Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Tuesday, August 24, 2010

Merancang kewangan anda

Ehem...ehem...
Saya bukanlah orang yang sangat bijak menguruskan kewangan.


Bukan juga arif tentang mengendalikan nafsu dan godaan syaitan apabila berkaitan dengan wang.


Namun, saya masih punya kesedaran untuk memahami dan merancang kedudukan kewangan saya.


Banyak pepatah melayu yang boleh di kaitkan dengan wang “Ukur baju di badan sendiri” bermaksud berbelanjalah dengan sekadar kemampuan kita, “Langit tidak selalunya cerah” bermaksud sediakanlah simpanan untuk waktu kecemasan, “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit” bermaksud menabunglah untuk hari tua anda. “Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing” bermaksud ambillah pelan takaful anda.
Ada banyak lagi kiasan-kiasan kata yang menjadi perumpamaan yang boleh kita jadikan sebagai alasan untuk kita merancang kewangan kita. Perkara yang perlu diberikan perhatian untuk merancang kewangan ialah 4 fasa asas seperti yang di tunjukkan di gambarajah. Silalah belajar sendiri...sebab saya malas nak terangkan...hahaha...ok ok...kalau saya rajin nanti saya update entry ini...

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
Al Furqan: 67

Berapa petak yang anda dah penuhi? kalau belum, silalah berkira-kira untuk penuhi, belajarlah membuat bajet, belajarlah berjimat, belajarlah untuk mengasingkan antara keperluan serta kehendak dan belajarlah untuk menahan nafsu dan godaan syaitan. Sekian!




Tuesday, August 10, 2010

Marhaban ya Ramadhan Kareem



Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar(Al-Ahzab:35)


Setahun telah berlalu. Kini ramadhan datang lagi. Rindu pada ramadhan. Rindu pada kebaikan. Rindu pada amalan. Rindu pada palaha-pahala sunat.

Setelah setahun inilah masanya merebut pahala
Setelah setahun inilah masanya syaitan di penjara
Setelah setahun inilah masanya pintu syurga di buka
Setelah setahun inilah masanya ditutup pintu neraka
Setelah setahun inilah masanya berbuka dengan keluarga
Setelah setahun inilah masanya mengenal kurma
Setelah setahun inilah masanya muhasabah diri
Setelah setahun inilah masanya memperbaiki diri
Setelah setahun inilah masanya untuk mengadu nasib
Setelah setahun inilah masanya untuk berterawih
Setelah setahun inilah masanya bertemu lailatul qadar
Setelah setahun kini ia kembali lagi

Aku rindu ramadhan
Aku rindu ramadhan
Aku rindu ramadhan
Aku rindu ramadhan
Aku rindu ramadhan
Aku rindu ramadhan
Aku rindu ramadhan

Semoga ramadhan kali ini success. Ya Allah bantulah aku. Kerna. Ramadhan ini mungkin yang terakhir.


Monday, August 09, 2010

Wanita, jagalah dirimu sendiri


Aku wanita. Bukan ternama. Biasa sahaja. Namun, aku tetap punya emosi. Aku punya hasrat untuk menasihati. Bolehkan aku ketepikan dahulu soal layak atau tidak? Terima kasih. Aku bukan pandai mahu menasihati, tapi bolehlah kalau sekadar memberi pandangan dan mengajak kamu berfikir bersama-sama aku.

Hujung minggu semalam aku sempat menonton berita semasa sedang makan malam bersama keluarga. Lebih kurang 5 minit yang pertama, pendahuluan berita memaparkan tentang gejala sosial. Sedih bila dengar. Kenapa semakin menjadi jadi? Aku bukan mencari salah siapa. Bukan juga dapat membantu mencari jalan penyelesaian. Tetapi lebih kepada memikirkan. Kenapa masalah ini semakin menjadi rumit?

Kawan-kawan wanitaku, jawablah pertanyaan ku ini, tolonglah berfikir bersama aku.

Kenapa sampai wujudnya beribu-ribu kes pembuangan bayi? Kamu lupakah perbuatan kamu ini diketahui, di dengari, di lihat dan rahsiamu diketahui oleh Al-alim, wal-Samik, wal-Basir, wal-Khabir?

Kenapa sampai sanggup melakukan zina, sumbang mahram, seks luar nikah, pelacuran, pornografi Internet? Tidakkah kamu takut pada kegagahan, keperkasaan, kemegahan dan kebesaran Al-Aziz, wal-Jabbar, wal Mutakkabbir?

Kenapa sampai wujudnya jenayah ponteng sekolah, merokok, melepak, buli dan melarikan diri hingga ke negeri orang? Tidakkah kau kenal bahawa yang memerintah alam ini adalah Al-Malik?

