Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen
Friday, January 31, 2020
Happy Birthday Kakyong
Happy birthday kakyong.
Kita sambut kat rumah nekwan makan ramai - ramai je ye.
Mommy busy hujung bulan ni.
I love you.
Wednesday, January 08, 2020
bekal ke sekolah
02/01/2020 - roti bakar coklat
03/01/2020 - roti canai
06/01/2020 - pau kaya
07/01/2020 - karipap
08/01/2020 - nugget
baru hari ke 5 sekolah, mummy dah tak tahu nak bawa bekal apa untuk kakyong, hahaha.
sebab kat sekolah pun ada makan, jadi kalau bawakkan bekal berat2 nanti kakyong tak sempat nak makan. sudahlah baru baru nak belajar pergi sekolah, nanti terhegeh-hegeh pula...
Tuesday, January 07, 2020
Hati Seorang Ibu
1. takkan sanggup lihat anaknya sakit, ibu sedia menjadi galang gantinya
2. takkan sanggup lihat anaknya dimarahi, hanya ibu sahaja yang layak memarahi
3. takkan sanggup lihat anaknya kecewa, apa yang termampu ibu akan turuti
itu yang aku belajar bila menjadi seorang ibu..
Monday, January 06, 2020
Monday, April 25, 2016
Angan tak sudah
Assalamualaikum,
Sihat ke semua?
aku kurang sihat. selsema dan batuk menguasai diri. Air hidung meleleh-leleh macam air paip yang kehausan sesendal. hahaha.
aku kurang sihat. selsema dan batuk menguasai diri. Air hidung meleleh-leleh macam air paip yang kehausan sesendal. hahaha.
Idea nak update blog pun tak ada. Saja godek-godek gambar dalam folder lama, kot kotla boleh buat wordless monday ke kan... gambar pun takde menarik sangat, dan rasa malas pulak nak transfer gambar dari phone. Sebab gambar dalam phone dah penuh, tak buang-buang lagi gambar yang tak diingini. kalau nak transfer pun buat sakit hati je, sebab bila gambar penuh, folder nak transfer tu cepat hang... ehh.. ehh.. korang faham ke aku cerita apa ni? hahahah
tetiba ada terjumpa gambar gambar kat bawah ni dalam folder lama, maaf gambar ni semua bukan aku punya, aku ambil dari google dand simpan dalam folder sebab aku rasa ia cantik dan menarik dan konon-konon nak buat rumah ala2 gaya macam ni la.
silalah tengok cuci mata...
![]() |
| haaa.. ni aku ambil dari blog lipstik merah yana. aku memang dari dulu nak buat cermin macam ni, rasa simple dan tak payah la ko bersusah payah mengangkut cermin besar gabak bagai. lagipun cermin jenis macam ni ko boleh beli sikit2, ikut bajet. dan boleh angkut sikit-sikit....pastu kalau penat boleh la berehat sekejap.... kan kan kan kalau buat macam ni, rumah boleh nampak luas, bergantung kepada kekemasan rumah ko jugak la. kalau rumah ko bersepah, bersepah jugak la yang refleks kat dalam cermin tu. tapi kat rumah aku dah takde dinding dah nak letak cermin, acaner tu?? eh,, ermmm lagi satu... yang ini pun kena letak atas dari satu meter dari aras kaki, kecuali ko rajin nak lap kesan jari-jari comel kat cermin tu. kihkihkih. |
![]() |
| Ni bilik kerja dan bilik study, siap ada katil lagi ko...penat kerja atau study terus lelap atas katil. takpon ko study atas katil tu... ehhh? |
Amacam gaya aku? Minimalis dan simple. bilalah nak beroleh gaya sebegini rupa.
Berangan-berangan dulu,
mana tahu jadi kenyataan...
Subscribe to:
Posts (Atom)









