Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Wednesday, July 07, 2010

berhutang kasih sayang


Tiba-tiba saya jadi sentimental hari ini. (haha bukan memang hari-hari sentimental ke kuikuikui!)

Okay


Okay

Benda yang saya nak cerita ialah ini. Orang tua. Saya tak pernah pergi atau sekali pun menjenguk ke rumah orang-orang tua. Dulu, semasa saya kecil, saya pernah terfikir untuk menjenguk ke sana, berkongsi cerita, memberikan kasih sayang, berkorban masa lapang saya untuk mereka. Tapikan, itu hanyalah angan-angan semasa kecil saya yang sangat-sangat ambitious.

Sampai ke hari ini, saya tak pernah pun menjejakkan kaki ke rumah orang-orang tua. Jangan tanya saya kenapa, sebab saya tak tahu pun jawapannya. Jangankan menjejakkan kaki, memberi sumbangan wang ringgit pun boleh di katakan tidak pernah langsung. Tiba-tiba saya terasa yang diri saya terlalu sangat zalim. Walaupun mereka itu bukan ibu bapa saya, tapi saya berasa sangat bertanggungjawab kepada mereka. Mereka perlukan kasih sayang dan perhatian. Hanya itu sahaja mereka harapkan sementara mereka masih hidup didalam dunia ini.

Bagi kita yang sentiasa sibuk mencari nafkah, sibuk dengan urusan masing-masing, ketahuilah kamu berhutang kasih sayang dengan mereka di luar sana. Jangan nanti sampai ajal mereka, kamu tak sempat melunaskan hutang kamu, dan kamu perlu menjawab di depan Allah pula. (Nasihat ini adalah untuk saya sendiri, mungkin kamu yang membaca tidak terlibat, tapi terima kasih kerana membaca)

No comments: