Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Wednesday, December 09, 2009

Mulakan Semula

aku bukan seorang yang pandai mengarang, bukan juga pandai menutur kata-kata kerana aku bukan siapa-siapa. aku manusia biasa yang penuh dengan kelemahan, namun, aku punyai hasrat untuk memperbaiki kelemahan yang aku ada.

sekarang ini, dan di saat ini aku perlukan kekuatan untuk melihat dan merenung kembali kelemahan-kelemahan aku, malah kesilapan-kesilapan yang telah aku lakukan. aku sedang mencari kekuatan-kekuatanku.

aku tidak mahu menjadi insan yang tiada pegangan, tiada arah dan tujuan. aku perlu tingkatkan kesedaran diriku, muhasabah kembali...arus manakah yang telah membawa aku ke jalan yang tiada penghujung ini?

aku terpinga-pinga seperti orang yang baru terhantuk dan terngadah...baru ku sedar. betapa jauhnya arus ini telah membawaku, betapa sukarnya untuk memujuk hati berpatah semula, betapa susahnya aku melawan arus yang sudah semakin deras ini.

aku menangis, betapa ruginya aku selama beberapa tahun ini. lalai dari melaksanakan tanggung jawabku, aku tidak menikmati hidup yang Tuhan berikan padaku seadanya, aku hilang dalam bayang-bayangku, aku tinggal di dalam dunia khayalan yang aku cipta sendiri.

aku buntu untuk memulakan semula semuanya, aku harap aku masih belum terlambat untuk memperbaiki diri, aku harap Tuhan akan menerima taubatku.

aku sedar, Tuhan sentiasa bersamaku.

No comments: