Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Tuesday, July 27, 2010

Amalan Berjimat Cermat

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
Al Furqan: 67

Maaf, entri kali ini tidak mengajar anda untuk menjadi kaya. Tapi, saya berjanji ia akan membantu anda untuk lebih mensyukuri apa yang anda ada sekarang (hopefully). Mula-mula kita cerita tentang beberapa (beberapakah? Haha) mungkin banyak cara yang boleh kita lakukan untuk berjimat cermat:

Makanan
Masak sendiri. Ini adalah cara jimat yang paling mudah. Tak reti masak? Alahai, sekolah dulu pun kita start dengan belajar ABC dulu sebelum kita pandai membaca. Maka, tak pandai masak bukan alasan okeh! Gugle-gugle la resepi-resepi yang melimpah ruah dalam internet tu, gambar-gambar yang menarik juga boleh menjadikan inspirasi. Rujuk-rujuklah dengan pakar-pakar yang lebih arif bab-bab persilatan sudip dan kuali, manalah tahu, selepas beberapa tahun kemudian, boleh jadi tokey masak macam Linda Onn pulak…hehehe…

Dah alang-alang masak sendiri tu, masak lah lebih sikit, jadi bolehlah nak tapau bawak pejabat ke, sekolah ke kan. Masaklah masakan yang berlainan hari-hari, jangan la pulak asyik masak benda sama je kak oi. Kalau kucing pun bagi menu sama hari-hari, boleh kembang tekak. Kalau rasa macam nak belanja kawan dengan masakan kita pun boleh juga. Lain kali kawan kita pulak belanja kita, boleh lah rasa air tangan dia pulak, haaa kan dah boleh berjimat tu. Ermmm, tapi sebelum belanja kawan dengan masakan kita, makesure dah pandai masak dulu ye…kikikiki…

Bila dah bawa bekal ke pejabat atau sekolah, maka kurang lah makan luar. Maka kuranglah aktiviti kita untuk menggugle-gugle tampat-tempat yang pernah di lawati oleh crew-crew Jalan-Jalan Cari Makan atau crew-crew Warong Kita hahaha. Gunakanlah masa itu untuk merujuk cara memasak resepi baru hehehe. Dalam masa yang sama kita boleh mengelakkan memakan makanan fast food. Selain fast food itu agak mahal berbanding makanan yang di jual secara buffet di gerai-gerai biasa. Sila ambil perhatian, fast food itu memang tidak baik untuk kesihatan ye adik-adik…nanti-nanti bila ada masa terluang kita cerita ketidakbaikannya di bab kesihatan pula ye!

Selain makanan, jangan lupa amalkan membawa sebotol air masak atau air mineral semasa keluar rumah. Selalunya ramai di antara kita yang membeli air mineral di luar berbanding membawa sendiri, padahal kan air yang di rumah itu lebih terjamin kebersihannya…isy isy isy…jangan sebab rasa nak kontrol macho sanggup tak bawa bekal air masak. Bawalah air masak, selain ia bagus untuk menjimatkan RM 2 kita setiap kali kita keluar, ia juga bagus untuk perjalanan darah kita ye abang-abang macho!

Menanam tanaman sendiri. Haaa, ini pun ramai yang tak buat, betul tak? Betul tak? Ha? Apa? Tak pandai? Tak de kawasan? Amatlah menipu dan membohong ye akak2 sekalian…takkan nak tanam taugeh semangkuk secara hidroponik pun tak boleh! Ah, jangan berikan alasan. Lagi-lagi, akak yang dok kat rumah teres tu, akak yang dok kat apartment dan flat pulak jangan jadikan beranda rumah anda sebagai stor simpan basikal sahaja ye. Di mana ada kemahuan, di situ ada highway! Banyak tau pokok-pokok yang boleh di tanam secara hidroponik ni contohnya sawi, kalian, bayam, salad, daun bawang, kucai, cili…haishh, banyak lagi lah…sampai malas nak sebut. Apa tak percaya? Helleh, tengok je lah kat Cameron Highland tu, strawberry pun dorang tanam hidroponik tau!

Bagi family yang dah ada anak-anak pulak, kalau ada kesempatan, buatlah “ngonyeng-ngonyeng” untuk anak-anak anda. Bagi sesiapa yang tak tahu, ngonyeng-ngonyeng itu apa, ia adalah snack ye ibu-ibu, contohnya muffins ke, salad buah ke, ais krim ke, kerepek ke, keropok ke, kuih-kuih ke. Haaaaa, belajarlah untuk jadi ibu yang prihatin kepada kehendak anak-anak anda. Selain boleh menjimatkan, anda boleh memantau pengambilan gula, garam dan MSG anak-anak anda. Berusahalah untuk jadi ibu yang terbaik ye wahai ibu-ibu. Jangan jadi ibu yang malas! Hah! ni nak raya ni…ada sesiapa yang bercadang nak buat kuih raya sendiri? Hah ada? Bagus!

Bagi yang anak-anak yang masih bayi, seboleh-bolehnya pastikan ia minum susu ibu. Susu ibu amat penting perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat, selain khasiatnya yang besar iaitu mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Ia adalah beribu kali lebih bagus daripada susu formula yang mahal itu. Kecuali la pada ibu-ibu yang tidak mampu, itu namanya bukan rezeki. Anak yang masih bayi juga masih belum boleh diberi makan makanan segera kerana kebanyakan makanan segera ini mempunyai bahan pengawet yang banyak. Maka, berbalik pada point pertama tadi, masaklah sendiri untuk menjamin kesihatan yang terbaik untuk anak-anak.

Agak-agaknya, berapa yang boleh kita jimatkan dengan penjimatan makanan ye kawan-kawan? Haaaaaaaa itu baru makanan je.


Pakaian
Menjahit baju sendiri. Hah! Sekarang ramai orang sibuk nak tempah baju raya! Orang yang menjahit pula sibuk nak tolak tempahan yang berpusu-pusu masuk, rezeki orang rajin la katakan. Kenapa saya cakap rezeki orang rajin? Seperti memasak tadi, maka ambillah inisiatif untuk belajar menjahit. Tak pandai? Perlu saya ulang balik ayat ABC di atas tadi? Hahahahahahaha…tau takpe! Mulakan dengan yang simple-simple. Mulakan dengan baju sendiri, mulakan dengan kain-kain yang murah. Kita tak perlu menjadi Bernard Chandran kalau setakat nak buat baju kurung ye akak-akak! Hahha…

Selain daripada itu, janganlah menjadi hamba fesyen untuk sesuatu jenama atau sesuatu produk. Betul, tidak salah kalau kita membeli sesuatu produk jenama yang agak mahal kalau penggunaannya meliputi hayat kita. Tetapi, kalau setakat sekali dua, baiklah membeli setaraf dengan harganya, okeh! Maksud saya di sini, kurangkanlah pembelian barang-barang berjenama, lebih elok rasanya kalau kita pilih barangan buatan Malaysia. Pernah pergi ke pasaraya Giant? Banyak tau baju-baju berkualiti yang terdapat di sana. Kalau nak rasa lebih mewah, pergilah ke pasar malam. Tapi ingat, tujuan kita bukan setakat berapa banyak kita boleh beli dengan duit yang kita ada, tetapi berapa banyak yang kita boleh jimat dan dalam masa yang sama membeli keperluan kita okeh adik-adik!

Lagi satu, sekarang ini, ramai ibu-ibu yang sudah mula menggunakan kain lampin moden. berbanding drypers. Selain ia dapat menjimatkan kos “jamban pakai buang” itu, kita juga dapat menyelamatkan alam sekitar…wawah, dua dalam satu tu.


Langganan/Keahlian
Anda melanggan TV prabayar? Adakah anda melanggan sekadar untuk menunjukkan kemewahan anda ataupun anda betul-betul menikmati entertainment itu di rumah anda? Kalau anda jenis yang tidak melekat di rumah, atau jenis layan video di youtube sahaja, maka adalah lebih baik anda tak perlu melanggan langsung. Kalau rasanya ada match atau rancangan realiti TV yang best2, tonton saja di kedai mamak okeh! Hahaha…pilihan di tangan anda, pilih saja yang lebih menjimatkan!

Selain itu, sejak menjak dua tiga menjak rancangan “Biggest Loser Asia” tempohari, ramai pula di antara kita yang bertungkus lumus menjadi keahlian di gym. Agak-agaknya dalam sebulan, berapa kalikah kita yang busy ini sempat ke gym. Kalau setakat bayaran 150 sebulan itu hanya pergi 5 kali, saya rasa tak berbaloi juga walaupun mempunyai coach yang hensem-hemsem belaka hahaha. Bagi saya, bersenamlah dengan bijak, banyak betul cara senaman yang kita boleh buat contohnya buat kerja rumah sepanjang hari pun boleh basah ketiak tau! Plus, rumah kita licin berkilat dan terlindung dari debu-debu! Tak perlu berbibik-bibik lagi okeh! Haaaaaaa…berapa banyak boleh berjimat tu? Berjoging di taman pun free juga, malah berkebun pun boleh mendatangkan hasil yang boleh menjimatkat duit ke pasar. Lagi satu, sila gunakan tangga bila sampai office, maksud saya bukanlah gunakan tangga sepenuhnya jika office kamu itu di tingkat sepuluh, separuh-separuh lah. Jadi, janganlah hanya kejar glamour di gym sahaja okeh! Kecualilah kalau kamu itu athlete.

Bacaan
Adakah anda memang membaca langganan anda itu dari kulit ke kulit? Kalau ya, baguslah! Sebab kalau langganan begitu biasanya anda mendapat harga yang lebih murah berbanding membeli setiap hari/setiap bulan. Tetapi, awas! Kalau anda jenis yang melanggan tapi membacanya setakat 2-3 mukasurat sahaja. Maka, adalah lebih elok kalau anda membaca di internet sahaja. Sama juga ceritanya bukan? Dah alang-alang kamu ada internet, guna sahajalah! Bukannya perlu dial up-dial up lagi. Streamyx pun unlimited kan? Gunakan segala yang ada. Jangan pula guna untuk bermain games dan berfacebook sahaja. Kalau tak mahu berinternet, tetapi mahu free, baca sahajalah di ofis anda hahaha…tapi, make sure itu bukan waktu pejabat ye abang kakak.

Lagi satu, kalau anda jenis yang tidak kisah seperti saya, belilah majalah yang murah daripada harga asalnya. Macammana? Haaaaaaa, rahsia! hehehe. Okeh-okeh, saya beritahu. Macam ini, kadang-kadang pada sesiapa yang suka pergi pasar malam macam saya, kamu boleh jumpa majalah-majalah stok tahun lepas yang di jual dengan separuh harga. Ini adalah supaya kos asal majalah itu tercover sahaja. Bagi saya, bukanlah tahun keluarannya yang penting, tapi isi dalamnya. Tapi bagi kamu yang suka gossip-gossip artis, cara ini tidak sesuai hahaha. Then, kalau dah ada purchasing power tu, jangan lah membeli berlebih-lebihan pulak, jangan beli semua majalah, belilah yang berkaitan dengan apa yang kamu perlu sahaja ye adik-adik!

Lagi satu, belilah buku semasa bookfair! Lagi sekali saya ingatkan, belilah yang kamu perlu sahaja. Tuliskan senarai buku yang kamu perlu dan sediakan wang secukupnya, kalau bawa wang lebih, nanti terbeli yang tidak berkenaan pula. Selalunya bookfair bagi banyak diskaun terutamanya pada para pelajar, ye adik-adik! So, gunakan hak anda sebagai pelajar!
Lagi satu, jangan lupa pada bangunan yang namanya LIBRARY okeh! Saya ingatkan aje, kalau-kalau ada yang terlupa.

Shopping
Anda suka shopping? Sangat bagus kalau anda suka bershopping sambil berjimat. Macammana? Okeh, Pertama sekali tuliskan barangan keperluan anda dan budgetkan harganya. Kedua, kebanyakan pasaraya-pasaraya besar mempunyai catalog-katalog iklan, maka kamu boleh bandingkan harganya. Ketiga, kalau sesuatu barang itu tahan lama dan kerap kali di gunakan, maka belilah secara pukal. Kamu tahukan supermarket mana yang menjual pukal kan?...hehehe Keempat, pilihlah pasaraya yang mempunyai parking free. Janganlah membawa anak-anak ketika anda bershopping kerana di takuti anda akan membeli kehendak melebihi keperluan anda. Tapi bukan menjadi kedekut ye, cuma berhemat ketika berbelanja!

Kecantikan
Haaaaa…ramai tahu tetapi buat-buat tak tahu. Untuk cantik, kita tak perlu belanja yang mahal pun. Apa pergi spa? Tak payah pergi lah, kita buat sahajalah di rumah. Orang yang pergi spa tu untuk orang-orang yang tua dan malas sahaja ye adik-adik. Yelah, orang tua sebab dia dah tak larat nak buat semua benda-benda tu sendiri, dan orang yang malas tu ermmmmm paham-paham sahaja lah. Owh lupa nak cerita, anda tak perlu pun mempunyai segala mak nenek perkakas dan peralatan yang ada di spa tu. Guna sahajalah petua-petua lama nenek moyang kita dulu. Plus, petua-petua ini tidak mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan seperti hydroquinone, mercury, sodium laureth sulfate dan sebagainya. Jom check it out!
Masker muka-
Gunakan putih telur dan kapas, tepekkan pada muka dan tunggu sehingga kering untuk mengeluarkan blackhead dan whitehead terutamanya di kawasan hidung
Scrub muka-
sental muka anda dengan menggunakan gula pasir yang dibasahkan dengan sedikit air, sental sehingga gula pasir menjadi halus.
Cuci muka- bersihkan segala kotoran tadi dengan menggunakan air basuhan beras untuk mendapatkan muka yang licin dan putih berseri
Toner Muka-
gunakan limau kasturi dan lumurkan pada muka untuk mendapat kesegaran. Jangan lupa kasiat limau kasturi juga bagus untuk kulit kepala yang berminyak dan berkelemumur!
Pelembab Muka-
Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit, tetapi berbaloi.
Bila kulit dah cantik, keluar rumah tak perlu make up tebal, pakai UV Rays and SPF protection sahaja sudah memadai, okeh!
Untuk Bibir-
Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai lipstick. Jadi, tak perlu beli lipstik!

Haaaaaaaaaaa…akak-akak, dah berapa banyak yang kita boleh jimat tu? Apa, tak cukup petua? Alah, gugle saje di internet, ramai betul yang ingin kongsikan petua nenek moyang mereka kepada kita. Perlu saya ulang ayat highway itu?...hahha


Kenderaan
Lebih bagus kalau kita tidak menggunakan kenderaan sendirian. Share a ride lah, selain boleh menjimatkan consumptions of oil gas dan harga parking yang perlu kita bayar, kita juga boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas sekaligus mengurangkan pencemaran alam. Bagi kita-kita yang masih sihat walafiat ini, apa kata kita menggunakan kenderaan awam yang telah di sediakan oleh pihak kerajaan. Tak jatuh pun kemachoan seorang engineer kalau dia naik bas ke pejabat. Betul tak? Haaaaa…berapa boleh jimat tu?

Entertainment
Entertainment yang macammana seseorang manusai perlukan? Untuk kepuasan diri sendiri atu untuk melengkapkan keperluan emosinya? Haaaaaaa, kita perlu berfikir dari sudut EQ pula kali ini. Hiburan yang terbaik untuk seseorang manusia adalah bila hatinya berasa gembira dan tenteram. Bagaimana? Hatinya akan tenteram bila melihat keluarganya bahagia. Biarlah semiskin mana pun kita, kita akan amat bersyukur kalau keluarga kita berada dalam keadaan yang sihat, bahagia dan gembira.
Kurangkanlah melakukan aktiviti-aktiviti seperti tengok wayang, pergi ke shopping mall, bowling, snooker dan karaoke. Aktiviti sebegini bukan sahaja tidak membantu seseorang itu berjimat, malah kegembiraan itu tidak kekal kerana ia bersifat sementara sahaja. Jadi entertainment bagaimana yang bersesuaian?
Carilah hiburan-hiburan seperti berkelah, bercamping, berhari keluarga, bersukan dan beriadah di public park dan sebagainya. Tak biasa? Biasa-biasakanlah. Sediakan bekal, jom kita berkelah! Yeay!

Ada banyak lagi sebenarnya cara untuk kita berjimat, tapi malas nak cerita dengan lebih panjang dan berjela. Kita juga boleh jimatkan penggunaan air dengan metutup pili sewaktu memberus gigi, penggunanam elektrik dengan mencabut plug setelah habis penggunananya dan penggunaan email dan messenger berbanding mesej di telefon bimbit. Maka, pilihan ditangan kita ye kawan-kawan sekalian. Berjimatlah sekarang. Manalah tahu dengan berjimat ia boleh memberatkan timbangan amal kebaikan kita di akhirat nanti. Tetapi awas! Jangan pula sampai kedekut. Adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya membahagi sama rata!
Sekian!

Picture taken from

No comments: