sehinggakan orang lain sudah maju di hadapan barulah kita terhingut-hinggut untuk mengengsut menuruti jejak langkah mereka yang sudah berlari sepantas ribut!

Dulu-dulu orang Melayu begitu sukar dan keberatan untuk meninggalkan pangkuan ibu dan kampong halaman. Kebanyakannya suka duduk terperok macam katak dalam tempurung. Untuk hijrah ke bandar apatah lagi ke negeri orang menguja dan menguji nasib dan bakat adalah suatu yang sangat-sangat berisiko! Kononnya sakit pening biarlah di pangkuan keluarga! Hujan emas di negeri orang lebih baik hujan lembing di negeri sendiri!

Selepas itu orang Melayu mula kerja dalam Kerajaan! Bukan main takut untuk bekerja di bidang swasta! Masuk berniaga macam seolah-olahnya berdiri di hujung tanduk! Tetapi kemudiannya cemburu pula bila melihat orang-orang pendatang maju dan berjaya dalam bidang swasta dan perniagaan! Melayu tidak fikir orang-orang pendatang di bidang swasta dan perniagaan itu sudah banyak menderita jatuh dan bangun terduduk dan terbongkang dan berjuang untuk bangun dan terus bangun!Ketakutan minda yang sedemikian tergambar dalam urusan nikah kahwin sekarang ini!

Nikah kahwin ini adalah proses hidup! Sunnah yang perlu kita jalani! Buat seberapa yang baik! Isteri biar jadi isteri solehah dan suami biar jadi suami soleh! Be the best! Kalau gagal maka itu proses hidup yang biasa! Tidak perlu kita tangkap leleh main seruling bambu tepi simpang atau buat sajak melankolik dan bersenandung duka ketika malam bulan purnama! Take as it is! Gagal dalam rumah tangga maka bina yang baru dengan tekad yang updated azam yang upgraded!

Just persis seperti lapangan kerjaya!Lihatlah golongan karyawan wanita! Mereka bukan tidak bijak! Ramai ada kelulusan baik ada degree dan ada yang master atau PhD! Terlau fikir dan fikir tentag image tentang prinsip tentang risiko tentang cinta tentang impiana tentang sekufu sedangkan umur terus meningkat dan meningkat dan tidak akan menurun! Last-last mendapati diri di pingiran usia dan menjamah tua! Kahwin just seperi berkaryawan! Kalau gagal dan tidak perform! Cari lain yang lebih sesuai di mana kita boleh perform dengan cemerlang! That's all! Ini tidak begitu! Kebanyakannya terlalu ambil kira masalah-masalah titik bengik segi luaran dari sudut paras rupa, kedudukan, pangkat, harta, umur, teruna, duda, muda, tua dan seribu satu hambatan dan halangan! Ish .. tidak praktikal langsung!

Perkara yang sama pun terjadi kepada yang lelaki! Dua kali lima sepuloh! Tengok saja si wanita adalah executive tinggi di astu jabatan sedangkan dia hanya seorang kerani; terus takut macam berhadapan dengan Nenek Kebayan! Akibatnya ramailah gologan wanita karyawan yang terbiar tidak ada sesiapa yang berani dekati! Dekat tempat kerja Potetpotpet sudah ada sekitar sedozen karyawan wanita yang belum bertemu jodoh! Benarlah jodoh dalam ketentuan Allah SWT tetapi siapa yang tahu suratan jodoh yang tertulis dalam buku ketetapan Dia?Masing-masing perlu pasangan! Pasangan adalah keperluan naluri manusia! As long as kita boleh get along dengan pasangan kita untuk menjalani hidup sampai Allowh SWT panggil balik maka itu sudah mencukupi!

2) Golongan ekstrim kedua bertindak dengan keterlaluan tanpa berfikir! Main tiru sahaja! Main buat sahaja! Manakala yang ditiru dan di buat hanyalah perkara-perkara lagho yang sebenarnya hanya kelihatan glamour di luar tetapi kosong di dalam!

Dulu datang sahaja seorang Hippies! Ramailah Melayu jadi Hippies yang lebih Hippies dari Hippies Amerika! Tengok seorang dari barat pakai sejenis fesyen pakaian maka satu dunia Melayu heboh dengan fesyen tersebut! Lihat seorang penyanyi barat terlonjak-lonjak maka semua pentas di Malaysia dipenuhi dengan golongan yang melonjak-lonjak! Ada seorang barat buat fesyen Mohican atau Apachi maka ramai anak muda sudah kelihatan macam Red Indian! Lihat orang barat buat gambar XXX maka Melayu pun ingin tunjuk bakat jadi pelakon XXX! Tengok gaya Consultant barat maka kita pun tiru gaya consultant tersebut tanpa ambil kira ilmu dan kemahiran yang ada pada mereka!

Barulah sedeked dua ini ada segolongan Melayu yang cuba mengatasi dilema ini. Ambil yang baik dari barat dan dari timur dan kekalkan apa yang baik dan positif yang ada pada Melayu! Ini baru cerita bab Melayu! Jika cerita bab Islam lagi kita patah hati!Bab nikah kahwin di barat itu pun bukan menjadikan perkara tetek bengik sebagai halangan! Pergilah tengok sendiri dengan biji mata kita! Ramai kalangan orang-orang barat yang muda muda trang tang tang tapi menikah dengan orang tua! Tidak pula si muda rasa malu berkepit dengan pasangannya yang sudah kelihatan seperti datuknya! Dia boleh kenalkan kepada kita bahawa lelaki tersebut adalah Sam suaminya! Tidak kurang juga pemudanya yang menikah dengan wanita sebaya ibunya dan dia boleh kata kepada kita dengan bangga bahawa yang disisinya itu adalah Sarah isteri kesayangannya!

Haiiiiii .. Potpetotpet sudah kata dalam Islam sikit tidak timbul masalah umur sebagai halangan dan tua muda menjadi ukuran! Issue sekufu itu pun hanya timbul dalam kes adanya penolakan sesuatu pihak yang akan dinikahkan tanpa restu yang empunya diri dan bukannya dalam semua kes nikah kahwin secara general! Tolooonglah fahamkan bab munakahat dalam Buku Fiqah tu!

Jodoh, pertemuan, keberkekalannya, kebahagiannya dan permasalahannya semua dalam ketentuan Allah SWT! Kita usahalah untuk perform yang terbaik sama ada sebagai suami atau sebagai isteri once kita sudah nikah! Namun jika belum nikah maka kita tetap belum nikah dan tidak ada satu part pun dalam kehidupan rumah tangga yang dapat kita buktikan setakat mana kecemerlangan performace kita! Rasul kata itu sunnah dia yang perlu kita ikuti dengan baik (bukan dengan cincai-cincai)! Lelaki yang paling baik adalah yang setiasa berbuat baik terutamanya kepada isterinya! Isteri yang baik pula adalah isteri yang taat kepada suami dalam perkara-perkara yang diharuskan si suami membuat ketetapan atau keputusan! Setiap pihak buatlah yang the best!

Pot pet pot pet pot pet pot pet .. macam nenek tua .. itu sebab nick pun Potpetpotpet!Warga MDC lelaki .. jom solat Jumaat!

Eydana: Haaa! Hamek kau! Kena kaw-kaw punya!
Image edited from google

No comments: