Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Friday, April 08, 2016

Berdua sejak bila

Assalamualaikum...
Sejak ada Hana dalam hidup aku... setiap kali berblog asik muka dia je memenuhi ruang blog. Betul tak? Okeh... kali ni meh cerita pasal berdua lebih baik. Hihihi... sila jangan muntah.
Saje nak cerita sebab bulan april ni banyak kenangan berdua. Kikiki. Aku dah cakap awal2 tadikan? Sila jangan muntah.
Rasanya kalau sesiapa pernah baca post2 sebelum ni aku tahu kami berkenalan tak la lama sangat sebelum kami buat keputusan untuk sehidup semati... cecececece... ayat ko... ish ish ish.
Di kenalkan oleh saudara mara terdekat. Mula berkenalan 2 April 2012. First met 4th April 2012 dan keluar bersama pada 7th April 2012. Berjumpa hanya beberapa kali sebelum lamaran datang pada hari raya ke 4 2012  iaitu dalam bulan 8 2012. Hahaha... jangan terkejut aku boleh ingat semua tarikh... sebab aku simpan dalam kalendar... hahaha.
Bawah ni gambar masa baru fall in love. Tak pernah ambil gambar berdua. Jarang-jarang berdua lagipun. Sebab belum pasti lagi hala tuju perhubungan... kah kah kah... apebenda yang aku merepek ni.

Bila dah ada lamaran tu, baru nampak sikitla hala tuju perhubungan. Jadi kalau kelauar memangnya tiada benda lain selain buat persiapan untuk pertunangan dan perkahwinan. Pihak lelaki nak bertunang n nikah sekaligus... dalam bulan 2 2013. Aku minta tangguh bulan 3 2016 di sebabkan kebiasaannya kerja aku memerlukan aku lebih fokus dalam bulan 2.

Gambar bawah ni gambar bertunang. Asalnya pihak lelaki nak warna purple... alih-alih tukar kaler biru. Ape pasal tah... hahahaa.. mmg angan angan aku nak kaler biru pun kalau bertunang. Biru putih tu rasa bersih. Barang2 tu semua kami beli sendiri. Hantaran makcik aku buatkan, dia offer free of charge, asalkan aku beli barang je. Asalnya aku nak buat sendiri. Tapi bila orang dah offer nak buat, aku lepas tangan saje lah. Janji cantik di mata aku, okeylah... 9 berbalas 7 dulang. Masa bertunang ni pun belum pernah lagi bergambar berdua. Tu gambar berempat aku crop jadi 2 orang. Kahlahkah...hadam je la ye


Bertunang 8 Mac 2013, jumaat pagi. Pagi la sangat kan. Janji jam 10.00 pagi, tapi pihak lelaki sampai dalam kul sebelas lebih. Kau bayangkan la perasaan kami kat rumah time tu. Adakah aku telah dipermain- mainkan.. kahkahkah...dahla orang lelaki nak pergi sembahyang jumaat pulak lepas tu kan? Kalau dah lambat sangat karang dah tak jadi bertunang lak aku ni karang, terus nikah je... atau cemana ni... gelabah gelabah...

Sebenarnya nak di jadikan cerita... ada roadblock pagi tu... jadi kau tahu jela bila dah konvoi beramai-ramai ni...jammed teruk dan  kereta jadi lambat... dan ada 2 biji kereta rombongan yang sesat. Seb baik time tu aku bijak sikit. Dengan muka tak malu pegi call bakal tunang.. "awak, awak kat mana? " kah kah kah... seb baik dia beri penjelasan sebenar. Kalau dia hilang begitu saja cemana? Disebabkan kalut dgn 2 kereta rombongan yang sesat tu, bakal tunang aku sampai terlupa nak maklumkan dekat orang yang menunggu ketibaan diorang ni. Hahahah. Fiuhhss.... berpeluh juga ketiak time tu.

Oklah... dah terpanjang pulak aku punya cerita ni. Hahahaha... bila aku rajin nanti aku sambung balik cerita ni. Happy weekends. Enjoice!



No comments: