Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Thursday, July 15, 2010

Miskin atau Kaya?


Suatu ketika dahulu saya pernah terbaca forum ini dan membuatkan saya terfikir dengan sangat2 mendalam. Forum berkaitan Skim Subsidi Minyak. Berikut adalah pandangan seorang forummer ber nick name private_eye217

Salah satu perkara bread and butter dalam Belanjawan 2010 adalah, penstrukturan semula skim subsidi minyak.Antara perkara yang banyak dipersoalkan adalah, pengguna Merc-edes pun membayar harga minyak yang sama dengan pengguna Kanc-il. Sedangkan yang pakai Kanc itu majoritinya bukanlah berduit macam pengguna Merc pun.Subsidi petrol ini merupakan satu perkara yang rumit. Tak beri salah, beri pun salah.

Pada saya, apa yang kerajaan patut buat adalah, fokus kepada perkara yang boleh mereka kawal. Jangan fokus kepada perkara yang mereka tidak boleh kawal.Misalnya, turun naik harga minyak dalam pasaran terbuka, bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh kerajaan. Walaupun Malaysia pengeluar minyak, tetapi negara anggota OPEC adalah lebih berkuasa dari Malaysia. Jadi, harga minyak bukan perkara yang patut kerajaan fokus.Tetapi kerajaan boleh mengawal infrakstruktur kemudahan awam, kerajaan boleh mengawal cukai kereta, kerajaan boleh mengawal tol di lebuhraya.

Kerajaan sepatutnya memikirkan, sekiranya minyak terpaksa dijual RM 180 / liter , rakyat mempunyai lebih dari satu pilihan pengangkutan untuk meneruskan urusan sehari-hari. Bagaimana kualiti jalan di Malaysia?Bagaiamana kualiti bas awam ?Bagaiamana kualiti teksi ?Bagaimana kualiti ERL, Star, Putra dan KTM komuter ?Bagaimana rakyat boleh tidak terbeban dari cukai berlebihan dalam industri jual beli kereta ?Bagaimana tol boleh dihapuskan ?

Masalahnya sekarang, kita tidak punya banyak pilihan. Harga minyak melambung. Tetapi pengangkutan awam yang sedia ada tidak mampu menyelesaikan masalah. Sudah lah kos tol, pembelian kereta di Malaysia sudah sedia terbeban, ditambah pula dengan kenaikan petrol, maka sudah tentu lah rakyat marah.

Bagi saya, selagi mana infrastruktur pengangkutan awam ini tidak dibaiki dahulu, buatlah apa pun dengan struktur subsidi minyak, ia tidak banyak membantu, lebih-lebih lagi kalau anda tergolong dalam golongan middle-class. Anda perlu memilih untuk menjadi orang miskin, atau orang yang kaya.Sistem sedia ada hari ini adalah kerajaan perlu membantu orang miskin dan orang kaya, dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap middle-class.Contoh dalam Belanjawan 2010 :

Orang miskin tidak pakai kredit kad. Orang middle-class banyak pakai kredit kad. Orang kaya, mengeluarkan kredit kad. Siapa yang kena cukai perkhidmatan RM 50?Orang miskin tidak bayar cukai pendapatan.

Orang middle-class kena bayar cukai pendapatan sampai 26%. Orang kaya, dapat banyak pengecualian cukai, dan bantuan dalam bentuk projek kerajaan.

Orang miskin tidak pakai broadband yang hampeh tu. Orang middle-class yang banyak pakai broadband yang hampeh tu, dan diberi rebat cukai sebanyak RM 500. Dan orang kaya dapat menikmati dahulu peruntukan RM 11.3 bilion untuk projek High Speed Broadband.

Orang miskin tidak pakai komputer. Orang middle-class pakai komputer. Orang kaya jual komputer. Dan penjawat awam dibenarkan untuk buat pinjaman dengan kerajaan 3 tahun sekali untuk beli komputer dari tauke-tauke komputer ni.

Orang miskin tidak beli Sukuk 1Malaysia. Orang middle-class akan banyak beli Sukuk 1Malaysia. Dan orang kaya yang mendapat manfaat terlebih dahulu dari RM 3 bilion yang bakal dikutip dari Sukuk 1Malaysia. Orang middle class cuma dapat 5% setahun.

Orang miskin tidak punya KWSP. Orang middle-class semua ada KWSP. Tapi orang middle-class cuma dapat kira-kira 4.5% sahaja setahun. Tetapi orang kaya yang uruskan dana-dana KWSP dapat imbuhan yang lebih dari pencarum itu sendiri, tengok sahajalah ValueCap Sdn Bhd, senang-senang pinjam RM 5 bilion. Kita nak keluarkan duit KWSP sendiri pun susah.

Ya, dalam Belanjawan 2010 kali ini ada disebut pasal meningkatkan kemudahan awam. Tetapi saya fikir, ia sudah disebut dari dulu sampailah sekarang. Tetapi bila berlaku kenaikan harga minyak, kebanyakan kita masih belum boleh lagi meninggalkan kereta di rumah dan memilih untuk menaiki kenderaan awam bukan ?

Eydana: Jangan nanti sampai orang miskin ke rumah orang kaya mengacukan parang!

Wednesday, July 14, 2010

From Beginning To End - Ryu


You will never come back to me
And if you really cannot come back
So, please stop doing so
You are not making me ease like this

If I cannot see you again
Thus, I really wanna forget
All about you that hold me

Whenever I wanna laugh, you make me cry
You kept me from doing even one thing as I want
Whenever I miss you, I break down like this
Even though I try to forget, I cannot do it..

I didn't realize loving one is so hard like this

Tuesday, July 13, 2010

ajunshi?



Sesambil saya membuat kerja yang tak sudah2 di opis dan system yang amatlah lembap sangat, saya bacalah apa2 yang patut. tetiba saya terbaca forum ini...untuk memendekkan cerita, mari dengar saya buat rumusan tentangnya...

okeh, cerita bermula begini. ada sorang forummer ni bertanya...dia berumur 22 tahun dan emaknya suruh dia berkenalan dengan seorang lelaki berumur 47 tahun...wah beza 25 tahun kotttt! mak dia tak paksa pun cuma dia ingin minta pendapat forumer2 lain tentangnya...pastu, forum pun berjalan seperti biasa dengan jayanya...sampailah ke pendapat forummer sorang nih yang bernama potpetpotpet...dengarkan katanya...

Kadang-kadang orang Melayu ini suka duduk pada dua side yang ekstrim. Ini bukan perkara baru dan bukan sekedar hal ehwal nikah kahwin bahkan dalam banyak segi dan banyak perkara!

1) Golongan ekstrim pertama terlalu banyak fikir terutamanya apabila berhadapan dengan risiko! Terlalu berhati-hati pada kadar yang sangat berlebih-lebihan sehinggakan seolah-olahnya terlalu sukar untuk bergerak ke mana-mana! Suka tengok orang lain dahulu sehinggakan orang lain sudah maju di hadapan barulah kita terhingut-hinggut untuk mengengsut menuruti jejak langkah mereka yang sudah berlari sepantas ribut!

Dulu-dulu orang Melayu begitu sukar dan keberatan untuk meninggalkan pangkuan ibu dan kampong halaman. Kebanyakannya suka duduk terperok macam katak dalam tempurung. Untuk hijrah ke bandar apatah lagi ke negeri orang menguja dan menguji nasib dan bakat adalah suatu yang sangat-sangat berisiko! Kononnya sakit pening biarlah di pangkuan keluarga! Hujan emas di negeri orang lebih baik hujan lembing di negeri sendiri!

Selepas itu orang Melayu mula kerja dalam Kerajaan! Bukan main takut untuk bekerja di bidang swasta! Masuk berniaga macam seolah-olahnya berdiri di hujung tanduk! Tetapi kemudiannya cemburu pula bila melihat orang-orang pendatang maju dan berjaya dalam bidang swasta dan perniagaan! Melayu tidak fikir orang-orang pendatang di bidang swasta dan perniagaan itu sudah banyak menderita jatuh dan bangun terduduk dan terbongkang dan berjuang untuk bangun dan terus bangun!Ketakutan minda yang sedemikian tergambar dalam urusan nikah kahwin sekarang ini!

Nikah kahwin ini adalah proses hidup! Sunnah yang perlu kita jalani! Buat seberapa yang baik! Isteri biar jadi isteri solehah dan suami biar jadi suami soleh! Be the best! Kalau gagal maka itu proses hidup yang biasa! Tidak perlu kita tangkap leleh main seruling bambu tepi simpang atau buat sajak melankolik dan bersenandung duka ketika malam bulan purnama! Take as it is! Gagal dalam rumah tangga maka bina yang baru dengan tekad yang updated azam yang upgraded!

Just persis seperti lapangan kerjaya!Lihatlah golongan karyawan wanita! Mereka bukan tidak bijak! Ramai ada kelulusan baik ada degree dan ada yang master atau PhD! Terlau fikir dan fikir tentag image tentang prinsip tentang risiko tentang cinta tentang impiana tentang sekufu sedangkan umur terus meningkat dan meningkat dan tidak akan menurun! Last-last mendapati diri di pingiran usia dan menjamah tua! Kahwin just seperi berkaryawan! Kalau gagal dan tidak perform! Cari lain yang lebih sesuai di mana kita boleh perform dengan cemerlang! That's all! Ini tidak begitu! Kebanyakannya terlalu ambil kira masalah-masalah titik bengik segi luaran dari sudut paras rupa, kedudukan, pangkat, harta, umur, teruna, duda, muda, tua dan seribu satu hambatan dan halangan! Ish .. tidak praktikal langsung!

Perkara yang sama pun terjadi kepada yang lelaki! Dua kali lima sepuloh! Tengok saja si wanita adalah executive tinggi di astu jabatan sedangkan dia hanya seorang kerani; terus takut macam berhadapan dengan Nenek Kebayan! Akibatnya ramailah gologan wanita karyawan yang terbiar tidak ada sesiapa yang berani dekati! Dekat tempat kerja Potetpotpet sudah ada sekitar sedozen karyawan wanita yang belum bertemu jodoh! Benarlah jodoh dalam ketentuan Allah SWT tetapi siapa yang tahu suratan jodoh yang tertulis dalam buku ketetapan Dia?Masing-masing perlu pasangan! Pasangan adalah keperluan naluri manusia! As long as kita boleh get along dengan pasangan kita untuk menjalani hidup sampai Allowh SWT panggil balik maka itu sudah mencukupi!

2) Golongan ekstrim kedua bertindak dengan keterlaluan tanpa berfikir! Main tiru sahaja! Main buat sahaja! Manakala yang ditiru dan di buat hanyalah perkara-perkara lagho yang sebenarnya hanya kelihatan glamour di luar tetapi kosong di dalam!

Dulu datang sahaja seorang Hippies! Ramailah Melayu jadi Hippies yang lebih Hippies dari Hippies Amerika! Tengok seorang dari barat pakai sejenis fesyen pakaian maka satu dunia Melayu heboh dengan fesyen tersebut! Lihat seorang penyanyi barat terlonjak-lonjak maka semua pentas di Malaysia dipenuhi dengan golongan yang melonjak-lonjak! Ada seorang barat buat fesyen Mohican atau Apachi maka ramai anak muda sudah kelihatan macam Red Indian! Lihat orang barat buat gambar XXX maka Melayu pun ingin tunjuk bakat jadi pelakon XXX! Tengok gaya Consultant barat maka kita pun tiru gaya consultant tersebut tanpa ambil kira ilmu dan kemahiran yang ada pada mereka!

Barulah sedeked dua ini ada segolongan Melayu yang cuba mengatasi dilema ini. Ambil yang baik dari barat dan dari timur dan kekalkan apa yang baik dan positif yang ada pada Melayu! Ini baru cerita bab Melayu! Jika cerita bab Islam lagi kita patah hati!Bab nikah kahwin di barat itu pun bukan menjadikan perkara tetek bengik sebagai halangan! Pergilah tengok sendiri dengan biji mata kita! Ramai kalangan orang-orang barat yang muda muda trang tang tang tapi menikah dengan orang tua! Tidak pula si muda rasa malu berkepit dengan pasangannya yang sudah kelihatan seperti datuknya! Dia boleh kenalkan kepada kita bahawa lelaki tersebut adalah Sam suaminya! Tidak kurang juga pemudanya yang menikah dengan wanita sebaya ibunya dan dia boleh kata kepada kita dengan bangga bahawa yang disisinya itu adalah Sarah isteri kesayangannya!

Haiiiiii .. Potpetotpet sudah kata dalam Islam sikit tidak timbul masalah umur sebagai halangan dan tua muda menjadi ukuran! Issue sekufu itu pun hanya timbul dalam kes adanya penolakan sesuatu pihak yang akan dinikahkan tanpa restu yang empunya diri dan bukannya dalam semua kes nikah kahwin secara general! Tolooonglah fahamkan bab munakahat dalam Buku Fiqah tu!

Jodoh, pertemuan, keberkekalannya, kebahagiannya dan permasalahannya semua dalam ketentuan Allah SWT! Kita usahalah untuk perform yang terbaik sama ada sebagai suami atau sebagai isteri once kita sudah nikah! Namun jika belum nikah maka kita tetap belum nikah dan tidak ada satu part pun dalam kehidupan rumah tangga yang dapat kita buktikan setakat mana kecemerlangan performace kita! Rasul kata itu sunnah dia yang perlu kita ikuti dengan baik (bukan dengan cincai-cincai)! Lelaki yang paling baik adalah yang setiasa berbuat baik terutamanya kepada isterinya! Isteri yang baik pula adalah isteri yang taat kepada suami dalam perkara-perkara yang diharuskan si suami membuat ketetapan atau keputusan! Setiap pihak buatlah yang the best!

Pot pet pot pet pot pet pot pet .. macam nenek tua .. itu sebab nick pun Potpetpotpet!Warga MDC lelaki .. jom solat Jumaat!

Eydana: Haaa! Hamek kau! Kena kaw-kaw punya!
Image edited from google

Wednesday, July 07, 2010

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?

Alhamdulillah…kenyang. Selesai sudah hidangan menu saya pada tengah hari ini, soto nasi. Kerana sudah jemu dengan makanan yang berlemak dan berminyak, saya memilih sesuatu yang lebih simple hari ini. Alhamdulillah, ia amat mengeyangkan saya dan saya bersyukur.

Bersyukur dengan rezeki yang kita ada adalah satu simbolik ketaatan kita pada Tuhan, ertinya, kita berterima kasih dengan apa yang Tuhan beri pada kita. Tuhan itu maha pemurah, rezekinya melimpah ruah. Kata orang, rezeki ada di mana-mana. Ya betul, saya sokong dengan kenyataan itu, tapi yang penting, kita mesti sentiasa berusaha untuk mencari rezeki.

