Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Tuesday, January 11, 2011

Dia bunyi lagiiiiiiiii!!!!!!


Pernah dengar dialog yang seperti tajuk diatas? Hehehe…

Kalau kita tengok filem Seniman Bujang Lapok tu, mesti kita ketawa kan?

Cerita macam ni memang selalu berlaku…

Duduk dengan roommate yang suka begayut dengan boifren tetengah malam. Dalam kelam-gelap-gulita tu boleh pulak besembang mengenali hati budi masing-masing la konon. Cakap tu dah la tak boleh nak selow, macam radio yang volume dah rosak. Sakit hati betul. Kalau jenis orang yang suka melahar, laharkan saja, peduli apa. Kalau jenis perempuan melayu terakhir cakap berlapik-lapik macam saya ni? Hadoi la.

Tengah-tengah elok nak bersantai di hujung minggu tengok drama Cerekarama…Tung!Tung!Tung!Tung!Tung!...ni jenis tumbuk sambal belacan tak alas lesung batu, hey ini bukan zaman batulah! Guna otak sikit, lu sekolah mana dulu? Where is your civic lesson ha? Kacau jiwa romentik je…

Lagi satu kalau tengah-tengah syok tengok drama Nur Kasih, jiran sebalah menyebelah pasang lagu karaoke entah zaman bila tah, jiwang karat meleleh-leleh. Bukan sayup-sayup, terpekik-pekik entah seperti suara katak mana memanggil hujan, katak dengar pun sumbat telinga dengan kapas gamaknya. Hoi, timbang rasalah sikit dengan jiran sebelah menyebelah!

Itu belum di tambah dengan berjiran dengan budak muda yang hujung minggu jenis suka basuh-repair-renovate kereta. Hujung2 minggu yang aman damai dicemari dengan bunyi radio jenis gegar jantung! Huh…stylo la konon!

Memang kita suka ketawa bila orang lain yang kena kan? Alah macam kita tengok filem Seniman Bujang Lapok tulah. Tapi kalau kena kat batang hidung sendiri macammana? dengan kita tengah kelam kabut di rumah, dengan anak-anak yang tak terurus, ditambah dengan bunyi bising ynag dipaksa dengar olah ke-tidak-hormat-an jiran sebelah? Mengganggukan? Kalau tak cukup iman, mahu berkejor dengan parang ke rumah sebelah tu…kuikuikui...


Hormati jiran tetangga adalah perintah Allah swt...diulang, PERINTAH ALLAH SWT. Check balik perlakuan kita, adakah kita telah mengikut perintah itu, ataupun melanggarnya? tepuk dada tanya iman.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; An-Nisa’: 36

Thursday, January 06, 2011

Tayangan Ulangan

Makan. Minum. Tidur. Bangun . Makan dan minum semula. Tidur dan bangun semula. Esoknya ulang pekerjaan yang sama lagi. Sampai bila? Eh, tidak bosankah? Orang lain membanting tulang, kau hanya mengharapkan rezeki gugur dari langit. Sedangkan ulat di dalam batu boleh hidup, ye tak? Isy isy isy…

Ayat saya nampak macam skeptical kan? Tapi, cuba kita lihat pada diri kita sendiri. Lihat pada kehidupan seharian kita. Lihat pada pekerjaan yang kita lakukan. Kebanyakannya mengulang, mengulang dan mengulang? Benda yang sama, bosan owh! Kalau tidak, baguslah. Namun, kebanyakan dari kita hanya mengulangi rutin harian yang sama. Membuat pekerjaan yang sama. Setiap hari. Apakah akan ada kemajuan?

Adakah mengulangi rutin harian itu salah? Tidak. Saya tak kata begitu pun. Habis tu, kemajuan apa yang saya maksudkan?

Okey, begini. Kerja yang kita lakukan berulang-ulang sepatutnya menjadikan kita semakin mahir dalam sesuatu pekerjaan itu, lalu sambil pejam mata pun kita boleh buat. Okey, fahamkan? Maka, ia akan menjadi kemahiran kita untuk membuat sesuatu, dan kita menjadi pakar. Okey, masih ikut? Bila kita menjadi pakar untuk melakukan sesuatu perkara, itulah kemajuan yang saya maksudkan. Mengerti?

Kalau setakat rutin harian menyidai pakaian, adakan ia melambangkan kemajuan? Eyhhh… kemahiran menyidai pakaian pun perlu taw. Inilah namanya kemahiran hidup. Apa? Kau ingat tolong mak sidai pakaian kat rumah tu tak dapat pahala? Kalau sidai kain sehelai dapai 1 pahala, kalau 20 helai berapa pahala? Itu kalau satu hari, kalau 10 hari, 10 bulan, 10 tahun? Hey hey hey…jangan pandang rendah pada benda-benda yang remeh. Itu belum cerita pasal angkat jemuran hujan dah turun, melipat pakaian dan menggosok pakaian lagi!

Kadangkala ada juga sesetegah dari kita yang tak buat apa-apa pun setiap hari, berulang-ulang tidak berbuat apa-apa. Sampai bila? Sampai ajal dipanggil? Itu sahajakah tujuan hidup kita? Ulang-ulang dan ulang lagi. Mana kemajuannya? Mana pahala yang kita kumpul untuk berkampung di akhirat yang kekal kelak?

To make it worst, lagi sedih nak cerita kalau kita berulang-ulang melakukan perkara-perkara yang di larang Allah s.w.t. Nauzubillah.

Tuesday, January 04, 2011

Kisah sekolah saya

Belek-belek status facebook, blogwalking, ramai pula ibu-ibu dan bapa-bapa muda bercerita tentang pertama kali menghantar anak ke sekolah, itu belum ditambah dengan cerita dari jiran-jiran sebelah rumah dan yang seangkatan dengannya lagik. Ada anak yang menangis, ada yang happy, ada yang enjoy, ada yang mengantuk dan sebagainya. Takpe, semua itu perkara normal dalam hidup. tak semua insan di lahirkan sama kan kan kan? Okay, entry ini adalah pendedahan mengenai diri saya sendiri. Malu beb kalau nak cerita. Tapi takpe, ini semua akan menjadi kenangan terindah dalam hidup untuk dikongsi bersama.

Tadika
Seminggu pertama persekolahan adalah hari-hari yang mengerikan dalam hidup saya. Ya, sayalah budak yang paling glamour di tadika itu, semua cikgu mengenali saya, sebab saya comel…hehe, okay saya tipu, sebab selama lima hari bersekolah, lima hari itulah saya menangis di tempat kejadian, iaitu sekolah saya yang tercinta. Maaf, nama sekolah haruslah dirahsiakan. Kekeke. Okeh, cukup-cukuplah cerita yang memalukan ituh. Sekolah ini walaupun setahun sahaja, banyak kenangan gembira, maklumlah sekolah main2, mak saya pun bukan ada expectation yang tinggi, asalkan anak dia pandai berkawan dan menguruskan diri, itupun dah Alhamdulillah. Kenangan rombongan melawat zoo beramai-ramai, kenangan acara sukan berpasukan…kalah dowh, dapat gangsa je…sayalah yang jadikan pasukan saya kalah…isyyyy, kenangan menjadi ratu cantik…kekeke, ai pakai pakaian cina yu, konon2 ai la paling putih time tu…kekeke. Saya tabik spring pada sekolah ini, sebab walaupun belum pandai membaca, mengeja, mengira dengan betul, sekolah ini telah mengubah saya yang anti-sosial ini kepada seseorang yang agak pandai berkawan, bergaul, belajar menaiki bas sekolah dan mula mengenal erti tanggungjawab, walaupun kadang-kadang ternangis jugak…wupppps…manja lahai!

Primary school
Ayah saya cuti seminggu menghantar saya ke sekolah bila masuk darjah satu. Namun, hanya hari pertama sahaja dia tunggu di depan pintu dengan mak dan ayah orang lain sesambil menunggu turn untuk membayar yuran. Hari yang selebihnya dia hanya menghantarkan saya di depan pintu dan terus pulang ke rumah. 6 tahun saya dok sekolah nih, daripada zaman kanak-kanak sampailah zaman remaja, daripada pakai pinafore sampailah ke baju kurung dan bertudung, daripada tak tau baca sampailah ke lancar membaca, mengira dan sebagainya. Kenangan kena marah sebab lupa wat keje sekolah, berdiri sensorang sebab lupa bawak buku, kena cubit kat perut sebab tak hafal sifir, berdiri atas kerusi sebab tak hafal grammar, kena rotan sebab spelling salah, kecut perut kena hafal PAFA…macam-macam lagilah, cerita seram pun banyak jugak sekolah nih…wehehehehe. Tapi, bila ingat balik, ia jadi kenangan terindah kan? Itu belum lagi kenangan cemerlang UPSR…lagi indah. Terima kasih kepada semua cikgu…termasuk cikgu-cikgu yang memarahi dan mendenda diri ini, kalau tiada kamu semua, anak muridmu ini tidak berjaya hendaknya. Paling best pergi sekolah adalah time hujung tahun time exam dah habis, sebab saya suka main batu seremban, jangan tak taw kadang-kadang dengan cikgu kelas pun kitorang main sekali, dengan syarat, kelas tak boleh bising…tapi kalau cikgu kalah, kitorang jerit gak…kahkahkah!

Secondary school
Okeh, untuk secondary school form 1 sampai form 3, sekolah saya berdekatan dengan area-area rumah je. Tapi, pergi dan balik memang ayah juga yang hantar, maklumlah, anak ayah…cececece. Bukanlah, sebab sekolah saya tu adalah lain dari yang lain. Sekolah itu memang ada sesi pagi sahaja, maka sesinya adalah panjang dari sekolah lain, kalau orang lain pukul 1 dah keluar, kami pukul 2 baru habis kelas, tiada bas sekolah yang sanggup tunggu, dan ayah tak percayakan saya untuk naik bas public. Eh…eh…bukan, bukan, bukan, ayah tak percayakan orang sekeliling saya untuk membenarkan saya naik public bus. Sekali-sekala kalau ayah ada hal lain barulah ayah benarkan. Sekolah ini membenarkan saya merasai pengalaman sebagai remaja sepenuhnya. Saya rasa bebas bergaul, lelaki dan perempuan, pelbagai kaum, pelbagai budaya, dan pelbagai taraf hidup, juga pelbagai latar belakang keluarga. Namun, saya masih sedar, saya bukanlah orang senang dikalangan kawan-kawan saya, namun saya juga bukan orang yang susah. Saya orang biasa-biasa sahaja, dan saya bersyukur. Ia adalah pembakar semangat untuk saya dan membuatkan saya menanam azam bersungguh-sungguh supaya saya boleh membantu keluarga saya menjadi senang, seperti kawan-kawan saya yang lain. Saya juga rasa tercabar bila kawan-kawan saya yang lebih susah dari saya mampu untuk bersaing pelajaran dengan saya. Walaupun wujud persaingan di situ, kami adalah kawan yang saling bantu-membantu dalam pelajaran, dan dalam kerja berkumpulan. Banyak pengalaman yang saya kutip disini, selama dua tahun berturut2 saya menjadi pasukan squad kawad kaki dalam acara sukan tahunan. Kami juga pernah membuat lawatan ke penjara pudu pada tahun 1997 kalau tak silap saya, untuk membuat laporan untuk kertas kerja sejarah. Selain itu, kelas kami juga pernah membuka gerai air yang kami namakan “Jabatan Bekalan Air Cincau” untuk carnival sekolah yang ala-ala macam jomheboh tu. Banyak lagi kalau nak cerita…namun, dalam banyak2 kelas, kelas sains adalah kelas yang paling merarik perhatian saya, sebab kelas ni banyak buat experiment, maka kuranglah kemengantukan di dalam kelas itu terjadi...kekeke

Tingkatan 4, saya memulakan sekolah di utara Malaysia, jauh bebenor. Selain mendapat offer, entah bagaimana saya boleh berbuat keputusan begitu. Tanpa dorongan sesiapa pun saya membuat keputusan, ermmm...okey, terus terang, adalah sikit-sikit dari dorongan perasaan yang tak stabil…namun saya telah berjanji untuk rahsiakannya…hehehe. Sekolah ini amat-amat ketat dengan displin, sementelah juga dikenali oleh orang sekeliling sebagai serambi makkah. Saya tidak pernah bersekolah agama, juga tidak pernah bersekolah asrama, maka adalah menjadi kejutan budaya pada saya bila masuk ke sekolah ini. Di tambah pula berjauhan sangat-sangat dengan ibu bapa, juga di zaman itu henphone tidaklah sepopular sekarang, maka amat-amatlah kasihan pada diriku yang manja terlebih ini. Namun, saya sentiasa kuatkan hati saya, saya telah membuat keputusan sejauh ini, ini adalah keputusan yang terbaik, saya tidak akan berpatah arah! Dua tahun hidup disini, tidak mudah, namun dengan dorongan kawan-kawan dan guru-guru di sini, saya menjadi selesa, malah menjadi terbiasa. Banyak kanangan-kenangan indah, aktiviti-aktiviti dan pengalaman bersama-kawan2, makan durian sepuas hati di dusun orang kampung dengan hanya membayar RM 1 seorang, bercamping dan berbbq di Bukit Air, berBTN di Gua Kelam, buat dajal dengan mandi dalam kolah asrama...kekeke, outing ke Kangar, balik rumah kawan2 are Perlis dan Kedah, maklumlah, rumah sendiri jauh kan? Itu baru aktiviti sendiri je, belum aktiviti sekolah lagi macam sukan tahunan, Earth day, Annual dinner sekolah, gotong royong setiap minggu, aspuri day, gotong royong buat bubur untuk sambutan hari Asyura, graduation day minggu sebelum SPM. Banyak lagi kalau nak cerita, setiap minggu ada je aktiviti….membuatkan saya melupakan keselesaaan rumah buat seketika. Meriahkan sekolah berasrama? Kalau nak tahu, sampai sekarang saya masih sayang sekolah ini, kalau saya menjengah utara, rasanya seperti pulang ke kampung halaman…alangkah indah, tempat jatuh lagi di kenang kan?

Itu cerita sekolah saya, sekolah kamu bagaimana?


p/s: adik-adik sekalian, bergembiralah dengan sekolah kamu, sesungguhnya ia akan menjadi kenangan terindah kamu suatu hari nanti!

Kenapa tak update blog?

Saya tahu, takde orang teringin nak tanya saya pun. Tapi saya nak cerita jugak supaya tiada fitnah-fitnah liar dilemparkan...kekeke. Kau bajet kau artis ke eydana? Kalau artis lagi senang, jawapan sepesen je lempor “NO COMMENT”…kahkahkah. Sebab bukan artis le nak explain nihah. Ok, ok, udah ler tuh. Siyes2 sambil luruskan tulang belakang ditempat duduk dan kerutkan sedikit kening untuk memunjukkan betapa seriusnya saya sekarang.

Pertama-tamanya saya mahu ceritakan kejadian di bulan November. Ok, bukak diari kejap, belek-belek. Orait! Sampai ke pertengahan November saya masih lagi mengupdate, disamping dengan kerja-kerja di opis yang banyak menimbun. Namun, nak dijadikan cerita, selepas itu saya jadi busy bila mengikuti cari forum Lestary: Asmara, sementelah menunggu dua episod terakhir cerita itu tahun lepas, melayan snapshots yang dilempor oleh editor cerita itu sendiri, di tambah dengan spekulasi-spekulasi yang mantap, tergoda ai. Namun, setelah mengetahui ending cerita itu di episod akhir, saya mula memikirkan sama ada harus ku bakar TV nan ado di rumah itu atau tidak…kahkahkah.

Dalam dok sibuk2 berASMARA tuh, di kejutkan dengan berita Ayah saya accident. Eh…eh…eh…jangan risau. Tidak la teruk pun, tak jatuh dari motor pun. Ayah ai kan perempit tegar. Otai tuh…kekeke. Nasib baik, hanya accident dengan kereta buruk. Brek tak makan weh. Saya sudah bilang sama Encik Ayah suruh tukar “kerbau” dia tuh, udah 20 tahun, sudah-sudahlah menggunakan jasanya ituh. Degil sungguh itu Encik Ayah dan apa lagi, sakit goutnya yang memang sudah ada itu menyeranglah. Tak boleh jalan, saya ngan mak saya jugak yang kena beli tongkat, berhujan-hujan lebat saya drive. Parking dah lah sikit punya jauh!

Dalam pada ayah saya bersakit-sakit itu, sempat juga kami pulang ke kampung halaman ibu saya yang tercinta kerana sepupu saya berkahwin, isterinya dikhabarkan bekerja sebagai doktor, sangat cantik kerana majlis bertema warna biru, ai sukaaaaa! Hai ayah, apa lagi… mintak tolong puan doktor checkkan kakimu yang sakit itu…kekeke. Ahhhh, tiba-tiba terindu suasana kampung. Kampung saya macammana? Ermm…alaaa, bayangkan je la cerita Nur Kasih tu, lebih kurang macam tu la kampung ai.

Ok, bermulanya Disember saya sedang di dalam dilema samaada mahu turun ke Perlis atau tidak. Kenapa? Sebab kawan saya bertunang. Setelah fikir punya fikir punya fikir dan sembahyang istikharah bagai, maka, saya pun membuat surprise pada kawan saya itu. Terkejut beruk dia saya sampai di Kangar petang sehari sebelum tarikh dia bertunang. Dia ambil saya di Kangar dan kami terus pergi menuruskan tempat penginapan family tunangnya, dinner di kuala Perlis dan sempat lagi pergi ke pasar borong malam tu. Sampai rumah tok dia, saya sempat lagi jadi bidan terjun buat pelamin bagai…kekeke. Ala, simple jer., gunakan saja bahan yang ada. Esoknya pagi2 pergi amik barang hantaran yang di tempah dari jiran, temankan adik dia jadik runner sekejap…agak penat jugakla. Nak cerita panjang2 pun penat taip, baik tak payah kan kan kan.

Then pulang ke rumah, adik saya yang bercuti seminggu telah diserang jangkitan batuk, dan tidak lama kemudian jangkitan itu mula menyerang saya pula. Saya di serang batuk yang amat dasat sehingga mengeluarkan suara seperti T-Rex. T-Rex bila dengar pun akan malu dengan saya…hahaha. 2 kali pergi klinik, kali ke dua berurusan dengan doktor hensem, malu ai…kekeke. Namun, kehensemanmu tidak dapat merawat penyakitku ini wahai doktor! Walaupun 3 botol ubat batuk telah di gogok, namun tiada memberi kesan langsung. Lama-lama, saya sudah ketagih dengan itu ubat batuk, kekeke.

Dalam batuk2 yang kronik pun, kami bertiga sempat merantau ke Teluk Anson. Sepupu lelaki saya bertunang. Tema hijau…tapi ai takde baju hijau la. Takpelah, masa tema biru hari tu pun ai tak pakai baju biru. Tak tolong apa sangatlah, hantaran semua dah siap. Masak pun macam golongan macik2 je, ai jadik segan…tolong yang mana-mana patut je lah. Lagipun keBATUKan saya memang sangat-sangat mengganggu urusan harian. Di tambah pula dengan suara T-Rex lagik! Hadoi!

Pulang sahaja kami dari Teluk Anson, makcik saya pula menziarahi rumah. Dah lama makcik saya kesini. Berjalan berdua dengan anak perempuannya. Mungkin membawa hati, hai entahlah. Kalau fikir…memang seriau nak kahwin weh! Saya tak cuti time tu, maka hanya dapat membawa ke shopping complex yang terdekat dengan rumah. Kalau time cuti, harus ku bawa ke KLCC, anak perempuan dia nak sangat ke sana. Tapi takpe, lain kali kalau ada rezeki kita kesana ye dik!

Dalam pada makcik saya ada di rumah tu, makcik saya yang bongsu telefon. Mengoffer saya ke Langkawi selama empat hari. Nak di jadikan cerita, memang tarikh yang tersebut adalah tarikh saya bercuti dan tiada apa-apa perancangan. Kalau Tuhan dah tentukan rezeki, memang dapatlah kan! So minggu terakhir 2010 saya adalah di Langkawi, sepanjang Malaysia dan Indonesia berebutkan bola dan Piala, diri ini berada di Langkawi bersama makcik-makcik yang menahan napsu membeli belah pinggan mangkuk periuk belanga…hahaha…sangat meriah bersama mereka. Saya? Saya hanya borong coklat saja…kikiki.


Ok, itulah sahaja alasan saya yang pemalas mengupdate blog ini… boleh terima tak? Boleh kan kan kan? Hihihi…peace!


*p/s: saya memang ramai makcik dan kazen, adik-beradik mak saya je 10 orang okeh…bayangkan sendiri!

Selamat Tahun 2011

fuh fuh fuh... uhuk! uhuk! uhuk! berabuk dah blog nie...
belum terlambat kan saya nak wish happy new year...

*pesanan untuk diri sendiri, good luck for this year girl dan semoga bertemu jodoh!...hihihi