Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Monday, April 25, 2016

Angan tak sudah

Assalamualaikum,

Sihat ke semua?

aku kurang sihat. selsema dan batuk menguasai diri. Air hidung meleleh-leleh macam air paip yang kehausan sesendal. hahaha.

Idea nak update blog pun tak ada. Saja godek-godek gambar dalam folder lama, kot kotla boleh buat wordless monday ke kan... gambar pun takde menarik sangat, dan rasa malas pulak nak transfer gambar dari phone. Sebab gambar dalam phone dah penuh, tak buang-buang lagi gambar yang tak diingini. kalau nak transfer pun buat sakit hati je, sebab bila gambar penuh, folder nak transfer tu cepat hang... ehh.. ehh.. korang faham ke aku cerita apa ni? hahahah

tetiba ada terjumpa gambar gambar kat bawah ni dalam folder lama, maaf gambar ni semua bukan aku punya, aku ambil dari google dand simpan dalam folder sebab aku rasa ia cantik dan menarik dan konon-konon nak buat rumah ala2 gaya macam ni la.



silalah tengok cuci mata...

aku rasa sangat cantik dan sangat tenang kalau aku ada satu bilik yang macam ni.
katil king-kong kot, guling-guling-guling pun belum sampai hujung katil lagi.
tambah-tambah ada ekon, fuhhhhhhh...belum sampai seminit letak kepala, dah tido... kroih-kroih...
yang mahal ialah art tulisan bismillah kat atas kepala katil tu and kaler yang kontra..
.


nak aaarr  satu bilik macam ni...




Gambar balkoni sebuah apertment, kalau rumah aku ada balkoni,
aku ingat boleh la nak buat camni
siap bentang karpet ko, ada bidai penghalang panas lagi.
Senang kalau orang datang nak asap-asap.. hahaha.
aku memang tak suka orang asap, tapi kalau ko nak asap juga,
di persilakan ke balkoni, puntung rokok jangan buang merata ye.
aku hambat ko guna kerusi tu karang.
rasa best pulak ada balkoni camni...
terbayang-banyang kalau buat jamuan raya...
ini tempat orang lelaki berkumpul hahaha





Ruang tamu yang simple. Aku suka simple macam ni. Dinding ada gabungan kaler putih dan
warna lain. Ehhh... apesal asik kaler hijau je hah dari tadi?
Alkisah, masa aku kumpul dan simpan gambar-gambar ni semua, kekonon aku memang nak
cat rumah kaler hijau camni dulu, tah macammana, bila encik suami masuk campur...
dia dah jadi kaler lain dan cat hijau seluruh ruang tamu.ehem... ermmm...hantam sajalah labu.
Lagi satu, kalau ko ada anak kecik, jangan haraplah TV dan benda-benda yang tak sepatutnya
tu berada di bawah. Semua kena lebih dari 1 meter bawah paras kaki.
kalau tak, ko boleh kena histeria sepanjang hari. 




Harap maklum.





Tengok ni, kemas je kan...sejuk je mata memandang, rasa sedap je bermalas-malasan di ditu... .
Aku suka dengan wall dekor kat belakang tu. Rumah aku pun kekonon aku buat camtu jugak 

kat ruang tamu rumah aku, ada wall decor la konon.
tapi...entah kenapa aku rasa macam tak berapa menjadik.
dah nak buat cemana, pasang wall dekor sambil anak mengamuk, dah tak jadik wall dekor,,
jadi wall poco-poco pun ok jugak...hahahhahaahah
Kalau nak di bandingkan dengan rumah aku, jauh panggang dari api.
Lagi satu, sebab lighting juga kot... 




hahahaha ayat nak sedapkan hati




haaa.. ni aku ambil dari blog lipstik merah yana. aku memang dari dulu nak buat cermin macam ni, rasa simple dan tak payah la ko bersusah payah mengangkut cermin besar gabak bagai. 
lagipun cermin jenis macam ni ko boleh beli sikit2, ikut bajet. dan boleh
 angkut sikit-sikit....pastu kalau penat boleh la berehat sekejap.... kan kan kan
kalau buat macam ni, rumah boleh nampak luas, bergantung kepada kekemasan rumah ko jugak la.
kalau rumah ko bersepah, bersepah jugak la yang refleks kat dalam cermin tu.
tapi kat rumah aku dah takde dinding dah nak letak cermin, acaner tu?? eh,,
ermmm lagi satu... yang ini pun kena letak atas dari satu meter dari aras kaki,
kecuali ko rajin nak lap kesan jari-jari comel kat cermin tu. 




kihkihkih.



Ni bilik kerja dan bilik study, siap ada katil lagi ko...penat kerja atau study terus lelap atas katil. takpon ko study atas katil tu... ehhh?


Amacam gaya aku? Minimalis dan simple. bilalah nak beroleh gaya sebegini rupa.

Berangan-berangan dulu,
mana tahu jadi kenyataan...

Friday, April 15, 2016

Kembar


Assalamualaikum,

Salam Jumaat.

Masa aku kecil dulu kalau terbaca pasal kembar mesti aku excited. Selalu tertanya-tanya dalam hati... macammana la perasaan orang dah di lahirkan kembar, mesti seronok. Sebab lahir-lahir je dah ada kawan, mungkin tak susah sangat hidup sebab kat mana-mana pun ada kawan, hatta nak pergi jamban tengah-tengah malam... hahaha... Bila bab kawin pun mesti seronok boleh kawin sama-sama dengan pasangan masing-masing... jimat belanja...hahaha. lagi satu, kalau la aku dijodohkan kahwin dengan kembar, aku nak kena panggil apa pulak dengan kembar suami aku tu...twin-in law ke?... time tu aku budak-budak baru nak up, fikiran masih kolot... kahkahkah

Bila  mula-mula kenal dengan boifren (sekarang suami aku) dia takde pun cerita dia ada kembar. Tapi aku dah tahu dah dia ada kembar melaui cerita dari orang yang memperkenalkan aku dengan dia. Saja aku diamkan, tak nak tanya... nak tunggu biar dia buka mulut sendiri pasal kembar dia. Dia tak pernah cerita langsung sampaila ke hari di mana dia bawa aku ke rumah mak dan ayah dia, iaitu hari raya 2012. Lepas balik dari rumah mak n ayah dia, cerita pasal saiz cincin untuk merisik bagai, pastu dia kata nak bawa aku ke rumah abang dia. Aku pun, ok jom! Masatu aku tak pergi seorang, ditemani oleh adinda tersayang. sayang la sangat...kahkahkah

rumah abang dia takde la jauh sangat dari rumah mak dan ayah dia... ada la dalam 5 minit kot naik kereta... aku dah macam segan gila time tu... adoiii... baru je lepas kena interview dengan mak dan ayah dia... pasni nak kena interview dengan abang dia pulak ke cemana ni? hahaha... mampos aku

masuk-masuk rumah... dia pun perkenalkan, konon macam surprise... this is my twin brother...

aku senyum...dan...

...krik krik krik

...krik krik krik

...krik krik krik

aku tak tahu nak buat reaksi apa... sebab nak kata tak tahu dia ada kembar, aku memang tahu... tapi bukan tahu dari mulut dia sendiri...hahaha

nasib baik kembar dia tahu yang aku agak cam janggal di situ... dia pun jemput kitorang masuk rumah dia makan kueh raya, raya la katakan... hahaha... nasib baik bakal abang ipar aku ni prihatin jugak...(time tu bakal abang ipar la kan... sebeb belum kahwin lagi)

haipp... (bakal) abang ipar aku ni dah kahwin tau, anak tiga... sorry kalau sesiapa nak masuk line. kihkihkih.

Sama tak?
So, bila dah kahwin dengan kembar ni, dapat la aku perati sikit-sikit, apa beza orang yang ada kembar dengan orang yang lahir sorang-sorang. Ni dari pemerhatian aku la, aku tak pernah tanya perasaan laki aku. seronok ke tak? Best ke tak? Semua benda buat sama-sama ke... atau takkk...kalau aku tanya camtu, dia tak jawab dengan jelas, sebabnya dia pun tak berapa jelas dengan perasaan dia sendiri. Camne dia nak bandingkan, sebab dia tak pernah rasa lahir sorang-sorang... kahkahkah... apa aku merepek ni...

1. Tarikh lahir yang sama. sebab mereka tak lahir sorang-sorang. Walau adalakanya  tak sambut sama-sama pun, tarikh lahir tetap sama. At least mesti ada wish each other.
Sambut kat the ship...makan western

Sambut kat Thaharah, Kg Pandan... Makan tom yam

Alalalalalaa... omeynya dua-dua... suap2 pulak


 2. Apa-apa aktiviti pun selalu nak buat sama-sama jugak. Lebih meriah gitu- kalau kembarnya ada sekali...Walau dah beranak pinak sekali pun, ini memang selalu aku perhatikan. Duduk pun nak dekat-dekat juga. hahaha... ni panggil apa heh? Chemistry? kalau selalu jumpa, semangat dia lain macam... Bini, kau dok tepi sket...sobsobsob... sedih...oklah aku kasi can korang hangout...tapi, sila hangkut anak2 sekali... senang bini2 nak bergosip... kahkahkah



I told you before, nak duduk pun kena dekat-dekat
See... punya la banyak member kat belakang tu...
sebelah menyebelah jugak dia duduk


