Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Monday, May 30, 2011

Menjadi yang terbaik



Menjadi yang terbaik bukan bermaksud sentiasa menjadi yang pertama. Bagi saya, menjadi yang terbaik bermaksud beramanah bila seseorang itu diamanahkan, bertanggungjawab apabila seseorang itu dipertanggungjawabkan. Menjadi individu yang terbaik bermaksud mendekatkan diri dan mencuba semampu-mampunya kudrat dan akal fikirannya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya ke jalan yang di redhai Allah swt dan menjauhkan diri serta mencuba semampu-mampu kudrat dan akal fikirannya menjauhkan diri dari larangan Allah swt.

Menjadi yang terbaik adalah mencuba semampu-mampunya, kemudian bertawakal* pada Allah. Maka, memang itulah sebenarnya yang TERBAIK dari ladang!

*Tawakal adalah proses terakhir ya. Bukan bertawakal dahulu sebelum mencuba sedaya usaha.

FikirZikir:
Dari Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w
“Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

ZikirFikir:
Jika mampu, jadilah pohon yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput…tapi biarlah jadi rumput yang paling hijau [walaupun tidak tinggi dan memayungi teriknya mentari, besar manfaatnya bagi hidupan yang lain, pada oksigen yang dihasilkan melalui proses fotosintesis]


* Entry petang-petang yang dingin dalam air-cond…maaf, otak beku mengeluarkan idea TERBAIK di kala sejuk-sejuk begini. Ini sahaja semampu-mampu saya untuk renungan diri saya sendiri.

No comments: