Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Monday, May 30, 2011

Menjadi yang terbaik



Menjadi yang terbaik bukan bermaksud sentiasa menjadi yang pertama. Bagi saya, menjadi yang terbaik bermaksud beramanah bila seseorang itu diamanahkan, bertanggungjawab apabila seseorang itu dipertanggungjawabkan. Menjadi individu yang terbaik bermaksud mendekatkan diri dan mencuba semampu-mampunya kudrat dan akal fikirannya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya ke jalan yang di redhai Allah swt dan menjauhkan diri serta mencuba semampu-mampu kudrat dan akal fikirannya menjauhkan diri dari larangan Allah swt.

Menjadi yang terbaik adalah mencuba semampu-mampunya, kemudian bertawakal* pada Allah. Maka, memang itulah sebenarnya yang TERBAIK dari ladang!

*Tawakal adalah proses terakhir ya. Bukan bertawakal dahulu sebelum mencuba sedaya usaha.

FikirZikir:
Dari Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w
“Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

ZikirFikir:
Jika mampu, jadilah pohon yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput…tapi biarlah jadi rumput yang paling hijau [walaupun tidak tinggi dan memayungi teriknya mentari, besar manfaatnya bagi hidupan yang lain, pada oksigen yang dihasilkan melalui proses fotosintesis]


* Entry petang-petang yang dingin dalam air-cond…maaf, otak beku mengeluarkan idea TERBAIK di kala sejuk-sejuk begini. Ini sahaja semampu-mampu saya untuk renungan diri saya sendiri.

Thursday, May 19, 2011

Sakit

Semalam saya jumpa member lama, eh kejap eh… member ke? Mungkin lebih sesuai di panggil kenalan kot. Dulu dia adalah teman sekuliah saya, kini menjadi rakan sekerja pula (walaupun jauh tempat kerja, tapi kampeni yang sama.) Tapi bukan nak cerita pasal member ni pun. Mukadimah saja… hehe.

Masa satu kuliah dulu-dulu tak pernah la pulak nak bertegur sapa pun tapi semalam boleh pulak la sembang pasal orang tu, pasal orang ni…bukan mengumpat ye, cuma bertanya khabar rakan-rakan sekeliling saja. Entah macammana di akhir perbualan terkeluar la pulak cerita yang saya kurang sihat beberapa hari lepas. Err…kurang pasti pulak siapa yang mulakan samada dia yang bertanya atau saya yang terlepas cakap.

Dia: Eh, kau hospitalized ke? Sakit apa?

Saya: eh, takdela sampai hospitalized. Sakit sampai tak boleh datang kerja je la.

Dia: Sakit apa?

Saya: eh segan la aku nak bagitahu engkau…(muka merah menyala)

Dia: sakit pun segan

Saya: Ok, aku ceri beri, muntah-muntah…ni pun masih pening2 lagi ni ha

Dia: itu pun nak segan, normal la, food poisoning kot

Saya: Memang pun. Aku memang tak boleh makan kari. Tapi gatal gak nak makan kari. Padan la muka aku (sebenarnya menutup malu dan sambil bangun dari kerusa nak balik ke ofis)

Dia: haaa patut pun, memang Dia nak bagi pengajaran kat situ kan? Kesianya…ni dah ok ke?

Saya: dah, dah, dah, aku balik dulu k. (sesungguhnya aku memang segan gila)

Dia: ok, terima kasih datang, sorry la aku tak dapat pergi tempat kau. Busy sikit.

Saya: Welcome, its ok. (dan terus menuju lift)

Semasa dekat menunggu lift saya masih lagi tersenyum simpul. Segan gila kotttt, seb baik tak tepuk dahi. Ada sorang pakcik yang tunggu lift senyum dengan saya. Mungkin dia ingat saya jenis peramah dan senyum pada dia kot. Padahallll…hahaha


Tapikan, perlu ke malu kalau kita sakit? bukan malu pasal sakit tu sebenarnya. segan sebab rasa macam memdedahkan perihal peribadi untuk mendapatkan simpati. *itu kott yang membuatkan saya segan* Ok dah terlanjur cerita pasal penyakit ni, mari kita analysis sikit pasal diarrhea ni.

Apakah itu cirit­-birit?
Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :



  1. jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit

  2. alahan makanan

  3. ubat-ubatan

  4. pengawet makanan

  5. pemakanan kimia
Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.


Tanda-tanda
Bagaimana saya mengetahui yang saya mengalami cirit-­birit?Cirit-birit di definasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :



  1. Sakit dan kekejangan perut

  2. Loya dan muntah

  3. Keletihan

  4. Demam

  5. Komplikasi

Adakah cirit­-birit berbahaya?
Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian.


Rawatan
Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit­-birit?
Kebanyakan kes cirit-­birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit­-birit, lakukan seperti berikut :



  1. Minum banyak air.

  2. Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur­ansur

  3. Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.

  4. Elakkan kafein dan alkohol.
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.Tanda-tanda dehidrasi adalah :



  1. Haus yang berlebihan

  2. Mulut dan kulit kering

  3. Kurang atau tiada air kencing

  4. Keletihan yang teruk

  5. Pitam

  6. Kulit menjadi gelap

Cirit-birit dikalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :



  1. Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih

  2. Demam panas

  3. Najis mengandungi darah atau berwarna hitam

  4. Mulut kering atau menangis tanpa air mata

  5. Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang

  6. Perut, mata atau pipi yang cengkung

  7. Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.
Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .Pencegahan


Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah cirit-birit?

Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:


  1. Cuci tangan sebelum makan

  2. Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.

  3. Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas.

  4. Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit­birit.

  5. Minum air dari bekalan air bersih, di botolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-­birit boleh bertambah teruk.

  6. Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit­-birit


saya ambil info dari sini... http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Ciritbirit.php


Apa-apa pun saya bersyukur, Tuhan telah sembuhkan saya, dan dapat melakukan amanah-amanah saya pada hari ini. Penyakit itu datang dari Allah swt untuk menguji keimanan seseorang, juga peringatan pada makhluknya supaya dia bersyukur pada kesihatan yang telah Allah swt pinjamkan padanya selama ini. Terima kasih Allah swt.


"dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku," (Asy-Syu'araa': ayat 80)

Sabar

bukan senang sebenarnya nak kawal marah. bukan senang jugak nak sorokkan kecewa. bukan sekali dua, tapi banyak kali. banyak kali. bukan. bukan seperti yang kamu fikirkan. ini bukan soal cinta-cinta.

tidak mengapa, mungkin Tuhan sedang menunjukkan kasih-sayangNya padaku.