Nak tido pun sebelah-sebelah jugakkkk. Aduhaiii...
Nasib baik bini takde di tempat kejadian... hahah



3. Kahwin tak semestinya sama-sama, tapi, dua-dua happy untuk kebahagiaan masing-masing. kiranya macam ko kahwin 2 kali la... eh... eh... aku cakap macam ko kahwin 2 kali, bukan kahwin dua... amboi-amboi-amboi... kemain


Ni Abang... katanya... 7 tahun sebelum adiknya kahwin

Ni Adik... katanya...kahwin lambat 7 tahun dari abang

Bergambar berdua selepas adik selesai nikah...
see, i told you before... bini2 ketepi, silalah kau  bini bergambar dengan tiang...hahahah

 4. Tak sah kalau majlis keluarga tiada gambar berdua... mesti ada juga gambar berdua, terselit di mana-mana... padahal adik beradik lain pun ramai lagi kan... hahahah


Abang dan adik



Adik, Tunang Adik, Bini Abang dan Abang
Abang, Adik, Bini Adik, Bini Abang dan anak-anak Abang

5. Perasaan dan aura mereka sentiasa kuat dan ada bersama-sama... saling nenyokong antara satu sama lain. Ada di setiap susah dan senang...

tengokah abang pemberi semangat adik, duduk je kat belakang adik dia tu,
dah macam aku kene paksa kahwin 2 pulak... hahaha   ehh

Ini Gambar Paling WIN!!!...
Abang n adik menangis berpelukan. Bini Adik tahan airmata...tak tahu nak buat reaksi apa.

Teringin pulak nak anak kembar. Tapi orang kata, biasanya orang yang kembar ni jarang dapat anak kembar, mungkin tang cucu nanti baru dapat kembar... ermmm takpe, aku percaya pada rezeki Allah bagi. Suami aku yang memang kembar pun mengidam untuk dapat anak kembar. InsyaAllah. Moga Tuhan makbulkan doa kami untuk dapat anak kembar. Ameeen


Happy weekends everyone!
Enjoice!


Saturday, April 09, 2016

Hana penat

Assalamualaikum...

Hari ni ofis mummy ada buat family day. Saja bawa Hana, nak tgk reaksi dia cemana. So far, she is well behave but lasak sangat. Cuma bila dah masuk zon tengahari tu dah macam ermmm.... merengek sikit sebab dah penat + mengantuk.

Below is the summary...

Siap pagi pagi - jalan naik kereta - parking jauh sbb datang dah lambat - nasib baik ada shutter van untuk ke tempat kejadian - sampai tempat kejadian - register - dapat goodies n nombor untuk lucky draw - makan nasi lemak - joget erobik - start jalan dari booth ke booth - hana tengok bunny - main buih sabun - main colour sand - duduk tgk orang karok - main castle angin - makan cotton candy - makan nasi tomato - makan aiskrim - check nombor tak bertuah - ambil gambar kat photo booth - naik shutter van balik ke tempat parking - masuk kereta - hana tido sampai balik. Hana penat!

Hahahha.... nasibla kome bace macam tu ye... ada senggat senggat...malas nak buat ayat... enjoice!


Friday, April 08, 2016

Berdua sejak bila

Assalamualaikum...
Sejak ada Hana dalam hidup aku... setiap kali berblog asik muka dia je memenuhi ruang blog. Betul tak? Okeh... kali ni meh cerita pasal berdua lebih baik. Hihihi... sila jangan muntah.
Saje nak cerita sebab bulan april ni banyak kenangan berdua. Kikiki. Aku dah cakap awal2 tadikan? Sila jangan muntah.
Rasanya kalau sesiapa pernah baca post2 sebelum ni aku tahu kami berkenalan tak la lama sangat sebelum kami buat keputusan untuk sehidup semati... cecececece... ayat ko... ish ish ish.
Di kenalkan oleh saudara mara terdekat. Mula berkenalan 2 April 2012. First met 4th April 2012 dan keluar bersama pada 7th April 2012. Berjumpa hanya beberapa kali sebelum lamaran datang pada hari raya ke 4 2012  iaitu dalam bulan 8 2012. Hahaha... jangan terkejut aku boleh ingat semua tarikh... sebab aku simpan dalam kalendar... hahaha.
Bawah ni gambar masa baru fall in love. Tak pernah ambil gambar berdua. Jarang-jarang berdua lagipun. Sebab belum pasti lagi hala tuju perhubungan... kah kah kah... apebenda yang aku merepek ni.

Bila dah ada lamaran tu, baru nampak sikitla hala tuju perhubungan. Jadi kalau kelauar memangnya tiada benda lain selain buat persiapan untuk pertunangan dan perkahwinan. Pihak lelaki nak bertunang n nikah sekaligus... dalam bulan 2 2013. Aku minta tangguh bulan 3 2016 di sebabkan kebiasaannya kerja aku memerlukan aku lebih fokus dalam bulan 2.

Gambar bawah ni gambar bertunang. Asalnya pihak lelaki nak warna purple... alih-alih tukar kaler biru. Ape pasal tah... hahahaa.. mmg angan angan aku nak kaler biru pun kalau bertunang. Biru putih tu rasa bersih. Barang2 tu semua kami beli sendiri. Hantaran makcik aku buatkan, dia offer free of charge, asalkan aku beli barang je. Asalnya aku nak buat sendiri. Tapi bila orang dah offer nak buat, aku lepas tangan saje lah. Janji cantik di mata aku, okeylah... 9 berbalas 7 dulang. Masa bertunang ni pun belum pernah lagi bergambar berdua. Tu gambar berempat aku crop jadi 2 orang. Kahlahkah...hadam je la ye


Bertunang 8 Mac 2013, jumaat pagi. Pagi la sangat kan. Janji jam 10.00 pagi, tapi pihak lelaki sampai dalam kul sebelas lebih. Kau bayangkan la perasaan kami kat rumah time tu. Adakah aku telah dipermain- mainkan.. kahkahkah...dahla orang lelaki nak pergi sembahyang jumaat pulak lepas tu kan? Kalau dah lambat sangat karang dah tak jadi bertunang lak aku ni karang, terus nikah je... atau cemana ni... gelabah gelabah...

Sebenarnya nak di jadikan cerita... ada roadblock pagi tu... jadi kau tahu jela bila dah konvoi beramai-ramai ni...jammed teruk dan  kereta jadi lambat... dan ada 2 biji kereta rombongan yang sesat. Seb baik time tu aku bijak sikit. Dengan muka tak malu pegi call bakal tunang.. "awak, awak kat mana? " kah kah kah... seb baik dia beri penjelasan sebenar. Kalau dia hilang begitu saja cemana? Disebabkan kalut dgn 2 kereta rombongan yang sesat tu, bakal tunang aku sampai terlupa nak maklumkan dekat orang yang menunggu ketibaan diorang ni. Hahahah. Fiuhhss.... berpeluh juga ketiak time tu.

Oklah... dah terpanjang pulak aku punya cerita ni. Hahahaha... bila aku rajin nanti aku sambung balik cerita ni. Happy weekends. Enjoice!



Tuesday, April 05, 2016

Silat manja ikea dan kasut. Apa kaitan?

Assalamualaikum...

Sambil menyelam minum air... sedang temankan husband berlatih silat. Praktis silat cekak. Aku bab bab silat ni tak pandai sangat. Silat gayung aku tau la. Hari-hari aku silat gayung, sambil mandi.... hahahha. 


Aku sangat banyak kerja di ofis sampai aku tak tahu nak mulakan dengan yang mana satu. Makanya aku amik jalan keluar temankan husband sambil2 hilangkan pening kepala yang berserabut. Takpe... besok aku sambung serabut kepala... hahahha


Ini gambar budak manja. Nama dia Hana. Hana ni manja. Hobi dia menari sambil goyang goyang kepala.... hahahah... sapalah yang ajar ko menari ni nak? Setiap kali nak tido mesti mummy yang kena dodoikan... pokpokpok muntot dia... baru boleh tido... kalau tak.... main je kejenya. Walaupun dah tido, mummy tak boleh bangun dari katil. Pendek kata, marilah mummy tido bersama-sama hana... kalau mummy bangun automatik hana pun bangun dari tido.... sebab bau ketiak mummy dah hilang... hahahaha



Hari ahad entah bila hari tu pergi ikea... saje survey2 barang. First time jejak ikea cheras yang tak sampai 10 minit pun perjalanan dari rumah. Padahal ikea cheras dah masuk 4 bulan kot buka. Kalau ikutkan hati.... semua barang dlm rumah semua nak cap ikea kan... apakan daya bajet ciput. Hahahaha...lagipun barang dah penuh dah... nak sumbat mana lagi... kan best kalau ada rancangan clean house  kat malaysia...hahahaha berangan.... 


Ini kasut aku beli minggu lepas. Cap muaz je. Yang kiri n kanan tu rm 14.90 je dan yang pink tengah2 tu rm 19.80 je. Aku bukan kaki branded... jadi yang mana rasa sedap di mata dan sedap di kaki... aku hambik je la. Takdela tinggi sgt expectation aku untul kasut cap muaz ni... hahaha... tapi sedap ko bila pakai... comfy sangat dan tapaknya getah okay... takdela ko jatuh tergelincir sebab tapak kasut licin kan... hahaha...

Itu saja update aku buat kali ini. Ko hado?