Kenapa sehingga membunuh diri? Tidak ingatkah dosa-dosamu itu pasti diampunkan Al-Ghafar jika kamu bersungguh memohonnya?

Layakkah kamu mengambil alkohol dan dadah? Bukankah kurnia, rezeki, dan rahmat yang kamu terima ini datang dari al-Wahhab, ar-Razzaq, wal-Fattah?

Kenapa sampai merubah bentuk dan wajahmu? Lupakah kau yang menciptamu, yang melepaskanmu dan yang membentuk rupamu ialah Al-Khaliq, wal-Barik, wal-Musawwir?

Kenapa sehingga mendera anak-anak yang tidak berdosa? Tidakkah kau tahu pemeliharamu adalah Al Muhaimin?

Kenapa terdorong menipu di dalam skim cepat kaya? Tidak ingatkah perbuatan kamu ini akan dihitung oleh Al-Adl?

Kenapa perlu keliru dalam kecelaruan gender? Bukankah petunjuk itu sudah jelas lagi bersuluh oleh Al-Hadi?

Mengapa perlu kepada kehidupan hedonisme, iaitu hiburan melampaui batas? Lupakah kamu, kelalaian kamu akan dibalas dengan derita oleh al-Dar.

Perlukah kamu dengan jenayah rompak dan membunuh. Tidak cukupkah kamu dengan kekayaan yang diberikan Al-Ghani, wal-Mughni?

Kenapa semua permasalahan ini terjadi? Kurangkah kasih sayang Ar-Rahman, wal-Rahim padamu?

Kawan-kawan wanitaku. Terima kasih kerana berfikir. Ambillah tindakan sewajarnya dengan pemikiranmu itu. Seperti aku katakan tadi, aku tidak layak untuk menentukan hala tuju hidupmu. Kamu yang telah Allah berikan aqal. Fikirlah. Mintalah bantuan Allah di kala buntu. Aku tak dapat membantu. Maaf. Aku sedang berfikir.

Hidup dan Mati


Hidup bukan fantasi.

Hidup bukan illusi.

Hidup ialah realiti.

Dan mati itu pasti.

Setiap manusia mengimpikan kehidupan yang indah. Setiap detik harus bermadah. Dalam hati tiada yang gundah-gundah. Dan seharusnya semua serba mudah. Semua impian dan harapan harus dilaksanakan. Demi mencapai cita-cita yang tinggi melangit. Menggapai awan mencecah langit. Betul, hidup mesti berusaha. Usaha untuk menjadi yang terbaik, seimbangkanlah dengan qada dan kadar Allah. Kerana, selalunya kita terlupa bahawa hidup di dunia ini bukanlah happily ever after. Hidup bukan fantasi.

Ada masanya kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Selalunya kita tipu sini dan tipu sana. Gadaikan maruah atau apa sahaja. Janji nafsu menjadi raja dan malu hilang entah kemana. Kalam Allah di buat hiasan. Dalam hati bukan pedoman. Mencari ilmu sebagai graduan. Bukan belajar demi pengalaman. Hanya untuk mencari suapan. Angan Jenin memakan diri. Kerana hidup bukan 3D. Sedarkah? Hidup bukan illusi

Ada ketika di dalam hidup kita. Tuhan uji dengan ujian yang tak pernah kita duga. Sebahagian kita menerima ujian dengan tabah, sebahagian lagi terngadah, dan ada juga yang tak tentu arah. Sesetengah dari kita menasihatkan “terimalah ujian dengan tabah’. Tak ada salahnya nasihat itu. Tetapi bagi hamba yang mahu lulus ujian Allah dengan cemerlang, Kita perlu memperbaiki diri, khususnya iman, amal, sabar dan ikhlas. Ujian di datangkan untuk menambahkan dan memperkemaskan iman, amal, sabar dan ikhlas kita kepada Allah. Kerana. Hidup ialah realiti.

Tujuan hidup manusia sama. Cara ujian nya berbeza. Kerana iman manusia tidak berada pada tahap yang sama. Latarbelakang pendidikan, keluarga dan budaya juga berbeza. Ujian tidak akan datang dengan signalnya. Ia menjadi pop kuiz hidup samaada kamu bersedia atau tidak. Setiap ujian di datangkan dengan hikmah. Hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui. Janganlah kita bersedih-sedih dengan keputusan ujian. Lagi hebat kalau kita bersuka-suka dengan keputusan ujian orang lain. Ketahuilah orang yang bersuka-suka, kamu juga sedang diuji. Ujian akan datang selagi ajal belum menjengah. Bila ajal menjengah, maka terputuslah segala ujian buatmu, yang tinggal hanyalah carry marks terakhir kamu. Dan jangan kamu lupa. Mati itu pasti.


Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah:110)


Thursday, August 05, 2010