Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Tuesday, June 25, 2013

Happy Birthday to me...

Sekejap je masa berlalu...

semalam aku dah masuk 29 tahun. first time sambut birthday dengan suami. lain perasaannya. happy dan terharu. kami bawa mak, ayah n adik sekali makan...kat tempat favourite abang...Satay Station. tengah-tengah makan satay, tetiba ada pengumuman dari pakcik2 dondang sayang yg buat persembahan...

"di sini ada satu permintaan lagu happy birthday dari suamimu yang tersayang, iaitu Muhammad xxxx kepada isteriku yang ku sayang selalu...Nurul xxxx, Selamat Hari Jadi..."

dan pakcik tu pun mendendangkanlah lagu "happy birthday" dan "Allah selamatkan kamu" untuk aku...

pakcik dondang sayang satay station yang di maksudkan




Thank you abang!
terharu gila beb... malu pun ada... patutla beriya nak pegi Satay Station jugak...iskk...

hopefully kebahagiaan sentiasa mengelilingi kita untuk kita share dengan orang sekeliling kita.

-happy birthday to me-

Monday, June 17, 2013

100th day



hai…

lama dah tak buka blog. just nak share yang perkahwinan kami baru je masuk hari yang ke 100 semalam.

happy…weee…walaupun ada adegan merajuk manja petang tu…phikikikikiki…opkos la kita yang merajuk kan?

well… rasa macam baru je kenal, baru je mak datang merisik (masa tu masih panggil makcik la kan), macam baru je dapat bunga dari abang (masa tu masih ber”saya-awak” lagi bhahaha…) siap dapat teddy bear lagi. kita nak ambil hadiah dari abang pun macam malu-malu kucing gitu. segan betul waktu tu. abang kata, ni hadiah sebab terima lamaran dia. MALU oh!


will you marry me?




masa dapat hadiah ni memang dah pakai cincin merisik dah, nak kata bercinta time tu takde la sangat, tapi memang dah ada rasa suka…ehem…lepas masa merisik tu, ada masa 6 bulan je nak prepare jadi bini orang…adeh…

dalam masa 6 bulan tu la kitorang start develop perasaan antara satu sama lain, jarang jumpa, more to sms je. kalau ada hal penting je sekali sekala call. keluar pun sbb pegi beli beli barang hantaran, barang2 untuk majlis ataupun lunch, tu je. tapikan, bila dah dekat2 masa nak kawin tu…dah start falling in love dah…rasa macam jalan atas angin pun ada…anak mata pun dah jadi bentuk love…ehehehehehew…


officially married baru boleh pegang-pegang




lepas habis kenduri 2 belah pihak… apa lagi, honeymoon la…


mood:happy





ladang teh




strawberry park




our honeymoon sponsored by someone (terima kasih). date honeymoon adalah date first time kitorg berkenalan giteww…(2 April 2012 – 2 April 2013) berkenalan tak semestinya bercinta taw…kitorng kawan dulu…around July (dah nak puasa dah time ni) barulah start couple…(konon). Sepanjang couple, memang tak pernah keluar sama, kecuali masa raya ke-4, itupun ditemani adik sebab nak pergi beraya kat rumah bakal mak mertua.(mak dia la la tu)…raya ke-7, datanglah rombongan merisik ke rumah…yeay! (eh?)

di pendekkan cerita, kitorang pun bernikah pada 8-3-2013, and yesterday 16-6-2013 genaplah 100 hari pernikahan kami. Happy 100th day!

Semoga kita sentiasa di dalam Rahmah & kasih sayang Allah s.w.t, bahagia hendaknya sehingga ke Syurga-Nya.


-Ameen-


p/s: oh lupa, kitorang celebrate kat Satay Station semalam. berdua je.