Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Tuesday, January 04, 2011

Kisah sekolah saya

Belek-belek status facebook, blogwalking, ramai pula ibu-ibu dan bapa-bapa muda bercerita tentang pertama kali menghantar anak ke sekolah, itu belum ditambah dengan cerita dari jiran-jiran sebelah rumah dan yang seangkatan dengannya lagik. Ada anak yang menangis, ada yang happy, ada yang enjoy, ada yang mengantuk dan sebagainya. Takpe, semua itu perkara normal dalam hidup. tak semua insan di lahirkan sama kan kan kan? Okay, entry ini adalah pendedahan mengenai diri saya sendiri. Malu beb kalau nak cerita. Tapi takpe, ini semua akan menjadi kenangan terindah dalam hidup untuk dikongsi bersama.

Tadika
Seminggu pertama persekolahan adalah hari-hari yang mengerikan dalam hidup saya. Ya, sayalah budak yang paling glamour di tadika itu, semua cikgu mengenali saya, sebab saya comel…hehe, okay saya tipu, sebab selama lima hari bersekolah, lima hari itulah saya menangis di tempat kejadian, iaitu sekolah saya yang tercinta. Maaf, nama sekolah haruslah dirahsiakan. Kekeke. Okeh, cukup-cukuplah cerita yang memalukan ituh. Sekolah ini walaupun setahun sahaja, banyak kenangan gembira, maklumlah sekolah main2, mak saya pun bukan ada expectation yang tinggi, asalkan anak dia pandai berkawan dan menguruskan diri, itupun dah Alhamdulillah. Kenangan rombongan melawat zoo beramai-ramai, kenangan acara sukan berpasukan…kalah dowh, dapat gangsa je…sayalah yang jadikan pasukan saya kalah…isyyyy, kenangan menjadi ratu cantik…kekeke, ai pakai pakaian cina yu, konon2 ai la paling putih time tu…kekeke. Saya tabik spring pada sekolah ini, sebab walaupun belum pandai membaca, mengeja, mengira dengan betul, sekolah ini telah mengubah saya yang anti-sosial ini kepada seseorang yang agak pandai berkawan, bergaul, belajar menaiki bas sekolah dan mula mengenal erti tanggungjawab, walaupun kadang-kadang ternangis jugak…wupppps…manja lahai!

Primary school
Ayah saya cuti seminggu menghantar saya ke sekolah bila masuk darjah satu. Namun, hanya hari pertama sahaja dia tunggu di depan pintu dengan mak dan ayah orang lain sesambil menunggu turn untuk membayar yuran. Hari yang selebihnya dia hanya menghantarkan saya di depan pintu dan terus pulang ke rumah. 6 tahun saya dok sekolah nih, daripada zaman kanak-kanak sampailah zaman remaja, daripada pakai pinafore sampailah ke baju kurung dan bertudung, daripada tak tau baca sampailah ke lancar membaca, mengira dan sebagainya. Kenangan kena marah sebab lupa wat keje sekolah, berdiri sensorang sebab lupa bawak buku, kena cubit kat perut sebab tak hafal sifir, berdiri atas kerusi sebab tak hafal grammar, kena rotan sebab spelling salah, kecut perut kena hafal PAFA…macam-macam lagilah, cerita seram pun banyak jugak sekolah nih…wehehehehe. Tapi, bila ingat balik, ia jadi kenangan terindah kan? Itu belum lagi kenangan cemerlang UPSR…lagi indah. Terima kasih kepada semua cikgu…termasuk cikgu-cikgu yang memarahi dan mendenda diri ini, kalau tiada kamu semua, anak muridmu ini tidak berjaya hendaknya. Paling best pergi sekolah adalah time hujung tahun time exam dah habis, sebab saya suka main batu seremban, jangan tak taw kadang-kadang dengan cikgu kelas pun kitorang main sekali, dengan syarat, kelas tak boleh bising…tapi kalau cikgu kalah, kitorang jerit gak…kahkahkah!

Secondary school
Okeh, untuk secondary school form 1 sampai form 3, sekolah saya berdekatan dengan area-area rumah je. Tapi, pergi dan balik memang ayah juga yang hantar, maklumlah, anak ayah…cececece. Bukanlah, sebab sekolah saya tu adalah lain dari yang lain. Sekolah itu memang ada sesi pagi sahaja, maka sesinya adalah panjang dari sekolah lain, kalau orang lain pukul 1 dah keluar, kami pukul 2 baru habis kelas, tiada bas sekolah yang sanggup tunggu, dan ayah tak percayakan saya untuk naik bas public. Eh…eh…bukan, bukan, bukan, ayah tak percayakan orang sekeliling saya untuk membenarkan saya naik public bus. Sekali-sekala kalau ayah ada hal lain barulah ayah benarkan. Sekolah ini membenarkan saya merasai pengalaman sebagai remaja sepenuhnya. Saya rasa bebas bergaul, lelaki dan perempuan, pelbagai kaum, pelbagai budaya, dan pelbagai taraf hidup, juga pelbagai latar belakang keluarga. Namun, saya masih sedar, saya bukanlah orang senang dikalangan kawan-kawan saya, namun saya juga bukan orang yang susah. Saya orang biasa-biasa sahaja, dan saya bersyukur. Ia adalah pembakar semangat untuk saya dan membuatkan saya menanam azam bersungguh-sungguh supaya saya boleh membantu keluarga saya menjadi senang, seperti kawan-kawan saya yang lain. Saya juga rasa tercabar bila kawan-kawan saya yang lebih susah dari saya mampu untuk bersaing pelajaran dengan saya. Walaupun wujud persaingan di situ, kami adalah kawan yang saling bantu-membantu dalam pelajaran, dan dalam kerja berkumpulan. Banyak pengalaman yang saya kutip disini, selama dua tahun berturut2 saya menjadi pasukan squad kawad kaki dalam acara sukan tahunan. Kami juga pernah membuat lawatan ke penjara pudu pada tahun 1997 kalau tak silap saya, untuk membuat laporan untuk kertas kerja sejarah. Selain itu, kelas kami juga pernah membuka gerai air yang kami namakan “Jabatan Bekalan Air Cincau” untuk carnival sekolah yang ala-ala macam jomheboh tu. Banyak lagi kalau nak cerita…namun, dalam banyak2 kelas, kelas sains adalah kelas yang paling merarik perhatian saya, sebab kelas ni banyak buat experiment, maka kuranglah kemengantukan di dalam kelas itu terjadi...kekeke

Tingkatan 4, saya memulakan sekolah di utara Malaysia, jauh bebenor. Selain mendapat offer, entah bagaimana saya boleh berbuat keputusan begitu. Tanpa dorongan sesiapa pun saya membuat keputusan, ermmm...okey, terus terang, adalah sikit-sikit dari dorongan perasaan yang tak stabil…namun saya telah berjanji untuk rahsiakannya…hehehe. Sekolah ini amat-amat ketat dengan displin, sementelah juga dikenali oleh orang sekeliling sebagai serambi makkah. Saya tidak pernah bersekolah agama, juga tidak pernah bersekolah asrama, maka adalah menjadi kejutan budaya pada saya bila masuk ke sekolah ini. Di tambah pula berjauhan sangat-sangat dengan ibu bapa, juga di zaman itu henphone tidaklah sepopular sekarang, maka amat-amatlah kasihan pada diriku yang manja terlebih ini. Namun, saya sentiasa kuatkan hati saya, saya telah membuat keputusan sejauh ini, ini adalah keputusan yang terbaik, saya tidak akan berpatah arah! Dua tahun hidup disini, tidak mudah, namun dengan dorongan kawan-kawan dan guru-guru di sini, saya menjadi selesa, malah menjadi terbiasa. Banyak kanangan-kenangan indah, aktiviti-aktiviti dan pengalaman bersama-kawan2, makan durian sepuas hati di dusun orang kampung dengan hanya membayar RM 1 seorang, bercamping dan berbbq di Bukit Air, berBTN di Gua Kelam, buat dajal dengan mandi dalam kolah asrama...kekeke, outing ke Kangar, balik rumah kawan2 are Perlis dan Kedah, maklumlah, rumah sendiri jauh kan? Itu baru aktiviti sendiri je, belum aktiviti sekolah lagi macam sukan tahunan, Earth day, Annual dinner sekolah, gotong royong setiap minggu, aspuri day, gotong royong buat bubur untuk sambutan hari Asyura, graduation day minggu sebelum SPM. Banyak lagi kalau nak cerita, setiap minggu ada je aktiviti….membuatkan saya melupakan keselesaaan rumah buat seketika. Meriahkan sekolah berasrama? Kalau nak tahu, sampai sekarang saya masih sayang sekolah ini, kalau saya menjengah utara, rasanya seperti pulang ke kampung halaman…alangkah indah, tempat jatuh lagi di kenang kan?

Itu cerita sekolah saya, sekolah kamu bagaimana?


p/s: adik-adik sekalian, bergembiralah dengan sekolah kamu, sesungguhnya ia akan menjadi kenangan terindah kamu suatu hari nanti!

No comments: