Email dari seorang teman
SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang
tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.
KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang
banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn
adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.
MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau
Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak
tahu, aku lagi la tak tahu".
DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana
telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di
pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh
Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen
Wednesday, December 09, 2009
For a good laugh, enjoy !
Mail from one of my friend
WIFE VS. HUSBAND
A couple drove down a country road for several miles, not saying a word. An earlier discussion had led to an argument and neither of them wanted to concede their position. As they passed a barnyard of mules, goats, and cows, the husband asked sarcastically, "Relatives of yours?" "Yep," the wife replied, "in-laws."
W O R D S
A husband read an article to his wife about how many words women use a day... 30,000 to a man's 15,000. The wife replied, "The reason has to be because we have to repeat everything to men... The husband then turned to his wife and asked, "What?"
CREATION
A man said to his wife one day, "I don't know how you can be so stupid and so beautiful all at the same time." The wife responded, "Allow me to explain . God made me beautiful so you would be attracted to me; God made me stupid so I would be attracted to you!"
THE SILENT TREATMENT
A man and his wife were having some problems at home and were giving each other the silent treatment. Suddenly, the man realized that the next day, he would need his wife to wake him at 5:00 AM for an early morning business flight. Not wanting to be the first to break the silence (and LOSE), he wrote on a piece of paper, "Please wake me at 5:00 AM ." He left it where he knew she would find it. The next morning, the man woke up, only to discover it was 9:00 AM and he had missed his flight. Furious, he was about to go and see why his wife hadn't wakened him, when he noticed a piece of paper by the bed. The paper said, "It is 5:00 AM . Wake up."
Men are not equipped for these kinds of contests. God may have created man before woman, but there is always a rough draft before the masterpiece.
SEND THIS TO SMART WOMEN WHO NEED A LAUGH AND TO MEN YOU THINK CAN HANDLE IT !

Peringatan buat saya
Sekadar berkongsi...email yang pernah saya forwardkan pada kawan-kawan suatu ketika dahulu...
Kematian tidak mengira umur dan jantina, bila-bila masa saja, di mana-mana saja, samada kita bersedia atau tidak. Persoalanya, bersediakah kita? Yakinkah kita dengan semua amalan-amalan kita? Hmm…Tak sangka pula tiba-tiba tangan saya rajin untuk menaip dan memberikan pendapat saya. Jangan bimbang, pastinya saya tidak akan mencuri masa kerja saya. Saya bukannya seorang yang sempurna, cuma ingin berkongsi pendapat dan pengalaman yang tidak seberapa.
Saya ulangi, email ini adalah untuk peringatan diri saya juga. Berapa ramai antara kita setiap saat mengingati Allah? Dari kita bangun tidur seawal pagi sehinggalah kita tidur semula pada malamnya. Adakah hanya waktu kita solat sahaja kita ingat pada Allah? Jadi bagaimana pula agaknya orang-orang yang tidak solat? Nauzubillah, moga tidak terjadi pada saya dan di kalangan teman-teman saya ini.
Kalau kita renungkan, sesibuk mana pun kita, sebenarnya kita ada banyak masa untuk mengumpulkan pahala, maksudnya persediaan kealam barzakh, kerana kita tidak mahu menjadi manusia di siksa azab kubur dan api neraka. Cara yang paling mudah ialah niatkan semua yang kita lakukan kerana Allah s.w.t. tidak kiralah kemana kita pergi, apa yang kita lakukan, jua dengan siapa kita berkawan. Selagi kita melakukan pekerjaan itu dan tidak di murkai Allah, selagi itulah tabung pahala akan penuh seakan air hujan yang deras mengisi tempayan yang kosong. Formulanya mudah, saya yakin, orang yang sentiasa mengingati Allah, Allah pasti akan sentiasa mengingatinya. Org yang jauh dari Allah pasti Allah merasa jauh dengannya. As simple as that.Tapi AWAS! Syaitan dan iblis takkan pernah mengaku kalah dengan mudah. Selagi dunia belum hancur, selagi itulah dia sedaya upaya menyesatkan manusia.
Tiba-tiba saya teringat pada satu slot rancangan di astro beberapa hari lepas, saya kurang pasti hari apa dan pukul berapa…yang saya pasti waktunya malam dan saya kepenatan pulang dari kerja dan mata pun hampir layu…nak tidur lah tu.hehe… slot mistik ini berkenaan dengan seorang wanita yang disihirkan oleh seorang bomoh untuk di kafirkan atas sebab-sebab tertentu. Sesi yang membuat saya teruja ialah sesi seorang ustaz yang mengubat wanita itu berdialog dengan Iblis. Bila ustaz itu mengatakan Allah Maha Besar dan Berkuasa, Iblis mengakuinya. Saya kurang pasti butir bicaranya, yang jelas Iblis (Azazil)tidak puas hati dengan manusia kerana dia telah menjadi makhluk Allah pertama yang dikeluarkan dari syurga disebabkan keengganannya menyembah Nabi Adam (MANUSIA PERTAMA CIPTAAN ALLAH). TERNYATA,TERBUKTI dan JELAS saya dengar pengakuan Azazil sendiri, IBLIS adalah MUSUH kita. Tak perlu penyampaian dari buku, mulut atau email orang lain.
Panjang pulak email nie…sesiapa yang sudah malas meneruskan bacaan, simpan sahajalah email ini…esok-esok kalau teringin, buka balik. Tak pun, pada sesiapa yang rasa saya merepek, delete je terus, tiada siapa yang akan marah. Dipendekkan cerita, saya bagi soalan pembaca pikir la sendiri. Fikirlah dengan hati yang ikhlas, tak perlu bagi jawapannya pada saya.
1.Berapa ramai dari kita yang solat seawal masuk waktu?
2.Berapa ramai dari kita yang berazam bangun sebelum subuh setiap hari ataupun bangun di sebabkan azan subuh, bukan sebab alarm clock handphone?
3.Berapa ramai antara kita yang solat berjemaah setiap waktu?
4.Berapa ramai yang rasa pakai tudung tu bergantung dengan niat berbanding kewajipan?
5.Berapa ramai orang rasa buat haji tu untuk orang tua sahaja dan bukannya rukun Islam yang yang ke 5 (tidak kira umur asalkan sudah cukup syarat)?
6.Berapa ramai orang yang sudah kita dakwahkan pada Islam?
7.Berapa ramai yang setiap hari berangan-angan dan bercita-cita ingin bertemu Rasulullah?
8.Berapa ramai dari kita buka internet untuk tengok hal ehwal agama?
9.Berapa ramai dari kita yang tidur dalam keadaan berwudhu?
10.Berapa ramai dari kita berniatkan hidup kita untuk berdakwah?
Kalau kita fikirkan betul-betul,memang banyak pahala2 kita yang terlepas. Perkara-perkara sebegini memang kita tak rasa nampak…tapi cubalah kita bayangkan kalau kita buat perkara-perkara ni setiap hari, adakah tabung pahala kita akan sama seperti sekarang? Tepuk dada tanya iman…habis sudah…terima kasih kerana membaca. Email ni bukan untuk menyindir sesiapa, hayatilah ia untuk menginsafi kejadian diri termasuklah diri saya sendiri. ^,_,^

Mencari Nur Kasih Allah
Aku juga menyukai jalan cerita ini, garapannya, nilainya...mungkin ada scene-scene yang kurang sempurna, mungkin ada yang perlu di perbaiki. Aku tidak melihat pada siapa yang melakonkannya, namun aku punya harapan agar pada siapa yang menonton, cerita ini dapat di jadikan teladan, inspirasi atau apa sahaja yang dapat merubah kita ke arah kebaikan dan mendekati Allah swt...mungkin juga pelakonnya atau siapa sahaja...Ameen.
Terima kasih pada yang menulis, izinkan saya berkongsi dengan yang lain...
Nur Kasih, Mencari Diri
ditulis oleh : ZaffanKhalid
editor : NuurZaffan
“Cikgu, jangan buat BBQ hari Jumaat malam. Kami nak tengok Nur Kasih....”, emak mengajuk kata-kata anak muridnya. Pelajar darjah enam.
Tergelak kami mendengarkannya. Namun, hati terdetik, apakah agaknya yang dipelajari oleh anak-anak berusia 12 tahun?
Tidak dinafikan Nur Kasih mempunyai aura tersendiri dalam masyarakat. Saya sendiri jatuh cinta. Cinematography yang mempesona! MasyaAllah.
Tatkala Facebook dihujani kuiz-kuiz untuk melihat apakah watak Nur Kasih yang sesuai dengan diri, apakah kita benar-benar `melihat` mesej untuk dihayati?
Perihal Anak Muda
"Kalau saya jadi Sarah, saya pun akan jadi seperti itu”, komen adik di sebelah.Saya kurang memahami. ”Seperti yang bagaimana?”.”Lihatlah cara ibu bapa mereka melayan Sarah dan kakaknya. Jauh berbeza”, komen yang lahir dari hati seorang anak muda.”Ye tak ye juga”, hati kecil saya mengakui.Jika saya membuat bancian, pasti ramai yang amat tidak menyukai watak Sarah. Tidak terkecuali watak Adam di awal cerita. Geram, marah, benci! Jauh berbeza dengan watak Aidil dan Nur Amina.Ironinya, Sarah dan Adam dibesarkan dalam sebuah keluarga berpendidikan agama. Namun, seperti lirik lagu, iman tidak dapat diwarisi.Terdapat beberapa persamaan antara watak Adam dan Sarah yang berperang dengan jiwa muda. Sifat terburu-buru, tidak sabar. Sifat melawan, tidak mahu mendengar kata. Sekalipun ibu bapa telah berusaha dan berdoa, sikap mereka tidak bertukar.
Paradigma Uda dan Dara
"Adam jahat! Adam anak setan!”, kata-kata Adam sewaktu kecil yang menempah tamparan daripada Mak Jah.Begitulah paradigma yang terbentuk dalam diri Adam. Dia seorang yang jahat. Lebih-lebih lagi apabila Ustaz dan Mak Jah mendidik Adam dengan kekerasan. Mereka sendiri mengakuinya tatkala berbicara di kamar tidur.”Mungkin cara didikan kita pada Adam silap. Selalu sangat dipukul. Jadi bebal anak tu”, luah Mak Jah, naluri seorang ibu berbicara.Sekalipun Adam kelihatan `jahat`, masih terselit ketaatannya pada ibu bapa.Ketika Ustaz sakit, Adam tetap pulang selepas dipujuk Aidil. Selain itu, niat Adam untuk pulang segera ke Australia dibatalkan apabila Ustaz jatuh sakit sekali lagi. Babak di kampung diakhiri dengan Adam mengikut kehendak bapanya, berkahwin dengan Nur (kisah dia mengabaikan Nur satu perkara lain).Berbeza dengan watak Sarah. Salah satu paradigma Sarah ialah mabuk bercinta tidak berbalas. Cinta buta. Selepas berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta, barulah Sarah tersedar, ”Buruk sangat ke Sarah mak?”, tanya Sarah pada diri sendiri sebenarnya. Pertanyaan ketika di episod akhir.Kata orang, hendak dijadikan cerita. Kata saya, lihatlah, penulis tidak menjadikan cerita sia-sia!
Menganjak Paradigma
Bayangkan watak Adam dan Sarah, paradigma mereka telah terbentuk hampir 20 tahun. Maka, untuk mengubah paradigma mereka ke arah yang positif, tentunya mengambil masa yang lama. Paradigma tidak berubah sekelip mata. Dengan izin Allah jua.Paradigma seseorang terbentuk sejak lahir. Banyak faktor yang mempengaruhi lalu membentuk persepsi. Ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran dan media antara faktor yang menyumbang.Menariknya, anjakan paradigma Adam dan Sarah bermula dengan ujian. Ujian terus dari Allah swt. Adam kehilangan anak sulungnya bersama Katrina. Kemudiannya Adam dipenjara. Sarah pula ditimpa kemalangan merempuh cermin.Hidayah itu datang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada individu melihatnya dengan mata hati. Hidayah melalui pencarian. Hidayah melalui ujian!
Pencarian Diri Bermula
Ujian yang menimpa Adam dan Sarah merupakan faktor luaran, sesuai sebagai permulaan untuk menganjak paradigma. Namun, tidak menjamin usaha untuk terus mengubah diri ke arah kebaikan. Jelas mesejnya bahawa untuk berubah, bergantung kepada individu. Adam dan Sarah perlu mencari selepas mereka di uji!Pencarian diri Adam diceritakan dengan panjang lebar berbanding Sarah yang `insaf` dihujung cerita.Secara umumnya, pencarian Adam mengenal diri dan Islam perlu dimulakan dengan diri sendiri walau penuh rintangan. Usaha dimulakan sedikit demi sedikit, syaratnya istiqamah.Adam memulakan pencarian tanpa bantuan abangnya Aidil. Bahkan, Adam menyedari, dia bertanggungjawab untuk mendidik Katrina, dirinya perlu berubah dahulu. Selain rintangan dari dalam diri, Adam perlu berhadapan dengan Katrina yang terkejut dengan perubahannya. Begitulah pencarian Adam bermula. Sunnah orang berjuang. Berjuang menentang diri sendiri. Berjuang menempuh rintangan.Namun, Adam berusaha sedikit demi sedikit. Asalkan istiqamah. Sekali-sekala Adam terbabas. Katrina menjadi mangsa `kekasarannya`. Nama pun terbabas, segalanya pulih bahkan bertambah baik apabila Adam menyedari kelemahannya. Kembali ke atas track sebenar.

Membentuk Diri
Setelah beberapa ketika mencari diri dan dalam masa yang sama cuba mengubahnya, sampailah ke satu tahap, Adam mampu untuk membetulkan kesilapan lamanya. Kesilapannya terhadap Nur Amina. Kesilapan terhadap ibu, ayah serta abangnya.Tanpa ujian sebagai permulaan, tanpa pencarian diri dan Islam, sukar buat Adam untuk menjatuhkan ego sendiri bagi membentuk diri ke arah yang lebih baik. Malah, membaiki kesilapan lalu. Sukar.Perubahan diri Adam berperingkat-peringkat. Adam tidak menjadi anak serta suami yang soleh sekelip mata. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada izin Allah jua. Namun, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Bahkan Allah lah yang paling dekat tatkala hambaNya memohon padaNya. Cuma, hamba ini yang alpa berusaha. Astaghfirullah!Walaupun pada awalnya kaki Adam tersangkut untuk melangkah bersama ayah dan abangnya ke syurga, dia kemudiannya berusaha. Lalu Allah redha mengizinkan.Sarah pula menjatuhkan egonya apabila benar-benar redha untuk melepaskan Aidil. Aidil yang cukup bertakhta di hatinya sehinggakan lupa bahawa pemilik mutlak hati seorang hamba adalah tuannya, Allah swt.”Kak Nur kahwinlah dengan abang Aidil, Sarah tak kesah”, jelas keikhlasan diwajah Sarah dihujung cerita. Berbeza dengan dirinya yang bermuka-muka pada awalnya. Tanpa dinafikan, yang Maha Mengetahui ikhlas hanyalah Allah swt.
Berapa peratuskah `Sarah` dalam diri kita?
