Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Saturday, April 09, 2016

Hana penat

Assalamualaikum...

Hari ni ofis mummy ada buat family day. Saja bawa Hana, nak tgk reaksi dia cemana. So far, she is well behave but lasak sangat. Cuma bila dah masuk zon tengahari tu dah macam ermmm.... merengek sikit sebab dah penat + mengantuk.

Below is the summary...

Siap pagi pagi - jalan naik kereta - parking jauh sbb datang dah lambat - nasib baik ada shutter van untuk ke tempat kejadian - sampai tempat kejadian - register - dapat goodies n nombor untuk lucky draw - makan nasi lemak - joget erobik - start jalan dari booth ke booth - hana tengok bunny - main buih sabun - main colour sand - duduk tgk orang karok - main castle angin - makan cotton candy - makan nasi tomato - makan aiskrim - check nombor tak bertuah - ambil gambar kat photo booth - naik shutter van balik ke tempat parking - masuk kereta - hana tido sampai balik. Hana penat!

Hahahha.... nasibla kome bace macam tu ye... ada senggat senggat...malas nak buat ayat... enjoice!


Friday, April 08, 2016

Berdua sejak bila

Assalamualaikum...
Sejak ada Hana dalam hidup aku... setiap kali berblog asik muka dia je memenuhi ruang blog. Betul tak? Okeh... kali ni meh cerita pasal berdua lebih baik. Hihihi... sila jangan muntah.
Saje nak cerita sebab bulan april ni banyak kenangan berdua. Kikiki. Aku dah cakap awal2 tadikan? Sila jangan muntah.
Rasanya kalau sesiapa pernah baca post2 sebelum ni aku tahu kami berkenalan tak la lama sangat sebelum kami buat keputusan untuk sehidup semati... cecececece... ayat ko... ish ish ish.
Di kenalkan oleh saudara mara terdekat. Mula berkenalan 2 April 2012. First met 4th April 2012 dan keluar bersama pada 7th April 2012. Berjumpa hanya beberapa kali sebelum lamaran datang pada hari raya ke 4 2012  iaitu dalam bulan 8 2012. Hahaha... jangan terkejut aku boleh ingat semua tarikh... sebab aku simpan dalam kalendar... hahaha.
Bawah ni gambar masa baru fall in love. Tak pernah ambil gambar berdua. Jarang-jarang berdua lagipun. Sebab belum pasti lagi hala tuju perhubungan... kah kah kah... apebenda yang aku merepek ni.

Bila dah ada lamaran tu, baru nampak sikitla hala tuju perhubungan. Jadi kalau kelauar memangnya tiada benda lain selain buat persiapan untuk pertunangan dan perkahwinan. Pihak lelaki nak bertunang n nikah sekaligus... dalam bulan 2 2013. Aku minta tangguh bulan 3 2016 di sebabkan kebiasaannya kerja aku memerlukan aku lebih fokus dalam bulan 2.

Gambar bawah ni gambar bertunang. Asalnya pihak lelaki nak warna purple... alih-alih tukar kaler biru. Ape pasal tah... hahahaa.. mmg angan angan aku nak kaler biru pun kalau bertunang. Biru putih tu rasa bersih. Barang2 tu semua kami beli sendiri. Hantaran makcik aku buatkan, dia offer free of charge, asalkan aku beli barang je. Asalnya aku nak buat sendiri. Tapi bila orang dah offer nak buat, aku lepas tangan saje lah. Janji cantik di mata aku, okeylah... 9 berbalas 7 dulang. Masa bertunang ni pun belum pernah lagi bergambar berdua. Tu gambar berempat aku crop jadi 2 orang. Kahlahkah...hadam je la ye


Bertunang 8 Mac 2013, jumaat pagi. Pagi la sangat kan. Janji jam 10.00 pagi, tapi pihak lelaki sampai dalam kul sebelas lebih. Kau bayangkan la perasaan kami kat rumah time tu. Adakah aku telah dipermain- mainkan.. kahkahkah...dahla orang lelaki nak pergi sembahyang jumaat pulak lepas tu kan? Kalau dah lambat sangat karang dah tak jadi bertunang lak aku ni karang, terus nikah je... atau cemana ni... gelabah gelabah...

Sebenarnya nak di jadikan cerita... ada roadblock pagi tu... jadi kau tahu jela bila dah konvoi beramai-ramai ni...jammed teruk dan  kereta jadi lambat... dan ada 2 biji kereta rombongan yang sesat. Seb baik time tu aku bijak sikit. Dengan muka tak malu pegi call bakal tunang.. "awak, awak kat mana? " kah kah kah... seb baik dia beri penjelasan sebenar. Kalau dia hilang begitu saja cemana? Disebabkan kalut dgn 2 kereta rombongan yang sesat tu, bakal tunang aku sampai terlupa nak maklumkan dekat orang yang menunggu ketibaan diorang ni. Hahahah. Fiuhhss.... berpeluh juga ketiak time tu.

Oklah... dah terpanjang pulak aku punya cerita ni. Hahahaha... bila aku rajin nanti aku sambung balik cerita ni. Happy weekends. Enjoice!



Tuesday, April 05, 2016

Silat manja ikea dan kasut. Apa kaitan?

Assalamualaikum...

Sambil menyelam minum air... sedang temankan husband berlatih silat. Praktis silat cekak. Aku bab bab silat ni tak pandai sangat. Silat gayung aku tau la. Hari-hari aku silat gayung, sambil mandi.... hahahha. 


Aku sangat banyak kerja di ofis sampai aku tak tahu nak mulakan dengan yang mana satu. Makanya aku amik jalan keluar temankan husband sambil2 hilangkan pening kepala yang berserabut. Takpe... besok aku sambung serabut kepala... hahahha


Ini gambar budak manja. Nama dia Hana. Hana ni manja. Hobi dia menari sambil goyang goyang kepala.... hahahah... sapalah yang ajar ko menari ni nak? Setiap kali nak tido mesti mummy yang kena dodoikan... pokpokpok muntot dia... baru boleh tido... kalau tak.... main je kejenya. Walaupun dah tido, mummy tak boleh bangun dari katil. Pendek kata, marilah mummy tido bersama-sama hana... kalau mummy bangun automatik hana pun bangun dari tido.... sebab bau ketiak mummy dah hilang... hahahaha



Hari ahad entah bila hari tu pergi ikea... saje survey2 barang. First time jejak ikea cheras yang tak sampai 10 minit pun perjalanan dari rumah. Padahal ikea cheras dah masuk 4 bulan kot buka. Kalau ikutkan hati.... semua barang dlm rumah semua nak cap ikea kan... apakan daya bajet ciput. Hahahaha...lagipun barang dah penuh dah... nak sumbat mana lagi... kan best kalau ada rancangan clean house  kat malaysia...hahahaha berangan.... 


Ini kasut aku beli minggu lepas. Cap muaz je. Yang kiri n kanan tu rm 14.90 je dan yang pink tengah2 tu rm 19.80 je. Aku bukan kaki branded... jadi yang mana rasa sedap di mata dan sedap di kaki... aku hambik je la. Takdela tinggi sgt expectation aku untul kasut cap muaz ni... hahaha... tapi sedap ko bila pakai... comfy sangat dan tapaknya getah okay... takdela ko jatuh tergelincir sebab tapak kasut licin kan... hahaha...

Itu saja update aku buat kali ini. Ko hado?

Thursday, March 31, 2016

Cerita Sepanjang 2015 dan suku tahun pertama 2016

Assalamualaikum.



Dah habis bulan 3 tahun 2016, sekejap je rasa, entah bila hari berlalu...

Tak tau nak update apa, jadi tepek je la dengan gambar budak kenit sepanjang tahun lepas 2015 dan awal tahun ,

Enjoice!
By monthly sepanjang tahun 2015

                                      
Randomly sepanjang tahun 2015


January 2016



February 2016

March 2016




Anakdara ni bukan setakat berebut handphone mummy dia je... selfie sendiri pun dah pandai... dengan siapalah ko belajau ni nak oiii :)








Monday, October 05, 2015

assalamualaikum! Maaf tiada entry hampir 2 tahun

maaf

maaf

maaf

banyak sangat nak cerita, tapi masa tak mengizinkan dan kadang kadang mood juga tak berapa mengizinkan, hahaha

nak buat ayat pun dah sangkut-sangkut, dah tak pandai. apela

cuma nak bagitahu, selain dari jadi isteri, saya dah jadi mummy.

dah genap 8 bulan 30 September 2015 haritu


my little princess, yang banyak tuah