Menjalani kehidupan seharian pasti,banyak cerita suka, duka,lucu,sedih yang perlu diharungi...semoga segala cabaran ini dapat di tempuh dengan hati yang tenang dan hidup yang di lalui ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t... Ameen

Thursday, March 18, 2010

Merancang Kehidupan



Salam,

Hari ini aku mahu bercerita tentang "perancangan kehidupan". Aku yakin, orang yang sentiasa merancang kehidupannya adalah seorang yang amat terurus dan sentiasa hidup dalam keadaan yang tenang.

Contohnya, orang yang merancang jadual hariannya pasti masanya akan terisi dengan perkara yang berfaedah setiap hari,orang yang merancang kewangannya pasti ekonominya sentiasa stabil, orang yang merancang keluarganya pasti mendapat kasih sayang yang secukupnya. Pendek kata, orang yang sentiasa merancang kehidupanya pasti sentiasa berasa selesa dengan kehidupannya, adalah bertambah manis jika keselesaan itu di tambah dengan rasa bersyukurnya kepada Allah s.w.t.

Selama aku hidup ini, aku jarang merancang kehidupanku. Kadang-kadang aku malu untuk mengakuinya, segalanya aku serahkan pada nasib. Pada zahirnya, kelihatan seperti kehidupanku terancang, tetapi sebenarnya tidak. Tidak dinafikan aku seorang yang agak rajin membaca, tetapi hobi yang satu ini kadang-kala aku gunakan pada pembacaan yang tidak berfaedah, malah boleh di kategorikan sebagai bacaan yang sia-sia.

Inilah yang aku maksudkan dengan kehidupan yang tidak terancang. tidak mempunyai jadual harian, malah lebih parah lagi aku mempunyai penyakit malas dan suka bertangguh-tangguh dalam melakukan sesuatu kerja. Sungguh la sangat berpenyakit aku ini. aku sentiasa ingin berubah kepada sesuatu yang lebih baik, namun segala azam itu sentiasa "hangat-hangat tahi ayam sahaja".Aku tahu aku harus berubah, kalau aku hanya di takuk ini sahaja, aku tidak akan kemana, malah mungkin membuat kehidupanku semakin merosot.

Aku tahu apa yang aku perlukan, aku perlu meninggalkan zon selesa yang aku ada sekarang, aku harus berubah, demi mendapatkan kasih sayang Allah

Subhanallah, Maha Suci Allah. Alhamdulillah, Segala Pujian bagi Allah. Allahuakhbar, Allah Maha Besar.

Wednesday, March 10, 2010

Spill it out!

Fikiran aku kosong.

Aku tidak tahu apa yang patut aku tulis.

Aku selalu mengalami perasaan ini, iaitu perasaan "Ingin meluahkan sesuatu, tetapi seringkali tidak terluah".

Kenapa?

Entah, aku pun tidak pasti. Mungkin aku memang jenis orang yang tidak pandai meluahkan perasaan atau kasih sayang. Betulkah begitu?

Atau...

sebenarnya aku seorang yang sangat pemalu. Ya! aku sangat setuju dengan pernyataan ini, lebih sopan maknanya.

Mungkin suatu masa nanti aku boleh meluahkan apa yang aku rasa...