Aplikasi Buat Anak Muda
Mungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz mahupun imam seperti Adam dan Sarah. Namun, jangan kita lupa. Syarat untuk berubah adalah diri sendiri!Apabila balighnya anak Adam itu, maka mereka mampu berfikir. Mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Mampu untuk mencari diri dan Islam.Buangkan tabiat menyalahkan ibu bapa, menuding jadi pada persekitaran dan media. Kita punya kuasa dan kawalan terhadap diri masing-masing. Berperanglah dengan diri sendiri untuk berubah. Berjuanglah walaupun sukar kerana kesukaran itulah sunnah.Apabila wujud kemahuan untuk berubah, jangan mudah menyerah kalah. Membina diri ibarat membina bangunan. Andai tergopoh-gapah dan menggunakan short-cut, alamatnya robohlah. Tidak bertahan lama!Sama-sama kita bersabar, jiwa muda. Selepas membina, cabaran untuk mempertahankannya pula. Mempertahankan iman dan Islam sehinggalah kita mati kelak.
Setiap Manusia Punya Kebaikan
”Sejahat mana pun seorang manusia, dirinya masih punya kebaikan”, tazkirah ayah pada suatu petang.
”Masih ingat cerita seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang? Apabila bertanya kepada seorang ulama`, bagaimanakah dirinya hendak bertaubat. Ulama` itu menjawab, lelaki itu tiada harapan, hanya layak ke neraka.””Maka beranglah lelaki tadi lalu dibunuhnya ulama` itu, mencukupkan 100 orang. Kemudian, lelaki itu berjumpa ulama` yang kedua. Soalan yang sama diajukan. Jawapan berbeza diberikan.””Kamu masih punya harapan untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Taubat nasuha”, begitulah berbezanya jawapan ulama` kedua. Jawapan penuh dengan kasih sayang. Dengan izin Allah jua Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.Lihatlah manusia dengan kasih sayang. Kata orang, ”Hate the sin, not the sinner”.Samada melihat orang disekeliling kita, mahupun kita melihat diri sendiri. Seburuk manapun, setiap diri punya kebaikan di dalam hati. Yakinlah.Ujian datang dan pergi. Mata hati yang celik membuatkan diri mencari. Akhirnya membentuk diri. Sebelum pulang menuju ilahi.Syaratnya diri sendiri!

Mulakan Semula
aku bukan seorang yang pandai mengarang, bukan juga pandai menutur kata-kata kerana aku bukan siapa-siapa. aku manusia biasa yang penuh dengan kelemahan, namun, aku punyai hasrat untuk memperbaiki kelemahan yang aku ada.
sekarang ini, dan di saat ini aku perlukan kekuatan untuk melihat dan merenung kembali kelemahan-kelemahan aku, malah kesilapan-kesilapan yang telah aku lakukan. aku sedang mencari kekuatan-kekuatanku.
aku tidak mahu menjadi insan yang tiada pegangan, tiada arah dan tujuan. aku perlu tingkatkan kesedaran diriku, muhasabah kembali...arus manakah yang telah membawa aku ke jalan yang tiada penghujung ini?
aku terpinga-pinga seperti orang yang baru terhantuk dan terngadah...baru ku sedar. betapa jauhnya arus ini telah membawaku, betapa sukarnya untuk memujuk hati berpatah semula, betapa susahnya aku melawan arus yang sudah semakin deras ini.
aku menangis, betapa ruginya aku selama beberapa tahun ini. lalai dari melaksanakan tanggung jawabku, aku tidak menikmati hidup yang Tuhan berikan padaku seadanya, aku hilang dalam bayang-bayangku, aku tinggal di dalam dunia khayalan yang aku cipta sendiri.
aku buntu untuk memulakan semula semuanya, aku harap aku masih belum terlambat untuk memperbaiki diri, aku harap Tuhan akan menerima taubatku.
aku sedar, Tuhan sentiasa bersamaku.

Subscribe to:
Posts (Atom)