And We shaded you with clouds and sent down to you manna and quails, [saying], "Eat from the good things with which We have provided you." And they wronged Us not - but they were [only] wronging themselves. (Al-baqarah: 57)

Manna: makanan manis sebagai madu
Quails/Salwa: burung sebangsa puyuh

Makanlah mengikut apa yang tubuh badan kita perlukan. Bukannya makan untuk merosakkan dan juga bukan makan secara berlebihan. Tiba-tiba saya teringat sewaktu sekolah dulu saya pernah belajar rantai makanan dalam matapelajaran sains kalau tak silap saya la kan. Contohnya begini. Matahari mengeluarkan cahaya dan menghasilkan tenaga, kemudian tumbuhan menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenaga, binatang herbivor seperti pepijat memakan tumbuhan seperti rumput untuk mendapatkan tenaga, kemudian binatang omnivor ataupun karnivor seperti ayam memakan haiwan seperti pepijat untuk mendapatkan tenaga, kemudian manusia juga termasuk di dalam rantai makanan ini iaitu memakan ayam untuk mendapatkan tenaga. (teringat pula pada lagu…bangau oh bangau!...hahahaha)
Okey

Okey

Maka, makanan yang kita makan adalah untuk medapatkan tenaga dan tubuh yang sihat. Janganlah pula kerana mahu sihat, kita menggalakkan pembaziran pula. Nanti menjadi terlampau sihat pula. Makanlah dengan cara yang sederhana. Elakkanlah pembaziran kerana itu adalah ajaran syaitan. Okeh, mari kita fikir begini, bila kita membazir, maka kita telah mengambil tenaga secara berlebihan . Tak kira la samada kita makan atau tak, sumbernya adalah dari tenaga yang sama jugak kan?...hehehe..ini dari pemikiran saya sendiri sahaja.
Tetapi kalau di fikir secara logiknya, pembaziran itu adalah satu kesalahan kerana kita akan terbiasa untuk tidak menghargai makanan yang ada. Senang cerita, macam ni la, selalunya manusia tidak menghargai sesuatu yang banyak, tetapi terlalu menghargai bila ia hanya sedikit. Jadi, bukan soal banyak atau sedikit makanan yang kita ada, tetapi sikap kita samaada kita menggunakan makanan itu untuk mendapatkan tenaga atau sebaliknya hanya memuaskan nafsu sahaja.

O mankind, eat from whatever is on earth [that is] lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy. (Al-baqarah: 57)

Tubuh yang sihat dan tenaga yang banyak harus digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mendekati diri dengan Pencipta kita sendiri. Jadi, marilah kita memakan makanan yang halal, baik dan sihat, lagi menyihatkan!

berhutang kasih sayang


Tiba-tiba saya jadi sentimental hari ini. (haha bukan memang hari-hari sentimental ke kuikuikui!)

Okay


Okay

Benda yang saya nak cerita ialah ini. Orang tua. Saya tak pernah pergi atau sekali pun menjenguk ke rumah orang-orang tua. Dulu, semasa saya kecil, saya pernah terfikir untuk menjenguk ke sana, berkongsi cerita, memberikan kasih sayang, berkorban masa lapang saya untuk mereka. Tapikan, itu hanyalah angan-angan semasa kecil saya yang sangat-sangat ambitious.

Sampai ke hari ini, saya tak pernah pun menjejakkan kaki ke rumah orang-orang tua. Jangan tanya saya kenapa, sebab saya tak tahu pun jawapannya. Jangankan menjejakkan kaki, memberi sumbangan wang ringgit pun boleh di katakan tidak pernah langsung. Tiba-tiba saya terasa yang diri saya terlalu sangat zalim. Walaupun mereka itu bukan ibu bapa saya, tapi saya berasa sangat bertanggungjawab kepada mereka. Mereka perlukan kasih sayang dan perhatian. Hanya itu sahaja mereka harapkan sementara mereka masih hidup didalam dunia ini.

Bagi kita yang sentiasa sibuk mencari nafkah, sibuk dengan urusan masing-masing, ketahuilah kamu berhutang kasih sayang dengan mereka di luar sana. Jangan nanti sampai ajal mereka, kamu tak sempat melunaskan hutang kamu, dan kamu perlu menjawab di depan Allah pula. (Nasihat ini adalah untuk saya sendiri, mungkin kamu yang membaca tidak terlibat, tapi terima kasih kerana membaca)