Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen
Sunday, September 18, 2011
Wednesday, September 14, 2011
untuk dia
Perlu kamu
Sayang kamu
Hanya kamu
Bidadariku
Berikan ku ruang peluang
Walau sebesar zarah
Untuk ku persembahkan
Bukti cintaku padamu
Kembali
*dan saya bukan bidadari itu
image credit to http://airmien.wordpress.com/2010/11/30/nilai-cintamu/
Tuesday, September 13, 2011
Mimpi
seingatku,
bahagia itu kau cipta bersamaku.
seingatku,
senyumanmu kau hadiahkan padaku.
seingatku,
gembira itu kau ajarkan padaku.
seingatku,
cintamu hanya milikku.
rupanya,
aku hanya bermimpi saja...
kan Sayang?
image credit to http://komunitasjendela.org/cerita-tentang-mimpi/
Thursday, September 08, 2011
er..err...
Saya ada, cuma agak malas sikit... dan tak de idea nak tulis apa.
Oh, lupa. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.
Sebelum itu, saya juga perasan macam ramai jugak yang mencari-cari entry berkaitan dengan Puasa Nam eh. Bagus! Meh la kita berpuasa sunat di bulan yang mulia ni, tak lama pun enam hari saja. Apa entry yang sebenarnya pencari-pencari tu perlukan eh? takpe la, kat sini, saya kasi link entry by IM Asyraf, harap membantu.
http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=483
Bai!

Thursday, July 28, 2011
Pemilik Cinta
Aku pernah cinta pada ilmu
Aku pernah cinta pada manusia
Aku pernah cinta pada haiwan
Aku penah cinta pada dunia
Namun
Cintaku tidak pernah memberi kepuasan
Cintaku tidak pernah kesampaian
Cintaku kurang seronok di pertengahan
Lama-kelamaan
Cintaku menjadi hambar
Hatta diragut ketika sedang asyik bercinta
Lalu aku sukar percaya cinta lagi
Sehinggalah
Aku diperkenalkan dengan Pemilik Cinta
CintaNya terlalu Agung
Aku tahu mengenaiNya selama ini
Namun aku tidak pernah cuba untuk mengenalNya
Kini baru aku tahu
Dia mencintaiku selama ini
Mencintaiku sebelum hayatku
Maka kini
Aku mula kenal maksud cinta yang sebenar
Bukan cinta buta tafsiranku dahulu
Cinta ialah cinta pada Pemilik Cinta
Cinta ini bukan cinta yang biasa-biasa
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku tak mengenalNya
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku melupakanNya
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku curang padaNya
Cintanya sentiasa bersamaku walau ku tidak berterima kasih padaNya
Cintanya sentiasa ada bersamaku, sentiasa ada denganku
Dialah Pemilik Cinta
Pemilik Cinta Agung
Ilmu, Manusia, Dunia, malah semuanya adalah milik Pemilik Cinta
Dialah Tuhanku
Allah subbahana wata’ala
Kini aku belajar mengenalNya
Kini aku belajar memahamiNya
Kini aku belajar mencintaiNya
Selagi terdaya selagi mampu,
Selagi ada kudratku
Sehingga ke hujung nyawa
Kerana dia tak pernah meninggalkanku
Walau satu persejuta saat sekalipun
Pemilik Cinta,
Terima kasih kerana mencintaiku
Maafkan aku
Andai lambat ku sambut cintaMu
Sudilah kiranya Kau membimbingku
Untuk mencintaiMu
Cintamu yang terlalu sempurna
Terlagu Agung
Ya Allah
Aku banyak belajar mengenai cinta dari Mu
“Cintailah apa-apa pun selagi cinta itu berlandaskan kerana Pemilik Cinta, pasti tidak akan merana”
Maka cinta tidak akan jadi buta
Kerana inilah cinta yang sebenar
Mencintai Pemilik Cinta

Subscribe to:
Posts (Atom)