Hari ini hari ke 4 saya puasa nam, saya assume umat islam tahu Puasa Nam. Pada pendapat peribadi saya la kan inilah puasa yang betul-betul menguji iman.
Pertama, orang lain semua makan sedap-sedap di hari raya yang sebulan ini, kau sensorang puasa dan ngadap PC time-time lunch macam ni.*kesabaran sedang di uji...huhuhu
Kedua, bukan setakat melawan nafsu, kena lawan hasutan syaitan dan jin pulak lagi.*maklumlah mereka-mereka itu sudah tidak di belenggu...aiseyh
Ketiga, mana ada bazaar ramadhan bila balik kerja karang*bazaar syawal tak ada ke? Heh
.
.
.
.
Namunnnnnnnnnnnnn…
Saya masih memilih untuk puasa nam kerana, Puasa Enam hari di bulan Syawal itu adalah puasa sunat yang di berikan ganjaran pahala seperti dalam hadis di bawah:
Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
Bestkan pahalanya? Apa lagi…jomlah kita berpuasa bersama-sama sementara bulan syawal masih ada ni.
No comments:
Post a Comment