Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Wednesday, December 09, 2009

Peringatan buat saya

Sekadar berkongsi...email yang pernah saya forwardkan pada kawan-kawan suatu ketika dahulu...

Kematian tidak mengira umur dan jantina, bila-bila masa saja, di mana-mana saja, samada kita bersedia atau tidak. Persoalanya, bersediakah kita? Yakinkah kita dengan semua amalan-amalan kita? Hmm…Tak sangka pula tiba-tiba tangan saya rajin untuk menaip dan memberikan pendapat saya. Jangan bimbang, pastinya saya tidak akan mencuri masa kerja saya. Saya bukannya seorang yang sempurna, cuma ingin berkongsi pendapat dan pengalaman yang tidak seberapa.

Saya ulangi, email ini adalah untuk peringatan diri saya juga. Berapa ramai antara kita setiap saat mengingati Allah? Dari kita bangun tidur seawal pagi sehinggalah kita tidur semula pada malamnya. Adakah hanya waktu kita solat sahaja kita ingat pada Allah? Jadi bagaimana pula agaknya orang-orang yang tidak solat? Nauzubillah, moga tidak terjadi pada saya dan di kalangan teman-teman saya ini.

Kalau kita renungkan, sesibuk mana pun kita, sebenarnya kita ada banyak masa untuk mengumpulkan pahala, maksudnya persediaan kealam barzakh, kerana kita tidak mahu menjadi manusia di siksa azab kubur dan api neraka. Cara yang paling mudah ialah niatkan semua yang kita lakukan kerana Allah s.w.t. tidak kiralah kemana kita pergi, apa yang kita lakukan, jua dengan siapa kita berkawan. Selagi kita melakukan pekerjaan itu dan tidak di murkai Allah, selagi itulah tabung pahala akan penuh seakan air hujan yang deras mengisi tempayan yang kosong. Formulanya mudah, saya yakin, orang yang sentiasa mengingati Allah, Allah pasti akan sentiasa mengingatinya. Org yang jauh dari Allah pasti Allah merasa jauh dengannya. As simple as that.Tapi AWAS! Syaitan dan iblis takkan pernah mengaku kalah dengan mudah. Selagi dunia belum hancur, selagi itulah dia sedaya upaya menyesatkan manusia.

Tiba-tiba saya teringat pada satu slot rancangan di astro beberapa hari lepas, saya kurang pasti hari apa dan pukul berapa…yang saya pasti waktunya malam dan saya kepenatan pulang dari kerja dan mata pun hampir layu…nak tidur lah tu.hehe… slot mistik ini berkenaan dengan seorang wanita yang disihirkan oleh seorang bomoh untuk di kafirkan atas sebab-sebab tertentu. Sesi yang membuat saya teruja ialah sesi seorang ustaz yang mengubat wanita itu berdialog dengan Iblis. Bila ustaz itu mengatakan Allah Maha Besar dan Berkuasa, Iblis mengakuinya. Saya kurang pasti butir bicaranya, yang jelas Iblis (Azazil)tidak puas hati dengan manusia kerana dia telah menjadi makhluk Allah pertama yang dikeluarkan dari syurga disebabkan keengganannya menyembah Nabi Adam (MANUSIA PERTAMA CIPTAAN ALLAH). TERNYATA,TERBUKTI dan JELAS saya dengar pengakuan Azazil sendiri, IBLIS adalah MUSUH kita. Tak perlu penyampaian dari buku, mulut atau email orang lain.

Panjang pulak email nie…sesiapa yang sudah malas meneruskan bacaan, simpan sahajalah email ini…esok-esok kalau teringin, buka balik. Tak pun, pada sesiapa yang rasa saya merepek, delete je terus, tiada siapa yang akan marah. Dipendekkan cerita, saya bagi soalan pembaca pikir la sendiri. Fikirlah dengan hati yang ikhlas, tak perlu bagi jawapannya pada saya.


1.Berapa ramai dari kita yang solat seawal masuk waktu?
2.Berapa ramai dari kita yang berazam bangun sebelum subuh setiap hari ataupun bangun di sebabkan azan subuh, bukan sebab alarm clock handphone?
3.Berapa ramai antara kita yang solat berjemaah setiap waktu?
4.Berapa ramai yang rasa pakai tudung tu bergantung dengan niat berbanding kewajipan?
5.Berapa ramai orang rasa buat haji tu untuk orang tua sahaja dan bukannya rukun Islam yang yang ke 5 (tidak kira umur asalkan sudah cukup syarat)?
6.Berapa ramai orang yang sudah kita dakwahkan pada Islam?
7.Berapa ramai yang setiap hari berangan-angan dan bercita-cita ingin bertemu Rasulullah?
8.Berapa ramai dari kita buka internet untuk tengok hal ehwal agama?
9.Berapa ramai dari kita yang tidur dalam keadaan berwudhu?
10.Berapa ramai dari kita berniatkan hidup kita untuk berdakwah?

Kalau kita fikirkan betul-betul,memang banyak pahala2 kita yang terlepas. Perkara-perkara sebegini memang kita tak rasa nampak…tapi cubalah kita bayangkan kalau kita buat perkara-perkara ni setiap hari, adakah tabung pahala kita akan sama seperti sekarang? Tepuk dada tanya iman…habis sudah…terima kasih kerana membaca. Email ni bukan untuk menyindir sesiapa, hayatilah ia untuk menginsafi kejadian diri termasuklah diri saya sendiri. ^,_,^

No comments: