Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Tuesday, January 04, 2011

Kenapa tak update blog?

Saya tahu, takde orang teringin nak tanya saya pun. Tapi saya nak cerita jugak supaya tiada fitnah-fitnah liar dilemparkan...kekeke. Kau bajet kau artis ke eydana? Kalau artis lagi senang, jawapan sepesen je lempor “NO COMMENT”…kahkahkah. Sebab bukan artis le nak explain nihah. Ok, ok, udah ler tuh. Siyes2 sambil luruskan tulang belakang ditempat duduk dan kerutkan sedikit kening untuk memunjukkan betapa seriusnya saya sekarang.

Pertama-tamanya saya mahu ceritakan kejadian di bulan November. Ok, bukak diari kejap, belek-belek. Orait! Sampai ke pertengahan November saya masih lagi mengupdate, disamping dengan kerja-kerja di opis yang banyak menimbun. Namun, nak dijadikan cerita, selepas itu saya jadi busy bila mengikuti cari forum Lestary: Asmara, sementelah menunggu dua episod terakhir cerita itu tahun lepas, melayan snapshots yang dilempor oleh editor cerita itu sendiri, di tambah dengan spekulasi-spekulasi yang mantap, tergoda ai. Namun, setelah mengetahui ending cerita itu di episod akhir, saya mula memikirkan sama ada harus ku bakar TV nan ado di rumah itu atau tidak…kahkahkah.

Dalam dok sibuk2 berASMARA tuh, di kejutkan dengan berita Ayah saya accident. Eh…eh…eh…jangan risau. Tidak la teruk pun, tak jatuh dari motor pun. Ayah ai kan perempit tegar. Otai tuh…kekeke. Nasib baik, hanya accident dengan kereta buruk. Brek tak makan weh. Saya sudah bilang sama Encik Ayah suruh tukar “kerbau” dia tuh, udah 20 tahun, sudah-sudahlah menggunakan jasanya ituh. Degil sungguh itu Encik Ayah dan apa lagi, sakit goutnya yang memang sudah ada itu menyeranglah. Tak boleh jalan, saya ngan mak saya jugak yang kena beli tongkat, berhujan-hujan lebat saya drive. Parking dah lah sikit punya jauh!

Dalam pada ayah saya bersakit-sakit itu, sempat juga kami pulang ke kampung halaman ibu saya yang tercinta kerana sepupu saya berkahwin, isterinya dikhabarkan bekerja sebagai doktor, sangat cantik kerana majlis bertema warna biru, ai sukaaaaa! Hai ayah, apa lagi… mintak tolong puan doktor checkkan kakimu yang sakit itu…kekeke. Ahhhh, tiba-tiba terindu suasana kampung. Kampung saya macammana? Ermm…alaaa, bayangkan je la cerita Nur Kasih tu, lebih kurang macam tu la kampung ai.

Ok, bermulanya Disember saya sedang di dalam dilema samaada mahu turun ke Perlis atau tidak. Kenapa? Sebab kawan saya bertunang. Setelah fikir punya fikir punya fikir dan sembahyang istikharah bagai, maka, saya pun membuat surprise pada kawan saya itu. Terkejut beruk dia saya sampai di Kangar petang sehari sebelum tarikh dia bertunang. Dia ambil saya di Kangar dan kami terus pergi menuruskan tempat penginapan family tunangnya, dinner di kuala Perlis dan sempat lagi pergi ke pasar borong malam tu. Sampai rumah tok dia, saya sempat lagi jadi bidan terjun buat pelamin bagai…kekeke. Ala, simple jer., gunakan saja bahan yang ada. Esoknya pagi2 pergi amik barang hantaran yang di tempah dari jiran, temankan adik dia jadik runner sekejap…agak penat jugakla. Nak cerita panjang2 pun penat taip, baik tak payah kan kan kan.

Then pulang ke rumah, adik saya yang bercuti seminggu telah diserang jangkitan batuk, dan tidak lama kemudian jangkitan itu mula menyerang saya pula. Saya di serang batuk yang amat dasat sehingga mengeluarkan suara seperti T-Rex. T-Rex bila dengar pun akan malu dengan saya…hahaha. 2 kali pergi klinik, kali ke dua berurusan dengan doktor hensem, malu ai…kekeke. Namun, kehensemanmu tidak dapat merawat penyakitku ini wahai doktor! Walaupun 3 botol ubat batuk telah di gogok, namun tiada memberi kesan langsung. Lama-lama, saya sudah ketagih dengan itu ubat batuk, kekeke.

Dalam batuk2 yang kronik pun, kami bertiga sempat merantau ke Teluk Anson. Sepupu lelaki saya bertunang. Tema hijau…tapi ai takde baju hijau la. Takpelah, masa tema biru hari tu pun ai tak pakai baju biru. Tak tolong apa sangatlah, hantaran semua dah siap. Masak pun macam golongan macik2 je, ai jadik segan…tolong yang mana-mana patut je lah. Lagipun keBATUKan saya memang sangat-sangat mengganggu urusan harian. Di tambah pula dengan suara T-Rex lagik! Hadoi!

Pulang sahaja kami dari Teluk Anson, makcik saya pula menziarahi rumah. Dah lama makcik saya kesini. Berjalan berdua dengan anak perempuannya. Mungkin membawa hati, hai entahlah. Kalau fikir…memang seriau nak kahwin weh! Saya tak cuti time tu, maka hanya dapat membawa ke shopping complex yang terdekat dengan rumah. Kalau time cuti, harus ku bawa ke KLCC, anak perempuan dia nak sangat ke sana. Tapi takpe, lain kali kalau ada rezeki kita kesana ye dik!

Dalam pada makcik saya ada di rumah tu, makcik saya yang bongsu telefon. Mengoffer saya ke Langkawi selama empat hari. Nak di jadikan cerita, memang tarikh yang tersebut adalah tarikh saya bercuti dan tiada apa-apa perancangan. Kalau Tuhan dah tentukan rezeki, memang dapatlah kan! So minggu terakhir 2010 saya adalah di Langkawi, sepanjang Malaysia dan Indonesia berebutkan bola dan Piala, diri ini berada di Langkawi bersama makcik-makcik yang menahan napsu membeli belah pinggan mangkuk periuk belanga…hahaha…sangat meriah bersama mereka. Saya? Saya hanya borong coklat saja…kikiki.


Ok, itulah sahaja alasan saya yang pemalas mengupdate blog ini… boleh terima tak? Boleh kan kan kan? Hihihi…peace!


*p/s: saya memang ramai makcik dan kazen, adik-beradik mak saya je 10 orang okeh…bayangkan sendiri!

No comments: